Travel Tips

Persediaan Ke Jepun Part 7

Erk, tangguh punya tangguh, lagi seminggu nak pi, baru nak cari baju sejuk.

Setiap orang, daya ketahanan sejuk nya adalah berbeza.

Ada orang tahan suhu aircond 16 degree celsius pakai sweater biasa pun ok.

Tapi family kami, kalau bawah 25 tu, kitorang akan tutup terus aircond.

Tak tahan.

Kalau pun nak sejuk, berkelubung dalam selimut.

Kalau tidak, bersiap sedia lah untuk batuk dan selsema.

Jadi survey suhu kat Jepun, lebih kurang 10 degree celsius.

Beli je lah jaket dan thermal.

Thermal ni ada orang panggil long john, ada org panggil tight.

Fungsi dia adalah memanaskan badan dan kita pakai thermal dulu sebelum pakai baju lain dan kemudian baru pakai jaket atau coat.

Thermal wajib fit supaya tiada udara sejuk boleh masuk ke badan kita, kang sejuk gigil.

Kalau kita saiz S, ambil lah saiz S.

Jacket pun gitu.

Tak payah ambil yang loose, nanti udara sejuk masuk, selamat hari raya lah kesejukan.

Ambil yang just nice.

Jaket saya dan hubby, glove saya Maryam dan Muhammad, beli kat Universal Traveller.

Oh mai, RM 1,200!!!

Masa ni dah GST.

Tercekik.

Saya beli glove sebab tangan saya pun tak tahan sejuk.

Beberapa hari sebelum tu ada program kat Cheras, dalam dewan sejuk rasa nak beku.

Dah gosok-gosok tangan pun tak panas.

Jadi jangan lah diri ni nak eksen konon boleh tahan cuaca sedikit sejuk kat negara orang.

Glove ni ada versi yang biasa, ada versi boleh touch screen dan jugak kalis air.

Kalis air bagus untuk kita yang nak main snow atau pegang snow.

Lepas rasa tercekik kat Universal Traveller, hubby pun Google kedai winter wear yang kurang mencekik.

Although ramai gak orang cakap kat negara yang kita nak pergi nanti tu, winter wear adalah lebih murah, saya tetap nak beli sekurang-kurangnya satu pasang kat sini sebab masih teringat masa saya first time sampai Korea waktu musim luruh, tak pakai thermal, luar Airport tu dah menggigil ngilu tak tahu nak kata.

Jadi untuk elak benda yang sama, baik lah beli siap sepasang kat sini, kat sana kalau nak beli lagi, no hal.

So hasil Google hubby, dia jumpa kedai nama Kok Kong Winter Wear kat Cheras.

Erm.

Bila kitorang pi, kami rasa harga kat situ lebih kurang je dengan Universal Traveller.

Design pulak kurang menarik.

Tapi yang bagus, kat sini ada winter wear untuk usia Maryam dan baby.

Universal Traveller dan Winter Time takde.

Jacket takde, thermal saiz Maryam pun takde.

Jadi kat Kok Kong kami beli jaket Muhammad, Maryam, thermal diorang sekali dan kitorang dan boot Muhammad dan Maryam.

Sekali lah dengan lip balm walaupun saya ni jenis liat nak pakai, hubby yang beli 😛

Total adalah another RM 1,200+

Erk lagi sekali.

Untuk boot saya, kami pergi balik ke Universal Traveller, boot spring je pun, tak kalis air.

Punya suka design tu sebab cantik. Ngehehe.

Hubby punya tak jumpa sebab takde saiz.

Sekali beli seluar kalis air sebab hubby risau Maryam akan muntah atas seluar dia dalam flight atau dalam perjalanan kat sana.

So senang basuh. Baru lepas kena muntah lah kata kan.

Panas pun panas.

The expenditure lagi sekali kat Universal Traveller ni adalah dalam RM 491

Jadi kalau anda tak nak terkejut tercekik macam kami, kalau first time nak beli baju musim sejuk, beli lah 3-4 bulan lebih awal.

Supaya boleh jugak simpan duit untuk belanja makan kat restoran -kalau tak nak makan maggi hari-hari; sebab restoran halal kat sana mahal, satu meal tu RM 30+

Oh tapi kan, kitorang pergi Metrojaya MidValley, subhanallah, harga baju musim sejuk kat sana adalah lebih affordable!

Nanti lah update Metrojaya tu.

Ok,  stay tuned!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *