Japan April 2015 | Travel Tips

Pergunungan Alps Jepun – Tateyama Kurobe Alpine

Asalnya saya teringin ke sini sebab mahu tengok snow wall.

Di internet, tempat ini masih tidak banyak di sebut. Pelancong yang datang ke sini majoriti adalah dari tanah besar China.

Kami ternampak brochure snow wall ini semasa ke Matta Fair di PWTC di area booth Japan Travel.

Masa ini Jepun baru nak rasmikan bullet train mereka yang baru bernama Hokuriku Shinkansen yang boleh sampai kawasan ini dari Tokyo.

P.s : Untuk gambar, boleh scroll ke bawah.

Bagaimana Snow Wall terbentuk?

Pada musim sejuk, kawasan pergunungan ini akan menerima sangat banyak salji. Salji berkurangan pada musim bunga, tetapi masih ada salji-salji halus yang turun.

Apabila salji tebal, pihak berkuasa perlu bersihkan jalan raya daripada halangan salji menggunakan macam truck.

Bila jalan sahaja yang dibersihkan, salji tepi jalan tak kacau, maka akan terhasil lah snow wall.

Antara jentera pembersih snow yang meliputi jalan.
Truck yang bersihkan timbunan salji adalah lebih besar penyodoknya

6 Hentian Tateyama Kurobe Alpine

Kami menggunakan Matsumoto sebagai tempat bermalam (our base)

Dari Shibuya, Tokyo; kami ke Matsumoto menggunakan Hokuriku Shinkansen.

Kemudian bermalam di Matsumoto.

Esok paginya dari Matsumoto station, kami bergerak ke Tateyama station.

Kalau boleh datang lah se-awal yang mungkin sebab di Tateyama station ini nanti ada barisan yang sangat panjang beratur.

pengalaman-bercuti-di-tateyama-kurobe-alpine-jepun
Gambar ini di ambil dari website http://www.tateyama-inc.jp/english/7.html

#1 : Hentian pertama : Bijodaira

Selepas Tateyama Station, kami menaiki cable car untuk ke hentian Bijodaira.

Oleh kerana waktu kami pergi adalah musim bunga yang salji masih memutih, Bijodaira ini masih kosong dan nampak putih sahaja.

Ikutkan di sini ada pandangan indah pokok cedar dan air terjun Shomyo. Tetapi sebab saya tak study habis masa tu, nak tengok snow wall je, jadi kami tak berhenti.

Anda boleh berhenti sebentar di sini.

Terlepas bas untuk ke check point seterusnya pun tidak mengapa sebab pengangkutan di pergunungan Alps ini boleh dikatakan kerap; kalau terlepas bas ini, ada lagi bas akan datang.

Bas akan bawa kita dari Bijodaira ke Murodo.

#2 : Hentian Murodo

Sebelum hentian Murodo, ada 2 hentian lagi, tapi kami tak turun.

Snow wall adalah di hentian Murodo.

Bermula naik bas ini lah pemandangan pergunungan Alps mula kelihatan.

Saya memang langsung tak expect untuk lihat such beautiful view.

Subhanallah. Maha suci Allah. Hebatnya Allah.

Kagum, terpana, stunned.

Terasa bagai di beri hadiah oleh Allah – datang musim bunga tapi dapat juga pengalaman melihat pemandangan musim sejuk.

Masya-Allah.

Sebelum bas berhenti di stesen bas, kami di saji dengan pemandangan snow wall yang tidak terusik. Memang kagum. Masa itu dah mula risau, bas ni tak nak berhenti ke?

Oh rupa-rupanya memang bas akan berhenti, tapi ada stesennya.

Di stesen ini baru saya tahu – ada disediakan hotel betul-betul atas hentian Murodo.

Menyesal lah waktu itu tak study betul-betul tentang tempat ini.

Snow wall di hentian ini agak tercemar dengan tulisan para pelancong.

Alah biasa lah kan nak tulis nama kita.

Kawasan di snow wall juga agak lecak sebab bila ramai orang, salji akan mencair. Jadi adalah bagus kalau datang memakai kasut boot.

Tapi nak pegang snow wall itu memang beku tangan. Sejuk teramat.

#3 : Hentian Daikanbo

Dari Murodo, kami naik Tunnel Trolley Bus untuk ke hentian seterusnya iaitu Daikanbo.

Nak cerita pun tak berapa reti – lebih kurang bas di dalam terowong.

Saya tak berapa ingat di sini kami buat apa, tetapi selepas itu kami menaiki Tateyama Ropeway untuk ke hentian seterusnya iaitu Kurobedaira.

#4 : Hentian Kurobedaira

Di sini rasanya yang semua orang turun sebab nak menghayati pemandangan gunung Alps Jepun.

Saya tidak pernah ke mana-mana negara Eropah yang ada pergunungan Alps, jadi pada saya pemandangan ini sebuah bonus yang tersangat bermakna.

Siapa expect pergi Jepun dapat tengok Alps mountain, kan?

Gunung memutih dengan sedikit tompokan pokok-pokok hijau. Masya-Allah.

Ramai pelancong bawa anak bermain salji di sini.

Ada juga di sediakan kerusi dan meja menghadap pemandangan gunung yang cantik. Sambil makan, sambil mengkagumi ciptaan Allah.

Suhu waktu itu memang sejuk.

Tetapi rasanya musim winter pasti lebih sejuk.

#5 : Kurobe Dam

Kami kemudiannya menaiki cable car untuk ke hentian seterusnya : Kurobe Dam (Empangan Kurobe)

Dari hentian cable car ini, semua orang akan turun dan berjalan melalui terowong.

Sejuknya Ya Allah, tak tertahan.

Empangan Kurobe ini beku dan dilitupi ais dan salji.

Tetapi pada musim panas nanti, empangan ini akan mencair dan siap boleh naik bot untuk merentasi empangan.

Empangan Kurobe yang membeku

 

Sejarah Kurobe Dam :

Rentetan Perang Dunia ke-2, Jepun mengalami masalah tenaga elektrik yang sangat teruk.

Untuk menghasilkan tambahan bekalan elektrik, pihak kerajaan perlu melabur dalam bidang hydroelectric.

10 juta pekerja bekerja untuk membina empangan ini. 171 orang meninggal dunia semasa pembinaan empangan.

Kerja yang paling mencabar adalah mengorek terowong. Kini terowong itu yang digunakan untuk pelancong – Kanden Tunnel Trolley Bus.

#6 : Hentian Ogizawa

Ini adalah hentian terakhir untuk perjalanan Tateyama Kurobe Alpine.

Di hentian ini ada beberapa kedai yang jual cenderahati.

Untuk balik, ada bas tunggu di luar hentian Ogizawa. Bas ini ada masa-masa jalan dia, bukan jalan setiap 5 minit.

Kami menaiki bas dari Ogizawa ke train station Shinano-Omachi.

Bas ini melalui kawasan kampung dan menurunkan kami betul-betul depan Shin Omachi station.

Dari train station Shinano-Omachi, kami ambil train pulang ke Matsumoto.

Gambar Kenangan

Mari saya kongsikan lagi gambar-gambar kami (mana yang dapat download dari kamera) di Tateyama Kurobe Alpine sebagai inspirasi buat anda.

Subhanallah, langsung tak sangka dapat pemandangan sebegini.
Tasik membeku walaupun dah masuk musim bunga
Macam cerita Narnia pula, seputih-putihnya. Subhanallah.
Muhammad, pencetus segalanya. Tanpa anak-anak, mungkin kami tak sampai ke sini.
Snow wall yang nak sangat tengok. Masa ini langit mendung. Tak lama selepas itu, snow pun turun halus-halus. Sebak rasa sebab itulah kali pertama dalam hidup saya merasa salji.

3 Tips Tambahan

Untuk betul-betul menghayati perjalanan di Tateyama Kurobe Alpine ini, saya cadangkan anda :

1/ Bermalam di Murodo

Sediakan masa satu hari penuh untuk trip ini sahaja. Kalau 2 hari pun bagus sebab ada banyak hentian yang mempunyai attraction yang menarik.

Anda boleh bermalam di hotel di hentian Murodo.

Bermalam lah, insya-Allah anda tak akan menyesal sebab tak perlu terkejar-kejar nak habiskan perjalanan sebab takut terlepas train balik nanti.

2/ Musim panas

Kalau anda mahu lihat snow wall macam saya, musim bunga boleh jumpa lagi.

Tapi kalau nak lihat lebih banyak hidupan liar dan nak merasa cruise boat di empangan kurobe yang besar itu, bagus pergi pada musim panas di waktu salji semua dah mula mencair.

3/ Pakai kasut but

Kawasan salji di snow wall agak berlecak sebab ramai orang dah lalu tempat tersebut.

Jadi sebaiknya pakai kasut but kalau mahu lebih selesa. Tak lah basah nanti stokin kita. Dah basah, sejuk pula tu. Memang membeku.

Saya harap perkongsian ini membantu anda yang merancang untuk ke Jepun dan ingin melancong ke tempat yang lain dari yang lain di Jepun.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *