Persediaan Berpantang Sendiri
Biasanya kita pantang dengan mak masa anak pertama je. Ye lah, mak lebih tahu cara urus baby, kot baby masuk angin dan pelbagai keperluan ibu berpantang.
Bila anak kedua dan seterusnya, sebaiknya pantang lah sendiri untuk tak menyusahkan mak yang semakin berusia, ye kan 😉
Masa pantang sendiri, peranan suami adalah sangat penting, di samping ibu pun kena kuat emosi sebab nak urus anak sulung lagi, nak urus baby baru lahir lagi.
Alhamdulillah masa pantang anak kedua, suami saya sangat membantu, sampai saya tak terasa macam dalam pantang. Oh, mungkin juga asbab saya amalkan Set Bersalin Shaklee, jadi rasa cergas aje 😉
Pantang anak kedua, saya teruja nak kongsikan tips saya, jom tengok kejap video pendek ni ^_^
[vimeo id=”115733278″ width=”600″ height=”340″ position=”center”]
Tips Persediaan Berpantang Sendiri
Sebenarnya berpantang ni mudah sahaja jika kita pun memudahkan keadaan. Saya kongsikan sedikit tips dari saya yang pernah berpantang sendiri 😀
Batu Tungku
Saya tak gunakan batu tungku sebab macam leceh nak kena panaskan atas api. Lagipun saya takde maid dan adik-beradik pun tak berdekatan.
Jadi saya gunakan hot water bottle. Isikan air panas ke dalam hot water bottle, dan letak di bahagian rahim.
Oh lega.

[alert-announce]Untuk kelahiran anak kedua dan seterusnya, anda akan mengalami rengat bersalin, iaitu rasa macam nak beranak walaupun semua dah keluar. Ia normal dan boleh berlanjutan selama satu hari selepas hari bersalin.[/alert-announce]
Tuam kan rahim dengan hot water bottle untuk kurangkan rasa rengat tersebut.
Makanan Ibu Pantang
Saya tak lah cerewet sangat. Masa saya pantang, suami belikan aje makanan yang macam boleh masuk tekak saya 😛 Contohnya seperti nasi minyak bersama lauk kari ayam.
Kat Kerteh memang hari-hari ada menu nasi minyak. Jadi sila jangan terkejut ya 😉 Nasi minyak kat Kedai Beriani Asfar memang sedap, sekali dengan acar.
Makanan Sedia Masak Dalam Tin Atau Dalam Kotak
Tapi kalau suami sibuk, macam masa anak pertama suami saya masakkan simple-simple seperti masak nasi dan makanan dalam tin. Ada banyak makanan segera seperti Brahim, etc.
Sebaiknya pujuk suami untuk belajar masak lauk mudah sebelum kita melahirkan anak. Kita masak sama-sama di dapur lah kiranya. Gunakan seni memujuk anda 😉
Order Makanan Berpantang Dari Pihak Luar Secara Online
Kalau suami masih kurang yakin untuk masak, order je kat makanan berpantang kat Mangkuk Tingkat atau A Good Maid.
Lihat menu mereka, dan hubungi mereka untuk delivery makanan.

Makcik Urut
Saya hanya berurut masa pantang anak pertama. Itu pun saya kurang berpuas hati dengan urutan makcik tu. Bayar boleh tahan harganya.
Untuk anak kedua, saya tak berjaya dapatkan khidmat makcik urut, jadi memang pinggang saya rasa macam nak tercabut lah.
Tapi alhamdulillah, dengan bantuan Allah menerusi Ostematrix, sakit pinggang dan lenguh badan masa pantang, hilang cepat! ^_^
[alert-note]Kalau nak buang angin, saya perlu pastikan saya makan Alfalfa Shaklee. Mula-mula mesti terkentut-kentut.[/alert-note]
Oh, jika anda berminat juga untuk dapatkan makcik urut, saya tak pasti nak recommend makcik mana, tapi boleh refer kat hospital bersalin punya post ni, nanti rajin ai extract satu-satu ya 😛
Jamu & Mandian Herba
Oleh kerana saya tak berapa suka telan jamu yang pahit, nak telan yang sikit pun saya sangat tak tahan, jadi bagi saya, Set Bersalin Shaklee memang sangat serasi dengan saya.
Alhamdulillah tak perlu mandian herba sebab vitamin dalam Set Bersalin Shaklee ini cover keperluan ibu berpantang.
Pengalaman Saya Bersama Set Bersalin Shaklee
Kalau nak buang angin, Alfalfa adalah terbaik.
Nak pastikan urat semua sihat, Alfalfa dan B Complex bagus.
Nak rasa segar, ESP dan Vitalea membantu saya.

Nak susu banyak, amalkan perkara asas penyusuan seperti perah susu setiap 2 jam dan amalkan Alfalfa, B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, dan ESP.
Masalah sembelit, Alfalfa dan Ostematrix membantu.
Anak kuning atau jaundice, Alhamdulillah Alfalfa telah membantu beberapa rakan saya yang mengalami masalah anak jaundice, dan juga prolonged jaundice.
Insya-Allah Set Bersalin Shaklee membantu memulihkan dalaman anda semasa berpantang dengan cepat sekali ^_^ Saya dan ramai ibu telah pun mengalami nya 😀
Ok lah, dah panjang sangat pulak saya kongsikan.
Jom cuba Set Bersalin Shaklee
Hubungi saya untuk cuba dan order Set Bersalin Shaklee (estimated RM 533.50+ bertahan 2-4 bulan)
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755
Salam.. Alhamdulillah,bab memasak saya dh xperlu risau bila berpantang.. Semua suami uruskan..
Saya pun ingat nak berpantang sendiri memang niat tk nak susahkan sesiapapun dan tak nak sakit kan hati orang lain sebab time m pantang nanti lagi banyak kita jumpa lagi kita Stress. JadI memang nak juga pantang kat rumah sendiri. Hehehe
Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
Seronok dengar pengalaman ni. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/ketahui%20perihal%20bengkak%20susu
Salam kenal dari saya =)