Travel Tips

Persediaan Ke Jepun Part 8

Solat.

Solat jamak ni ada banyak pendapat, yang penting kita yakin dengan apa yang kita pegang.

Tapi nak cerita bab solat dalam flight dan masa jenjalan.

Jadi, balik rumah mak, nak minta tunjuk ajar. Mak ngan apak adalah frequent traveller dolu-dolu.

Flight kami akan bertolak pada jam 11.30 malam dan sampai di Narita Airport pada jam 7.30 pagi

Subuh di Malaysia adalah dalam lingkungan 5:56 pagi

Subuh kat Jepun pulak pukul 3:50 pagi.

Habis tu solat subuh pukul berapa?

Senang.

Minta tolong steward atau stewardess bgtau kita bila dawn.

Kita solat ikut waktu kapal terbang.

Kita pun tak tahu masa tu kapal terbang sedang duduk atas Taiwan ke, jadi senang, tanya bila dawn, minta bgtau kita bila dah dawn, dan masa tu cecepat solat subuh.

Sebabnya kapal terbang kan laju. Kang dia lalu tempat dah syuruk pulak.

Wudhuk semasa cuaca sejuk pulak.

Kalau dalam bangunan ada lah heater.

Tapi bila jalan-jalan, sejuk mencengkam, ni sebab terfikir nak pergi snow wall nanti.

Jadi kita ambil wuduk macam biasa, cuma part kaki tu, memadai untuk kita sapu air pada atas kasut yang kita pakai.

Link rujukan later la deh.

Islam itu memudahkan. Jangan kita susahkan 😀

Nak cek waktu solat, mudah je. Just Google “waktu solat + tempat yang kita nak pergi”

Contoh macam kami akan ke Jepun, jadi saya salin siap-siap waktu solat untuk “waktu solat + Tokyo”

Stay tuned for next entry!

Similar Posts

2 Comments

  1. Kat Tabung Haji ada jual spray wudhuk. Mudah dan amat memudahkan 🙂 Tapi dah balik malaysia dah kan? Huhu takpe sekadar sharing utk masa2 depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *