Jalan-Jalan Sambil Coaching Pengedar Shaklee di Kuching
Alhamdulillah diberi keizinan oleh Allah dengan tubuh badan yang sihat dan cergas untuk coaching susur galur Creams sepanjang 2 minggu berturut-turut. Walaupun meletihkan, terasa sangat puas dan gembira dapat berjumpa dengan ‘anak cucu’ yang sebelum ini sekadar berdiskusi di alam maya.
November membuka tirai dengan program Jom Hebat Kerteh yang meriah dengan kehadiran suami dan anak- anak penyeri suasana. Bisnes Shaklee bersama group LadyBoss dan Creams menjanjikan yang bisnes ini adalah sangat mesra keluarga dan flexible.
Selesai saja Jom Hebat di Kerteh, kami terbang ke Kuching, Sarawak untuk beberapa urusan termasuk coaching tersayang, Sithy Harjieah di Kuching, Sarawak. Kami menetap di sana selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, memang pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Sampai saja kami di Kuching, Sithy bawa kami makan di sebuah Seafood Food Court. Semua ikan dan siput adalah segar. Kalau nak ambil ikan yang segar dari akuarium pun, boleh. Ada macam-macam ikan, udang kara dan ketam. Siput pun banyak! Bukan takat siput sedut jer tau.
Antara hidangan yang menarik perhatian saya (dan juga sedap!); Oyster Omelette dan Sup Gamat. Tak jumpa punya kat Semenanjung nih… Memang sedap sehingga menjilat jari 😉


Esoknya kami bersarapan Laksa Sarawak. Kalau nak tahu, Laksa Sarawak memang sangat berbeza dari Laksa Utara. Mee yang digunakan jenis macam mihun. Kuah laksa pula berempah.
Kalau Laksa Utara jenis berikan, Laksa Sarawak jenis ada udang dan telur dadar yang dihiris. Orang Kuching pula biasanya memang bersarapan dengan Laksa Sarawak atau Mi Jawa.

Kami juga tak ketinggalan untuk merasai pengalaman naik sampan di Kuching Waterfront. Ada beberapa pilihan sebenarnya; nak naik sampan Melayu, atau Iban long boat ataupun Cruise.
Kami try naik sampan Melayu dulu. Sayalah yang paling teruja sebab suka nak rasa air sungai Sarawak yang sejuk.

Kemudian sebab kan nak ‘jalan-jalan’ di sepanjang Sungai Sarawak, kami cuba pula nai Iban long boat, sebab itu je yang ada. Bayaran untuk orang bukan tempatan adalah RM 16 untuk setengah jam, dan RM 19 untuk satu jam. Saya tak minat nak naik Cruise sebab tak boleh pegang air 😛
Memang puas hati sangat- sangat.

Kek lapis lupa pulak nak ambil gambar. Tapi kalau anda memilih untuk ambil pakej iban long boat selama sejam, anda juga akan di bawa berjalan ke tempat pembuatan kek lapis dan ikan masin.
Oleh kerana saya bukan peminat ikan masin jenis ikan terubok, jadi saya tak bawa balik lah. Lagipun mak saya tak boleh makan ikan masin, nanti terus pening kepala. Jadi tak payah la beli. Haha.
Oh, objektif utama untuk coaching adalah wajib. Tak boleh tinggal. Jauh jauh terbang, kenalah optimise masa sepenuhnya, kan? 😉


Alhamdulillah lahir lah blog Pengedar Shaklee Borneo. Template tu dipilih sendiri oleh Sithy. Memang comel dan cantik. Screenshot di bawah 🙂

Jika anda berada di Kuching atau area Sarawak & Sabah, anda boleh order produk & set Shaklee terus dari Sithy Harjieah ni. Beliau boleh dihubungi di 012-8879897.
[alert-success]Sithy Harjieah
012 – 887 9897
Pengedar Shaklee Kuching[/alert-success]
–> Jemput juga ke Facebook Page Pengedar Shaklee Kuching
Untuk yang tak tau, Sithy adalah salah seorang anak buah saya yang sangat mesra. Masa mula-mula jumpa bertemu empat mata, memang tak kekok. Rasa macam kakak dan adik. Dia kakak dan saya adik 😉

Alhamdulillah pengalaman ke Kuching kali ini memang tersangat manis. InsyaAllah nanti saya akan kongsikan tentang perjalanan coaching anak buah di Semenanjung pula yer 😉
Anda di Kuching dan berminat nak sertai group Shaklee saya? Hubungi Sithy sekarang di nombor yang tertera di bawah 😀
Nak tahu apa kelebihan menjadi ahli Shaklee? Klik –> Kelebihan Menjadi Ahli & Pengedar Shaklee
Sithy Harjieah
WhatsApp : 012 887 9897
Shaklee ID : 919085
wah seronoknye jalan2 kuching..tak pernah sampai pon lagi..dah ade adik beradik ramai ni lehle g melancong sambil melawat..seronok bershaklee kan..rugi je sape tak join..hehehe
Kuching memang best! Kalau dijah datang Sibu ni memang tak de ape2 pun. hihi.