Cabaran 30 hari

Perkara Terbaik Minggu Ini|Hari #17: Cabaran 30-Hari Entry

Baru hari Isnin, dah ada perkara terbaik ke?

Ekceli sebagai seorang manusia, muslim pulak tu, setiap hari kita di suruh untuk bersyukur. Allah berfirman dalam quran, Surah Ibrahim ayat 7: “…Jika kamu bersyukur kepada-Ku, akan Ku tambah nikmat kepada mu..”

thank you Allah
Salah satu buku yang kitorang jual kat IBFK ๐Ÿ˜€

Omputeh pun sangat titik beratkan bersyukur ni.

Bila kita fokus kepada benda yang kita perlu bersyukur, akan berderu lah benda baik datang kat kita.

Bila kita fikir yang positif positif, maka yang positif aje yang akan datang. Like attracts like, kan? Fikir positif = bersyukur.

Tapi jika kita fikir yang negatif negatif, maka negatif aje yang akan datang. Fikir negatif = mengeluh, merungut. Betul tak?

Manusia memang mudah sangat mengeluh.

Kalau kita disuruh senaraikan 10 sahaja complaint kita untuk hari ini, mesti kita dapat senarai dekat 100 complaint, betul tak?

Tapi cuba kita di suruh senaraikan 10 senarai kesyukuran, mau terkial- kial kita fikir. Err… err..

thankful

Dalam buku The Secret, untuk rutin harian, dia akan suruh sebaik sahaja bangun tidur, senaraikan 10 benda yang kita rasa syukur.ย Dan sejurus sebelum tidur, cari benda yang paling kita syukuri untuk hari tersebut, dan sayย “Thank You

12590456

 

Buku ini melatih kita secara praktikal untukย bersyukur untuk 30 hari berturut- turut.ย Kan kita tak reti kadang cari benda untuk disyukuri, jadi dia guide. Bagus sangat!

Jom kita sama- sama senaraikan 10 kesyukuran untuk hari ini ๐Ÿ˜€

  1. Alhamdulillah saya bersyukur anak- anak saya sihat tubuh badan. Masih teringat anak- anak demam panas 2 hari lepas… Tahu lah perasaan ibu bapa yang tenang kalau anak demam. Tu tak masuk lagi anak sulung saya covered full body dengan muntah T_T
  2. Alhamdulillah saya bersyukur suami saya pun sihat tubuh badan. Masih teringat hari tu suami selesema teruk. Kalau suami saya selsema, memang tak boleh buat apa. Bedrest je lah. Kalau hari kerja, terpaksa MC la
  3. Alhamdulillah diri saya sendiri pun sihat. Ingat lagi pening sangat kepala masa demam. Kita ni ibu menyusu, sakit ke, pening ke, baby tetap kena layan. Dengan ragam baby, dengan macam2 urusan. Subhanallah.. Memang syukur sangat saya sihat hari ini, pinjaman dari Allah
  4. Alhamdulillah diberi nikmat untuk merasai nikmat makan. Ada ramai lagi orang sakit di luar sana yang ada duit berkepuk pun, tapi bila sakit, nikmat makan tetap tak berasa
  5. Alhamdulillah diberi nikmat jiran – jiran yang baik belaka. Muhammad jatuh petang tadi, anak jiran tolong angkat kan, dan tolong panggilkan saya. Subhanallah :’)
  6. Alhamdulillah diberi nikmat keluarga besar yang best. Hehehe. Si Temah balik, so kitorang balik lah Shah Alam. Dan Alhamdulillah Yayam sudi layan Muhammad. Hik3
  7. Alhamdulillah diberi nikmat team Shaklee yang superb :’) Oh terharu dengan anak cucu cicit piut miut. Saling bantu-membantu, saling memotivasi.
  8. Alhamdulillah dikurniakan adik- beradik Shaklee yang best. Geng G4G. Ngeh3. Ada aja gossip penghilang stress ๐Ÿ˜›
  9. Alhamdulillah dikurniakan group Shaklee yang supportive. Bukan takat confirm kan cara makan, tapi juga discuss tentang isu semasa Shaklee, motivasi, sharing kegusaran hati dan macam- macam lagi. Penting tau pilih group yang betul masa nak daftar nih ๐Ÿ˜€
  10. Alhamdulillah jumpa apps baru mengganti Hootsuite untuk schedule post dalam FB. Hehehe. Kali ni better sebab boleh tag orang! Yeayy! Dan boleh post banyak kali tanpa perlu copy semula dan paste semula. Hik3

Ok dah cukup 10 kesyukuran.

Ada banyak lagi termasuk, syukur jiran sudi masakkan lunch sedap. Jiran saya pelbagai, ada yang jual desserts ada yang jual lunch, breakfast. Hihi. Saje tak belum ada rezeki buka kedai makan.

Dan syukur juga ada anak buah sudi sediakanTrial Pack (berbayar lah ofkos) dan pelbagai lagi kesyukuran yang lebih spesifik, tapi biarlah ia tersimpan dalam diari peribadi. Kui kui kui.

Apa kesyukuran anda hari ini? ๐Ÿ˜€

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *