Ustazah Isfadiah Dalam Tanyalah Ustazah TV9 - Wanita & Bau Bauan
Kesihatan Wanita

Perihal Bau Badan Wanita & Wangi-Wangian | Tanyalah Ustazah TV9

Alhamdulillah pagi tadi sempat tengok rakaman rancangan Tanyalah Ustazah TV9 berkenaan wanita dan bau-bauan. Episod kali ini dibawakan oleh Ustazah Isfadiah, seorang motivator terkenal.

Ustazah Isfadiah Dalam Tanyalah Ustazah TV9 - Wanita & Bau Bauan

Topik yang dikupas bagi saya sangat menarik dan wajib ditonton oleh semua wanita muslimah dan juga lelaki yang sayangkan isteri, ibu dan adik-beradik perempuannya.

Untuk yang berminat nak tonton episod ini, ini adalah rakaman yang terdapat di Youtube.

5 Pelajaran Penting Yang Saya Belajar Tentang Wanita & Wangi-Wangian

Sebenarnya banyak sangat ilmu yang saya belajar daripada episod kali ini, cuma saya kongsikan di sini 5 sahaja. Yang selebihnya, jemputlah tonton episod penuh di link di atas tu yer 😉

Antara minyak wangi yang tak seharusnya dipakai oleh wanita untuk menutup bau badan
Gambar Hiasan

1. Wanita Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Ketika Tawaf

Ada orang tanya tentang, perempuan yang pakai perfume kuat semasa tawaf. Ustazah ni cakap, berdasarkan hadith tentang perempuan pergi masjid tak boleh pakai wangian, jadi orang yang pakai perfume untuk tawaf kena balik rumah dan tukar pakaian

2. Hukum Alkohol Dalam Minyak Wangi

Alkohol dibenarkan di pakai semasa solat sebab alkohol bukan arak. Kan dalam perfume ada alkohol, ia dibolehkan. Arak ni ditafsirkn sebagai bukan sahaja alkohol, tapi melibatkan campuran gula dan banyak bahan lain.

Jadi kalau gula campur alkohol campur benda lain yang menjadikan arak, tu tak boleh lah.

3. Wanita Yang Bau Badan Terlalu Kuat, Boleh Memakai Wangian ‘Secalit’

Ada orang tanya kalau tak salah, sesetengah antara kita kan ada bau badan yang kurang menyenangkan. So nak hilangkan bau tu, terpaksa pakai wangian. Masalahnya, boleh ke?

Ustazah kata boleh, tapi pakai yang berkadaran. Maksudnya kalau sapu wangian secalit je dah cukup buat hilang bau,maka pakai cukup secalit je. Jangan sampai cover habis satu badan sampai harum semerbak.

4. Kajian Terhadap Kesan Wangian Yang Dipakai Oleh Wanita Terhadap Lelaki

Satu kajian yang dibuat menunjukkan bahawa peluh wanita yang bercampur dengan bau minyak wangi boleh menaikkan nafsu lelaki dan melajukan aliran darah di kawasan penis.

No wonder lah wanita dilarang sama sekali memakai wangian-wangian.

5. Isteri Wajib Memakai Wangi-Wangian Di Depan Suami Jika Suami Suka

Walaupun secara generalnya, wanita tak boleh pakai minyak wangi. Tapi apabila bersama dengan suami dirumah, pakailah minyak wangi supaya suami suka dan tertarik. Lagi best, kalau suami suka tu, boleh jadi wajib untuk memakai wangian apabila bersama suami di rumah.

Oh, kalau keluar dating dengan suami, tak yah la pakai perfume itu ini lak. Nanti bukan setakat suami tertarik, orang lelaki lain pun tak dapat menahan pandangan lak. Kesian suami korang dapat dosa free-free (korang pun sama lah kalau sendiri sedar tapi tetap pakai).

Cara Menghilangkan Bau Badan Supaya Tak Perlu Pakai Minyak Wangi & Deodorant

Haa…. Nih iklan sikit 😉 In case anda rasa rimas asyik nak kena pakai perfume atau deodorant setiap hari sebab tak tahan dengan bau sendiri dan malu kalau orang sebelah buat muka jelek, anda boleh cuba amalkan Alfalfa Shaklee.

Alfalfa Shaklee

Setakat nih, Alhamdulillah bukan setakat bau badan, bau kaki pun insya-Allah lama-kelamaan hilang selepas mengamalkan Alfalfa 🙂

Eh, itu belum masuk lagi kelebihan lain Alfalfa seperti ‘mengetatkan’ mana yang longger dan menghilangkan masalah keputihan di kalangan wanita. Jadi jangan terkejut kalau suami semakin sayang dan sentiasa nak bersama anda ke mana-mana 😉

Harga Alfalfa Shaklee hanya RM 53.75 untuk 330 biji. Kalau berminat nak cuba, boleh hubungi saya di nombor di bawah.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda 🙂

Similar Posts

One Comment

  1. Tidak salah untuk berwangian tetapi khas untuk suami sahaja.

    Jangan berwangian sehingga boleh menarik perhatian lelaki lain.

    Wanita dituntut berwangian untuk suami sendiri.

    Berhati-hati jika ingin berwangian..jangan sampai boleh menaikkan nafsu lelaki lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *