percutian di port dickson
Staycation

Percutian Menenangkan di Avillion Port Dickson

Setakat ini kalau kami ber-staycation – dekat hotel di kawasan Selangor sahaja.

Paling jauh pun pergi ke Pahang iaitu di Raub. Memang favorite place sungguh.

Ada pernah macam teringin nak cuba staycation di bahagian selatan Malaysia.

Paling dekat Port Dickson lah kot.

Ada pelbagai hotel yang sesuai di Port Dickson Malaysia tapi ini saya baru tahu tentang satu hotel wow yang macam menarik bawa anak-anak sekali.

percutian port dickson

Wah! Nampak sungguh eksklusif.

Jujurnya keluarga kecil kami belum pernah bercuti di belah Port Dickson ini.

Masa saya kecil dulu ada lah mak apak bawa kami.

Port Dickson adalah antara pantai yang paling dekat dengan Selangor.

Ya, Selangor ada Pantai Morib, cuma selain Morib boleh merasa Port Dickson.

Mari saya kongsikan apa yang saya study dari website Avillion Port Dickson tersebut.

3 Pilihan Bilik Mewah

Ada Chalet, Villa dan By the Beach.

Ada pilihan menghadap taman, dan ada juga pilihan menghadap laut yang luas terbentang.

Wah! Memang betul-betul bercuti namanya.

Saya paling berkenan tengok Villa. Tapi mari saya kongsikan Chalet paling premium terlebih dahulu.

Chalet

Chalet yang paling menarik adalah Premium Water Chalet yang dibina di atas tiang di atas air, jadi kita terasa macam duduk dalam bilik yang terapung atas air.

Chalet ini menghadap laut iaitu menghadap Selat Melaka. Yang menariknya, ia siap ada balkoni.

Boleh lah sambil buat kerja, sambil cari ilham menghadap laut.

percutian di Port Dickson
Katil bersaiz King

Selain katil bersaiz King, chalet ini juga menyediakan katil kecil yang di panggil Pangkin Day Bed.

Kami biasanya tak guna day bed di rumah, kecuali ada lah bilik di bahagian bawah, itu pun untuk tidurkan Hannah di siang hari.

Katil pangkin day bed ini sesuai untuk Muhammad sebab biasanya kalau bermalam di hotel memang kami akan request extra single bed sebab Muhammad memang asing tidur dengan Maryam dan Hannah.

percutian di port dickson
Katil kecil tepi tingkap. Nampak balkoni di luar?

Bilik air Open Bathroom

Katanya konsep bilik mandi di chalet ini adalah open sky bathroom. Wah, menariknya!

Open sky maksudnya ia hanya terbuka di bahagian atas, iaitu di bahagian shower bilik mandi.

Ala-ala mandi di tengah laut tetapi private.

percutian di port dickson
Open Sky Bathroom

3- Bedroom Ultimate Water Villa – Pilihan Untuk Bawa Keluarga Besar

Jika anda nak bawa mak apak dan tambah adik-beradik, pilihan bilik 3- Bedroom Ultimate Water Villa adalah pilihan terbaik.

Atau kalau sekadar bawa anak-anak yang dah sedikit besar seperti usia sekolah rendah, pun bagus.

Menarik sungguh tengok gambar Villa ini.

percutian di port dickson
Salah satu bilik di dalam Villa tersebut

Cantik, kan?

percutian di port dickson
Sebuah lagi bilik tidur. Cuba lihat hallway di antara bilik – eksklusif
percutian di port dickson
Ruang sinki dalam Villa

 

Percutian di Port Dickson
Bilik yang luas menghadap laut. Siap ada balkoni

 

percutian di port dickson
Ruang kerja yang luas
percutian di port dickson
Berehat sambil menikmati ketenangan laut
percutian di port dickson
Ruang tamu untuk keluarga berkumpul
percutian di port dickson
Siap ada dapur kecil

Eksklusif sangat nampak, kan? Ianya juga luas. Memang sesuai untuk bawa anak-anak kecil.

6 Aktiviti Untuk Anak-anak Kecil

Spa, gymnasium dan sauna itu memang biasa lah bagi saya. Majoriti hotel mewah memang sediakan kemudahan-kemudahan tersebut.

Tapi yang buat saya tertarik dengan Avillion Port Dickson ini adalah pelbagai aktiviti keluarga yang disediakan, saya kongsi 6 sahaja dulu ya.

Nanti kalau dah experience, saya cerita dengan lebih detail.

Aviari

Aviari ini menempatkan pelbagai spesies burung – dari burung merak Afrika Selatan hingga ke ayam yang di ternak oleh pihak resort.

percutian port dickson
Burung merak

Memancing ikan dan ketam

Waktu terbaik untuk tangkap ketam adalah semasa air surut. Avillion Port Dickson membenarkan pelawat untuk memancing di balkoni.

Untuk tangkap ketam, anda boleh hubungi pihak rekreasi resort untuk bantuan.

percutian port dickson
Mari tangkap ketam

Kids’ Cabin

Resort ini juga menyediakan kabin istimewa untuk kanak-kanak beraktiviti termasuklah main water color, buku-buku, menyediakan video dan tamain permainan untuk anak kecil.

percutian port dickson
Warna tangan

Kabin ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi

Kids’ Spa

Biasa kita tahu spa untuk orang dewasa sahaja, kan?

Avillion Port Dickson ini turut sediakan spa untuk kanak-kanak. Menarik ke menarik? Spa ini sediakan servis untuk inai, make-up, manicure, pedicure dan rawatan rambut.

Maryam dan Hannah pasti teruja dengan spa ini. Feeling princess.

Spa kanak-kanak ini dibuka bermula jam 11 pagi.

Pet Farm

Resort ini mempunyai ladang haiwan atau dikenali sebagai Pet Farm.

Pet Farm ini menempatkan haiwan comel seperti arnab, merak, ayam, kura-kura dan pelbagai lagi.

percutian port dickson

Di Pet Farm ini juga, anda boleh bagi makan haiwan pada jam 10 pagi.

Bukan itu sahaja, nak mandikan binatang-binatang ini pun, boleh.
Sesi mandikan haiwan adalah pada hari Rabu dan Ahad, jam 10 pagi.

Aktiviti Air

Untuk aktiviti yang lebih mencabar, anda boleh cuba kayak dan peralatan aktiviti air yang disediakan oleh pihak resort.

Bila lagi nak test power, kan?

percutian port dickson

Kalau anda memang berhajat nak datang untuk berehat sambil bawa anak bermain dan beraktiviti, pakej Kids Fun Holiday adalah pakej yang menarik.

Pakej Kids Fun Holiday

Avillion Port Dickson sediakan beberapa pakej penginapan seperti pakej Valentine’s Day, Ladies Spa-cation dan Love & Romance Package.

Tetapi yang paling menarik minat saya adalah Pakej Kids Fun Holiday.

Pakej ini termasuk trip ke Ladang Burung Unta (Ostrich Farm)

Ladang ini ada banyak haiwan, bukan hanya burung unta tetapi turut menempatkan keldai, kambing dan unta betul (camel).

Anak-anak juga boleh beri makan kepada haiwan dan menunggang burung unta. Wow kan?

Harga Pakej

Pakej ini bernilai RM 1,060 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Harga ini termasuk :

1/ Sarapan Buffet

2/ Family Set Dinner (wow!!)

3/ Aktiviti kanak-kanak seperti  lawatan ke Ostrich Farm (with Shuttle service)

4/ Percuma Voucher makan RM 20

Berbaloi-baloi sangat, kan?

Jadi, hujung minggu ini boleh lah mula merancang untuk ke Avillion Port Dickson ini.

Untuk tempah bilik, klik sahaja link hotel Port Dickson yang paling famous ialah Avillion Port Dickson ^_^

Happy Holiday!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *