Japan April 2015

Percutian Ke Jepun & Magic Dari Allah : Hari Pertama Part 2

Oleh sebab nak beli baby carrier, asbab Boba Maryam tertinggal, kami ke Seibu, iaitu salah sebuah shopping complex yang berdekatan.

Nak ke Tokyu Hands atau Loft yang dikatakan lebih jimat, tapi masa tu baru sampai dan belum feel nak menapak jauh sikit.

Alhamdulillah sekejap je jumpa department baby.

Sekali naik dengan kami ada seorang ibu dan anaknya dalam stroller.

Masuk je department kanak-kanak, terus nampak barisan stroller dan pelbagai jenama baby carrier!

Wah subhanallah, mudahnya Allah aturkan untuk kami.

Sebelum tu dah cuak-cuak nak cari baby carrier, maklumlah, kat Malaysia pun, bukan senang nak jumpa pelbagai jenama baby carrier macam Boba dan Ergobaby, unless pergi ke butik kedai baby.

Itu pun, limited brand kan.

Giant pun susah nak jumpa, kan?

Pengalaman Pertama Membeli Di Shibuya

Tetiba nampak lah pulak macam-macam pilihan.

Boba ada versi Boba kami, ada versi Boba style lain. Ternampak lah jugak ErgoBaby yang nampak cam best.

Try ErgoBaby ni, rasa dia lebih ringan, lebih berangin berbanding Boba kami. Ada hood kepala in case anak tidur dalam Ergo.

Ok lah, ambil lah Ergo. Memula nak ambil satu je, satu lagi nak ambil stroller untuk Muhammad.

Tapi bila tengok harga stroller, hmm, Ergo kan jugak lah Muhammad ni.

Muhammad ni kalau dah mengantuk, dia akan meragam dan menangis sepanjang jalan. Cara nak lega kan adalah dengan dokong dia, atau kasi dia tidur.

Jadi hopefully Ergo helps. Saya dokong Maryam, hubby dokong Muhammad.

Which later kami sedar, stroller is better sebab Muhammad dan Maryam dedua nak Abi nya. Haha.

Berebut bergaduh dedua nak Abi dokong.

Yang menarik masa beli, kami swipe guna debit card, sales girl tu minta kami tunggu je kat situ, tak perlu pergi cashier.

Dia yang uruskan di cashier, dan kemudian bawa resit kepada kami semula untuk di sign.

Waaah!!

Rasa macam VIP lah pulak. Huhu.

[alert-announce]Kalau nak swipe debit card atau credit card, memadai kita activate kan sahaja kad kita sebelum berlepas di airport di Malaysia. Boleh buat kat mesin ATM je.[/alert-announce]

Dan kami juga perasan, keluarkan duit di Jepun lebih murah berbanding tukar duit kat MidValley yang dikatakan antara paling murah.

Dinner Halal di Shibuya

Masa ni lah nak merasa segala recommendation dalam internet. Hihi.

Salah satu yang famous, ramai recommend Gyumon BBQ di Shibuya.

Gyumon ni serve daging lembu, dan akan di grill.

Oleh kerana tak jumpa mana-mana website yang clearly state how to go there, kami Google Map je lah.

Cara ke Gyumon BBQ Shibuya

Rasa jauh juga jalan kaki, dalam 15 minit, tapi tak terasa mungkin sebab cuaca sejuk nyaman – walaupun pakai winter jacket lah jugak nak menahan sejuk tu.

Kalau dari Hotel Tokyu Inn kami, boleh ambil landmark Bic Camera sebelah hotel (banyak gak bangunan Bic Camera, tapi yang kami ni, betul-betul sebelah hotel) jalan past Shibuya Train station (keluar dari Yamanote Exit pun boleh-turn to your left), jalan straight je takyah belok-belok.

Naik lah jejantas, turun jejantas.

Sehingga lah jumpa 7-Eleven. Ya, memang a bit jauh sikit, tapi berbaloi-baloi 😀

Right selepas 7- Eleven tu, ada lorong kecik je, masuk lorong tu, kedai tu betul-betul kat lorong tu, sangat tersorok.

Cara ke Gyumon Halal Shibuya

Masa kami jalan, dah terlepas sikit pun, sampai dah ke jalan yang gelap, terlepas lorong. Alhamdulillah hubby cek gambar, dia perasan, dan masuk lorong terlepas tadi.

Kalau korang ternampak kedai jual naan and curry, maksudnya dah terlepas lah Gyumon itu.

Sila patah balik dan cari lorong kecil right selepas 7-Eleven.

Dinner di Gyumon BBQ Shibuya

Ai ingatkan orang yang serve nya adalah orang pakai kopiah ke, makcik pakai tudung ke. Haha.

But rupanya they are japanese, yang memang japanese lah, takde kopiah atau tudung atau hijab.

Tapi dalam menu tu ada tunjuk sijil-sijil certified halal.

Halal obesi ni lagi strict dari Halal Mesia.

Kedai ni kecik sangat, tak besar ye.

Kalau dah penuh orang, korang terpaksa cari kedai lain.

Alhamdulillah masa kami sampai, betul-betul ada tempat makan yang luas dan selesa untuk kami 4 beranak.

Right after that satu rombongan maybe pelajar Malaysia datang – rasanya pelajar Malaysia sebab kita tahu cara pakai tudung dan iras muka bangsa kita 😉

Bila bertegur pun, ha ye lah bahasa sama, bukan dari negara jiran.

Tapi diorang makan kat ruang yang lebih besar yang memang untuk group.

Apa yang kami makan?

Kami pilih set nasi dan daging dari 3 bahagian lembu, lupa dah bahagian apa.

Dan waiter tu suggest tambah lagi semangkuk nasi sebab tengok kami 4 orang.

 

Tapi akhirnya yang habis adalah daging, nasi tak habis pun sebab daging sedap sangat. Haha.

Lagipun family kitorang ni memang jenis makan tak lah banyak sangat. Saya kalau biasa makan luar pun, kena kongsi dengan hubby.

Kalau nak tambah pun, just tambah lagi separuh mangkuk je.

Sebelum apa-apa sampai, salad dulu yang sampai. Saya tak makan pun, ai bukan suka sangat sayur salad ni.

Salad Gyumon Halal Shibuya 1

Salad Gyumon Halal Shibuya

Alhamdulillah hubby makan kan. Hihi.

Diorang bakar arang di luar kedai.

Gyumon Halal Shibuya 4

Gyumon Halal Shibuya 5

Gyumon Halal Shibuya 10

Gyumon Halal Shibuya 11

Arang ini kemudiannya akan diletak dalam satu bekas, dan bekas tu letak atas meja makan kita.

Atas bekas tu dah siap ada corong asap, ala-ala kitchen hood kat dapur lah kot.

Serve Arang Gyumon Halal Shibuya
Waiter buh penutup arang untuk letak daging atas tu
Penutup Arang Gyumon Halal Shibuya
Ready to grill! 

Memang panas sungguh lah bahangnya.

Kalau cuaca sejuk, rasa sedap je duduk dekat dengan bekas arang.

Lepas tu, diorang akan serve daging mentah yang mungkin telah diperap.

Dan mengejutkan saya, daging ni mudah grill!!

Ready to grill! Lemak tu sedap tu. Juicy sangat.
Ready to grill! Lemak tu sedap tu. Juicy sangat.

Bahagianya rasa bila boleh pilih sendiri nak masak yang macam mana- nak rangup ke, nak juicy ke, nak sederhana ke.

Saya tukang grill sementara hubby layan anak-anak.

Susun sebelah-sebelah.
Susun sebelah-sebelah.

Bebudak ni bila dah boring, kacau couple Jepun kat sebelah.

Alhamdulillah sangat, walaupun couple tu nampak muda, diorang sangat friendly ngan Muhammad dan Maryam, siap main sekali. Haha.

Oh, sambung pasal grill daging, part paling sedap adalah lemak tu lah. Haha. Juicy sgt. Memang licin daging kami.

Diorang takde bagi sudu atau garfu. Tapi bagi hashi. Hashi adalah chopstick.

Hashi tu adalah Hashi versi pakai buang, jenis kayu.

Masa ni lah first time hubby nak belajar pakai Hashi.

Eh, dah terer tau. Makan nasi pakai Hashi, makan daging pakai Hashi 😀

Nasi nya jenis melekat, hashi pulak jenis kayu. Practice makes perfect ^_^
Nasi nya jenis melekat, hashi pulak jenis kayu. Practice makes perfect ^_^

Ai dah biasa dulu masa pi Jepun, memang jenis kayu tu best sikit sebab dia kesat.

Alhamdulillah Maryam dan Muhammad pun suka makan.

Maryam bertambah daging nya. Mungkin sebab juicy.

Oh, range harga untuk set adalah 4,000 Yen. Air kami pilih mango juice dan air kosong untuk Muhammad.

Air kegemaran Muhammad memang adalah air kosong, kalau pergi kenduri kahwin pun, yang dia minta adalah air kosong, mana nak cari?

Haha.

Ok, jom layan gambar ^_^

Api Gyumon Halal Shibuya
Siap keluar api tu 😀
Asap Gyumon Halal Shibuya
Tak bau asap sebab atas tu ada corong asap. Ini bahagian lemak ni. The most juicy part 😀
DAging Gyumon Halal Shibuya
Grill lagi nak perabiskan ^_^
Hashi Gyumon Halal Shibuya
Ya Allah, sedap sangat3!! Dah lah kejap je masaknya. Subhanallah! Memang full lah perut masing-masing.
IMG_0040
Grilled sendiri to your own preference. Sedaaappp!!
Air Gyumon Halal Shibuya
Tambah mangio juice sebab sedap 😛
Sibuk Gyumon Halal Shibuya
Sibuk kacau Abi
Waiter Gyumon Halal Shibuya
Full house!
Waktu Dinner Gyumon Halal Shibuya
Oh, ni waktu mula sampai. Isyak pun dah habis waktu ni. Isyak adalah dalam pukul 7 lebih.

Habis makan, stroll along the road. Kalau takde anak, memang jalan lagi jauh. Haha

Shibuya memang sangat bersih.

Enjoy the night pic!

Shibuya Japan Love
Cinta hati ai ^_^
Shibuya Japan Jejantas
Sibuk walaupun dah lewat malam.
Shibuya Japan
View dari jejantas besar near Shibuya Station
Shibuya Japan Sibuk
Dah nak sampai hotel
Shibuya Crossing Japan
Singgah jap tengok Shibuya crossing 😛
Shibuya Japan Construction Neat
Construction
Shibuya Japan Muhammad
Dah meragam nak tido, tapi pose sekejap

Next entry ai updet Day 2 ya 😀

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *