Jalan- Jalan Kuching | Hari #3 Cabaran 30-hari Entry

Alhamdulillah minggu lepas kami sekeluarga ke Kuching untuk menghadiri perkahwinan adik ke tiga saya, Aisyah,  dengan jejaka Kuching. Eh, tak perasan lah pulak Asyraf tu orang Kuching.

Asyraf tu junior kami di UTP. Kira senior kepada Aisyah lah. Jodoh satu universiti juge.

wpid-IMG-20131215-WA0003.jpg

Perkahwinan orang Sarawak memang menarik. Eh, ai pun ada family kat Miri.

Kalau nak cari lokasi kenduri, biasanya kita akan cari papan tanda orang kahwin, kan. Tapi kat Sarawak, dia letak bendera Sarawak berdekatan dengan tempat kenduri, ha, maksudnya ada kenduri lah kat situ.

wpid-IMG-20131215-WA0002.jpg

Dan host akan tunggu semua tetamu sampai. Kalau cakap start pukul 10.30 pagi, tengok kot dalam pukul 10.45 dah semua berkumpul, then baru start.

Budaya kat sana memang macam tu. Jadi semua orang akan berkumpul. Kalau kata ada 2 – 3 kenduri, kira hantar wakil lah ke kenduri yang lain.

Sebab bila habis, memang habis. Contoh kenduri Kuching ni start pukul 10.30. Dan habis pukul 1 tengahari. Memang habis dan bungkus lah pukul 1 tu. Tak tunggu dah sampai pukul 4 –  5.

wpid-IMG-20131215-WA0006.jpg

Kat Kuching kami menumpang di rumah Sithy. Hehe. Sambil pergi kenduri, jumpa downline Kuching.

Esoknya diorang bawa jalan ke Cultural Village Sarawak.

Uih mahal gak harga untuk warga Semenanjung. Tercekik ai. RM 60 untuk dewasa. Kanak-kanak lupa lak. Nasib baik Sithy belanja. Ekekeke.

wpid-IMG-20131216-WA0013.jpg

Dalam cultural village ni ada macam-macam rumah, dan kita akan pergi setiap rumah. Memang menarik sebab dapat tengok rumah kaum lain, dan paling menarik, setiap rumah tu, kan ada dapur. Kat dapur tu ada orang masak kuih. Hihi.

Masak sambil jual. Sithy beli lah kat setiap buah rumah sambil explain kuih ape benda. Ai pau je 😛

Saya buh gambar, enjoy!

Bergambar jap kat depan. Tengok lah Muhammad dan Aqil tu.

wpid-IMG-20131222-WA0019.jpg

image

Rumah Melayu

Makcik main gendang sambut kitorang kat Rumah Melayu

Makcik main gendang sambut kitorang kat Rumah Melayu

Mewah bedroom orang dulu. Ada kelambu, bedroom pole. Siap ada ape benda tah nak panggil, kat kaki katil.

Mewah bedroom orang dulu. Ada kelambu, bedroom pole. Siap ada ape benda tah nak panggil, kat kaki katil.

Masak kat dapur

Masak kat dapur

See, this is what I’m talking about. Kat dapur ada orang masak. Fresh okay. Ni kuih bahulu. Sepaket 3 ringgit. Sedaaappp!!

Dalam banyak- banyak rumah, rumah Cina je yang takde tangga, memang atas tanah betul. Rumah lain semua tinggi bertangga.

Rumah Cina

Rumah Cina

Bird Nest Processing

Now I know kenapa sarang burung mahal sangat. Its the process. Sarang burung akan direndam dalam air semalaman.

Lepas rendam, kita asingkan air liur burung dan bendasing lain. Yang kita nak, air liur burung je. Yang kita tak nak, macam bulu burung dan benda – benda selain itu.

Memang kena teliti. Makcik yang demo ni pakai tweezer untuk tunjuk cara asingkan. Tu baru sarang burung yang kecik. Kalau besar? Homaii

Melumatkan lada sulah

Melumatkan lada sulah

Wah baru tarik sekali dah semput. Kohf kohf. Memang orang zaman dulu stamina tinggi kot.

Lepas rumah Melanau, dah rasa nak pancit. Haha. Oh btw, saya adalah keturunan Melanau tau 😉 Cuma tak pass speaking Melanau

Rumah Melanau

Rumah Melanau

Rumah tinggi. Tangga adalah moveable. Tangga dia curam, nanti tengok contoh gambar tangga kat bawah. Dibuat dari kayu cengal, memang berat. Tapi boleh di alihkan.

Tinggi dari tanah, besar pulak tu

Tinggi dari tanah, besar pulak tu

Menurut kata Yazid, hubby Sithy, tangga ni moveable sebab zaman dulu, bila malam aje, diorang akan angkat tangga masuk rumah. So takde orang boleh masuk rumah waktu malam, tinggi pulak tu.

Ini untuk mengelakkan penjajah yang suka suki masuk rumah orang, untuk masuk rumah diorang di malam hari. Atau bila tahu je ada penjajah datang nak masuk rumah orang kampung, terus tangga dinaikkan.

Cerdik kan orang zaman dulu?

wpid-IMG-20131222-WA0013.jpg

Permainan apa tah ni, tapi memerlukan daya fokus yang tinggi. Tu suami Sithy lah join budak baju hitam main.

Haa, ni rupa tangga tu. Sempit dan curam. Tapi gambar ni nampak tak sempit dan curam itew ? Tapi kuat kayu ni, dia tak goyang – goyang.

Tangga Kayu Berlian (Cengal)

Tangga Kayu Berlian (Cengal)

Kuih penyaram, dibuat dari tepung sagu. Sedappp!!

Dari  dapur Melanau

Dari dapur Melanau

Jambatan Bidayuh

Jambatan Bidayuh

Air terjun mini berhampiran Rumah Penan

Air terjun mini berhampiran Rumah Penan

Ok setakat itu sahaja gambar yang ada. Sebab lepas tu pakat rasa nak pengsan. Hahaha. Tapi kitorang teruskan jugak lah sampai habis, mahal kot tiket.

Anyway, memang menarik. Should be in your family vacation’s list!

Ok Maryam dah start meragam. Stop jap kat sini.

^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda!