Penginapan Di Svolvaer, Lofoten Yang Mesra Kanak-kanak : Aurora Terang Sangat Di Sini
P.s : ‘Booking Link’ dengan diskaun 10% ada di hujung post
Hari ini saya nak kongsikan tentang penginapan kami di Lofoten, yang duduk dari dalam bilik saja pun boleh nampak dan ambil gambar Aurora.
Kami bermalam di pekan Svolvaer untuk hari pertama dan 2 malam terakhir. Kabin hotel ini bernama Anker Brygge.
Ianya menggunakan konsep rumah seperti kabin nelayan (fisherman cabin atau orang sini panggil Rorbu)
Lofoten sebenarnya merupakan kepulauan perkampungan nelayan.
‘An archipelago draped by Norwegian Sea’
Rumah para nelayan kebanyakannya memang sama rupa, dan ada 2 warna yang sama iaitu sama ada rumah warna merah, atau rumah warna kuning ‘mustard’
Ciri Kabin Hotel Anker Brygge
Dalam kabin rumah kecil ini ada :
✅ 2 bilik tidur yang setiap satunya dilengkapi bilik air (satu bilik di bawah dan satu di atas)
✅ Ruang tamu beserta TV
✅ Ruang makan yang bersambung dengan dapur kecil
✅ Dapur yang lengkap dengan alatan memasak, peti ais kecil dan ‘freezer’ kecil dalamnya, microwave, ‘dishwasher’, ‘coffee maker’ dan lengkap dengan pinggan mangkuk, gelas dan mug.
‘Dishwasher’ itu memang seronok betul lah. Habis makan, susun saja periuk, pinggan mangkuk, cawan semua dalam itu. Dia basuh bersih. Tanggal segala minyak.








Kanak-kanak dibenarkan duduk percuma di kabin hotel ini.
Cumanya sebab kami bawa 4 anak, kami kena ambil 2 rumah.
Kata pengurusan, 1 rumah kabin hanya membenarkan maksima 5 penghuni. Lebih seorang walaupun baby pun tak boleh ‘nego’.
Ia peraturan di sini.
Syukur kami bawa mak apak sekali, jadi tak perlu lah kami suami isteri duduk rumah berasingan. 1 rumah untuk mak apak, 1 rumah adalah kami.
Syukur Alhamdulillah sangat-sangat sepanjang kami bermalam di sini, memang mudah sangat jumpa Aurora.
Mudah erti kata tengok dari dalam bilik saja pun boleh nampak ia menari-nari membesar menyeluruhi alam. (spread into the sky)

Subhanallah sangat-sangat!
Andai kalian ke sini, saya sarankan minta bilik yang betul-betul di tepi gunung, bernombor 229 atau 230.

Harganya sama saja dengan bilik yang terlindung. Jadi elok minta terus bilik yang punya pemandangan cantik.
Ini juga kerana kebiasaannya Aurora muncul dari arah gunung, ‘view’ berlatarbelakangkan gunung pula memang sangat cantik.
Kami bermalam di sini 2 kali.
Kali pertama masa baru sampai Lofoten. Lapangan Terbang Svolvaer adalah dalam 10 minit ‘drive’ dari sini.
Kali kedua adalah selepas balik dari Leknes. Alhamdulillah kali kedua ini yang dapat bilik sebelah gunung.
5 Sebab Anker Brygge Kegemaran Keluarga Kami
Saya suka nak cadangkan kabin hotel ini sebab :
Pemandangan dari bilik sangat-sangat-sangat cantik.
Hilang segala penat naik kapal terbang dan layan ragam anak-anak.

Di musim sejuk iaitu February, salji menimbun sekeliling bilik.
Jadi anak-anak bebas main salji bila-bila masa. Asal bersiap dengan ‘winter attire’, boleh terus keluar dan main.

Nota : Seeloknya datang February sebab saya baca kalau bulan December atau January, Lofoten akan kerap hujan dan salji (raining and snowing)
Bila ini terjadi, susah sikit mau jumpa Aurora dan nak berjalan pun kurang selesa.
Sangat dekat dengan ‘supermarket’
Ada banyak ‘supermarket’ di sini.
Saya tak sebut kedai runcit sebab bunyi kedai runcit macam kedai yang kecil.
‘Supermarket’ di sini nak menunjukkan yang kedai di sini yang jual barang runcit makanan, minuman dan keperluan harian; adalah besar dan sangat banyak pilihan.

Jalan kaki dalam 8-10 minit kalau tak berhenti menikmati pemandangan.
Ada 4 ‘supermarket’ besar iaitu Coop, Extra, Kiwi, REMA 1000 dan ada juga kedai menjual barangan elektronik kalau nak cari ‘adapter’. Kedai elektronik tersebut bernama Power.
Aurora muncul tepi kabin hotel
Subhanallah memang langsung tak sangka. Takde pula saya ingat baca mana-mana ‘review’ bagitau yang di sini mudah jumpa Aurora.
Agaknya orang di sini dah kerap sangat jumpa sampai rasa takde apa dah.

Menurut salah seorang penjaga kedai kasut di sini, Aurora memang datang setiap minggu.
Tapi macam biasa, dia tak berani jamin kalau kami tanya malam ni agaknya datang tak Aurora?
Mengikut pengalaman kami, Alhamdulillah memang mudah jumpa Aurora bila langit cerah tanpa awan. Lagi seronok sebab duduk dalam bilik saja pun boleh nampak.

Pilihan makanan ‘breakfast’ yang boleh makan
Saya tak sangka untuk ‘complimentary breakfast’ di sini, sebagai Muslim, macam-macam kami boleh makan.
Mungkin juga sebab makanan lebih banyak berasaskan menu ikan, roti kering dan cheese.
Orang di sini memang suka makan roti keras. Macam-macam jenis roti keras tersedia. Saya belum pernah jumpa roti lembut macam di Malaysia.
Roti keras ini biasanya makan dengan pelbagai jem, dengan ikan, dengan cheese atau makan begitu saja.
Harga bilik di sini, saya sarankan untuk kawan-kawan periksa di laman Booking dot com ya, sebab harga adalah mengikut per-pax.
Untuk dapatkan diskaun 10% semasa tempah Anker Brygge ini, kawan-kawan boleh tempah di link ini https://www.booking.com/s/34_6/deeja033