Uncategorized

Persediaan Ke Jepun : Part 2

Yang pasti teramat pasti, objektif utama adalah nak tengok bunga sakura berkembang, walaupun kat Malaysia ni banyak je fenomena ‘bunga sakura’

Tapi context adalah berbeza- context Malaysia dan Jepun. Cuaca, persekitaran, suasana, dan macam-macam lagi lah.

Musim sakura di Jepun, atau bunga sakura di Jepun akan mula berputik dari hujung bulan 3 hingga ke pertengahan bulan 5.

Tapi kena tahu satu perkara, di satu-satu tempat, di setiap tempat, bunga hanya akan berkembang jika cuaca dah cukup panas sikit dari winter, dan lepas seminggu, bunga akan gugur.

Seminggu je, lepas tu, tunggu lah tahun depan.

Yang dari bulan 3 hingga bulan 5 tu adalah pergerakan bunga sakura.

Bermula dari bahagian Jepun selatan, lebih kurang di Fukuoka, bunga sakura akan mula berputik seawal hujung bulan 3.

Kemudian bunga akan mengembang, dan kemudian gugur.

Bunga keluar mula dari Selatan, bergerak ke tengah, dan kemudian ke utara.

Paling lambat dapat sakura adalah Hokkaido, bahagian Jepun yang paling atas sekali.

Yang kami bakal melawat, adalah Nagano.

Nagano bukan Nagoya ya. Nagoya dekat sikit dengan Tokyo.

Nagano ni atas sikit dan bunga sakura dijangka berputik pada pertengahan April, masa tu kat Tokyo, bunga dah gugur.

Yang menariknya, pada masa bunga berkembang, ada juga para Nagano yang masih ber-ais, menurut kata org Jepun yang jaga booth Nagano hari tu.

Cantiknya Nagano Subhanallah.

Ia bukan sebuah bandar sangat.

Tapi sangat penuh dengan tema alam semulajadi.

Kampung – kampung gitu. Ai loike. Saya kampung yang aman tenang ni, memang suka. Tenang.

Bila dengar penerangan orang tu, rasa nak duduk Nagano je lah, tapi hubby macam nak teruskan dengan agenda Kyoto etc.

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *