Travel Tips

Persediaan Ke Jepun : Part 4

Tak banyak pengalaman mengenai Nagano dalam blog berbahasa Melayu yang diceritakan.

Jadi saya ingatkan Nagano ni tak berapa menarik kot, selain bunga sakura.

Jadi, saya pun ingat, lepas Nagano, nak pergi jalan ke tempat lain.

Kyoto menjadi pilihan sebab ada Bamboo Grove yang dalam list antara world’s must visit.

Cantik sangat dalam gambar.

Oh, correction, sebenarnya, mengikut kata orang Jepun, Nagano adalah sangat cantik, dan sayang je kalau duduk sekejap sangat.

Kita akan verify bila sampai sana ya.

Ada juga teringin nak ke tempat-tempat yang saya pernah pergi masa kecil, macam Hakkeijima Sea Paradise di Yokohama, yang memang paradise sungguh untuk budak-budak.

Tapi teringin nak explore tempat yang saya tak pernah sampai, dan lagi satu sebab teringin sangat nak naik shinkansen – bullet train.

Shinkansen ni hanya available untuk perjalanan jarak jauh, bukan takat dalam bandar yang sama.

Saya memang tak pernah merasa, dan memang simpan impian sejak tahu mak pernah naik.

Shinkansen, adalah sangat laju, ia membolehkan suami isteri yang bekerja jarak jauh, contoh sorang di Kerteh, dan sorang di KL, tapi boleh duduk sekali, sebab shinkansen cut short perjalanan; contohnya perjalanan 4-5 jam menjadi 2 jam!

Lajunya dalam 200+ km sejam

Fuhhh!!

Bayangkan ada shinkansen kat Malaysia, kurang satu pening kepala pasangan jarak jauh.

Tapi masih juga saya tak book tiket hotel atau tiket train JR Pass yang menjimatkan tiket naik shinkansen.

Mungkin saya nak tunggu Matta Fair bulan 3?

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *