Perjalanan Ke Lofoten : Hari Pertama – Transit Dubai

Setelah lebih 7 jam dalam penerbangan, Muhammad dan adik-beradik pun sampai Lapangan Terbang Dubai.

Kalau tengok dalam ‘globe’, Dubai ini terletak lebih kurang di tengah-tengah antara Malaysia dan Norway. Dan Dubai ini kalau tengok ‘globe’, berada di kawasan padang pasir.

Muhammad nama je dah sampai Dubai, tapi tak keluar lapangan terbang pun.

Abi Muhammad saja pilih untuk bermalam di Dubai sebab risau tak larat rasanya penerbangan terus selama 13-14 jam dengan hanya transit 2-3 jam.

Kami bermalam di Dubai International Airport Hotel yang terletak dalam lapangan terbang Dubai.

Lepas keluar kapal terbang, boleh jumpa pintu masuk hotel tanpa perlu lalui imigresen.

Kalau kawan-kawan bakal transit di Dubai bersama anak-anak, saya sarankan sediakan juga beg transit.

Beg transit ini tak kisah beg apa asalkan ianya ada baju dan diapers anak-anak. Juga untuk simpan ‘free gift’ dari pesawat. Biasanya anak-anak memang dapat ole-ole dari pramugari.

Kali ini ‘free gift’ tetap selimut tapi di gulung comel diikat bersama anak patung

Versi gajah

Dubai International Airport Hotel ini ada beberapa jenis bilik.

Yang kami ambil adalah jenis Executive Family Room. Bila jenis Executive ini, antara kelebihan yang kita dapat termasuklah, ada orang sambut kita sejurus kita keluar dari kapal terbang.

Mungkin nampak alahai takat orang sambut, ‘what’s the big deal?’

Bagi kami yang bawa 4 anak-anak, tak biasa dengan lapangan terbang Dubai, tak tahu pula lokasi hotel di mana, tambah letih dalam kapal terbang selama 7 jam belum habis; ya orang sambut sejurus kami keluar kapal terbang adalah sangat-sangat kami perlukan.

‘To keep my sanity’ kata mat saleh 😂

Penyambut kami tadi sambut kami dan tolong tunjuk jalan nak keluar di mana dan tolong uruskan kami dengan pihak yang periksa beg.

Yang pakai kot di depan sekali itu, itulah penyambut kami

Dan paling berguna sebab penyambut ini lah yang bawa kami ke hotel.

Masa jalan ke hotel, saya sangat-sangat bersyukur yang kami ‘upgrade’ bilik sebab nak harap kami cari papan tanda hotel, memang langsung tak nampak lah.

Sesampai di lobi, kami di sambut mesra dan di jamu segelas air jus epal untuk setiap seorang.

Habis urusan bayaran, kami di bawa masuk ke bilik.

Ini kali ketiga kami bermalam di Dubai International Airport Hotel. Alhamdulillah Allah izin.

Tapi kali ini kami tempah 3 bilik.

1 bilik untuk mak apak. 2 bilik ‘connecting Family Room’ untuk keluarga kami sebab 4 anak perlukan ruang besar.

Bilik kami katilnya bersaiz ‘King Size’, manakala bilik anak-anak ada 2 katil ‘single’.

Bilik anak-anak

Bilik kami, merangkap sekali baby Hajar dan Hannah. Syukur katil besar muat semua kami. Kata pun masing-masing saiz kecil saja.

Baby Hajar sakan merangkak setelah asyik berpeluk saja dalam penerbangan. Ini adalah ‘family connecting room’

Dalam setiap bilik ada kerusi urut yang guna lah sampai puas, dan ada ‘complimentary coffee’ yang kita buat pakai ‘coffee machine’ nanti.

Kerusi urut boleh urut berapa lama pun. Kena ‘recharge’ sebelum penerbangan seterusnya nak urus 4 anak.

Bilik airnya pula lengkap dengan ‘shower’ dan ‘bathtub’. Memang cantik.

Tandas yang bersih dan besar.

Bilik di hotel ini memang cantik dan bersih. Bak kata mak saya, bersih umpama tak pernah ada orang duduk sebelum ini.

Kami juga dapat ‘complimentary’ kalau nak dihantar sepinggan buah-buahan.

Sarapan pagi kami pun ‘complimentary’.

Tapi agaknya mereka sediakan makanan sihat, jadi ‘pancake’, ‘waffle’ pun rasa sihat. Manakala ‘omelette’ atau telur dadarnya memang sedap.

Meja makan sarapan

Kerusi makan baby untuk memudahkan mak nya pun nak makan

Maryam dan Hannah lambat sikit bangun

Periksa waktu berlepas di lobi hotel

Alhamdulillah memang selesa dan cukup untuk ‘recharge’ tenaga kami dan anak-anak.

Kami transit di Dubai cuma dalam 10 jam. Lepas Subuh dan sarapan, kami bergegas ke pintu masuk untuk berlepas.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares