Perjalanan Ke Lofoten, Hari Kedua : Transit di Oslo, Norway

Melihatkan papan tanda perlepasan di Dubai menulis ‘Oslo’, saya dah rasa sebak dalam hati. Ya Allah, sampai juga nanti aku ke sana. Tak sangka Ya Allah..

Saya tak pernah sampai ke negara Norway sebelum ini. Mendengarkan namanya pun jarang atau hampir tak pernah.

Papan tanda masuk balai perlepasan ke Oslo

Tapi demi impian melihat Lofoten, baru saya tahu dunia di sebelah kutub utara ini.

Sebaik pesawat mendarat di Lapangan Terbang Oslo, salji halus sedang turun dengan sangat lebat. Juruterbang maklumkan yang suhu sedang mencecah serendah -9C.

Juruterbang kata suhu -9C. Jadi Maryam cuba buat mulut nak keluarkan ‘asap’

Beg ‘free gift’ dari Emirates

Perubahan pemandangan dari Malaysia ke Dubai kemudian ke Oslo memang sangat menggamit jiwa. Masya-Allah. Cantiknya pokok pine di selimuti putih salji.

Anak-anak sangat tak sabar dah nak main salji.

Terowong masuk Hotel Radisson Blu. 2 minit jalan kaki saja dari pintu airport

Alhamdulillah laluan keluar imigresen dan pihak keselamatan mudah.

Sejurus selesai semua, kami pun cari hotel transit kami, iaitu Hotel Radisson Blu. Ia sepatutnya terletak betul-betul berdekatan dengan lapangan terbang.

Oh satu perkara yang kami perasan beza lapangan terbang Oslo ini, ianya senyap. Tidak kedengaran apa-apa bunyi pengumuman penerbangan.

Tapi semua pengunjung tahu jalan nak ke mana dan buat apa.

Rupa-rupanya di sini di amalkan ‘self-service’.

Dan masyarakat Scandinavia (Finland, Sweden, Norway) setakat yang kami baca dan temui, mereka ini tidak peramah pada perjumpaan pertama.

Tidak lah tiba-tiba ada orang sapa ‘Hai!’ seperti di Amsterdam.

Kalau kita tak tahu apa-apa, kita yang kena tanya. Mereka di kenali sebagai hormat kepada ruang privasi individu, iaitu tak tegur jika tiada apa-apa keperluan.

Tapi sekali kita tanya, memang mereka akan terangkan dengan sangat terperinci.

Berbalik kepada nak masuk hotel. Kami belum boleh masuk hotel waktu itu sebab bilik belum siap. Patut ‘check-in’ jam 3pm. Kami tiba pula jam 12 pm.

Waktu ini saya dah sangat letih. Tapi anak-anak dah tak sabar sangat mahu main salji.

Itu lah kata salah satu cabaran untuk ke Lofoten. Cabaran urus emosi diri dan anak-anak.

Nak main salji bukan semudah keluar bangunan dan terus main macam main hujan. Tapi kena ‘dress-up winter attire’ sekurang-kurangnya pakai jaket dan seluar yang betul supaya badan tak sejuk.

Dalam nak bertukar pakaian ini lah macam-macam ragam keluar.

Penat naik kapal terbang 7 jam tadi pun belum habis, nak tambah dengan anak-anak mahu main salji. Sampai terdetik dalam hati, ‘Apa benda lah aku buat ini. Buat penat diri sendiri.’ 😂

Sabar saja lah kan.

Selesai tukar pakaian, anak-anak main di tempat bermain dalam lapangan terbang terlebih dahulu sementara kami cari jika ada makanan boleh beli.

Sekali tengok harganya bagai tak percaya. Tapi itu lah Norway. Harganya lebih tinggi dari di Switzerland.

Air mineral mereka sahaja mencatatkan 33 Krone (RM 15) Tak perlu beli lah air mineral di sini. Air paip mereka bersih dan boleh di minum macam di Jepun.

Kebanyakan barang mereka bermula dengan 30 Krone. Tak jumpa sangat lah sen-sen ini. 20 Krone (RM 10) kira murah sangat dah, 10 Krone rasanya kami belum jumpa.

Ya walaupun di bandar Oslo dan juga di Lofoten. Sama saja.

Lapangan terbang Oslo ini juga seperti biasa ada ruang untuk orang beragama menunaikan solat. Maksud di sini ruang tersebut bukan untuk Muslim saja, tapi juga untuk agama lain.

Di sini namanya Little Chaplain, terletak di tingkat 2, bahagian perlepasan.

Mula-mula saya ingatkan nampak tanda salib lah kan. Sekali, lah kosong saja. Ianya sebuah bilik yang terbuka. Dan tak sangka nampak banyak sejadah di sini.

Ruang untuk orang beragama solat di Oslo Airport

Banyak sejadah

Mungkin ramai pekerja muslim di lapangan terbang ini.

Selesai solat, anak-anak pun di benarkan main salji sampai basah kasut (baru perasan patut tukar sekali kepada ‘snowboot’) dan kemudian kami ‘check-in’ hotel.

2 minit saja jalan kaki dari lapangan terbang.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat ‘family room’ yang kami tempah sangat besar. Ada 2 set bilik tidur. Sesuai lah dengan kami yang ada 4 anak.

‘Family Room’ di Hotel Radisson Blu, di depan Oslo Airport (bukan di bandar Oslo ya)

Mak apak kami tempahkan bilik yang berasingan, pun ada 2 set bilik tidur.

Sampai sahaja bilik, apa lagi, tidur lah kita. Ambil sedikit makanan dari mak buat alas perut.

Mak apak keluar ke bandar Oslo. Bandar Oslo dan lapangan terbang Oslo adalah dalam 10 minit naik keretapi mereka.

Mak cerita ada banyak rupanya restoran halal di Oslo. Mak jumpa dalam 3.

Saya langsung tak sangka. Ingatkan negara kutub utara ini tiada muslim mahu menetap. Konon dah persiapkan mental untuk makan ‘seafood’ sepanjang di sini.

Alhamdulillah syukur lah ada perantau seperti warga Turki, Syria dan Palestin.

Mereka datang bukan meminta sedekah, tapi membawa rahmah kepada pelancong muslim yang teringin nak makan daging di negara orang.

Mak tapaukan kami satu bungkus nasi beserta daging kambing dari kedai makan Turki. Harganya dalam 200 Krone.

Syukur lah mak tapaukan nasi. Bangun tengah malam, itu yang kami anak-beranak habiskan.

Esoknya, perjalanan untuk naik kapal terbang ketiga dan kapal terbang keempat.

Fuh! Tak sabar sangat dah ni nak sampai betul-betul merehatkan badan.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares