Persediaan Untuk Menyusukan Anak : Perlukah Belajar Ilmu Penyusuan? 

Menyusukan bayi adalah salah satu aktiviti semulajadi. 

Namun begitu, walaupun ia tampak seperti mudah dan semulajadi, ia bukan lah semudah yang disangka. 

Untuk mengelakkan ibu tumpas di bulan-bulan pertama penyusuan bayi, ibu perlu memperkasakan diri dengan ilmu penyusuan. 

Saya mula belajar tentang penyusuan seawal waktu saya mengandung anak pertama. 

Persediaan Emosi

Persediaan ini penting lebih-lebih lagi untuk menyediakan emosi kita semasa berpantang nanti. 

Kebiasaannya sejurus selepas bayi baru lahir, susu yang terhasil adalah susu kolostrum iaitu susu yang berwarna kuning dan berkuantiti sedikit. 

Jika ibu belajar tentang topik penyusuan, ibu tidak mudah panik dan faham bahawa susu yang terhasil adalah sedikit kerana keperluan susu bayi yang baru lahir hanya sedikit, lebih kurang 1-2 sudu teh susu sehari. 

Ini kerana, saiz perut bayi yang baru lahir adalah sangat kecil. 

Jika ibu belajar topik penyusuan, ibu juga akan memahami bahawa walaupun susu kolostrum yang terhasil itu sedikit, susu ini sangat mengenyangkan bayi. 

Sebaliknya jika ibu tidak mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan, ibu lebih mudah panik dan stress. 

Panik dan stress ini akan menyumbang kepada salah satu faktor susu tidak cukup kerana stress akan merencat penghasilan hormon oxytocin yang sangat penting untuk menghasilkan susu ibu. 

Mengelakkan Tambahan Susu Tepung 

Tanpa ilmu dan persediaan penyusuan, ibu juga berkemungkinan untuk cenderung menambah susu tepung kepada bayi. 

Oleh itu, sebelum melahirkan bayi, ibu wajib belajar tentang ilmu penyusuan. 

Ibu boleh cari kumpulan sokongan penyusuan di laman Facebook. 

Saya banyak belajar dari perbincangan di Group Kump. Ibu Menyusukan di laman Facebook. 

Nasihat Dari Yang Pakar, Dari Kelas
Terdapat juga hospital yang mesra penyusuan  yang menyediakan kelas-kelas penyusuan. 

Kelas-kelas adalah bagus kerana ibu berpeluang untuk bertanya soalan dan terus mendapat jawapan yang tepat daripada pakar laktasi bertauliah yang menyampaikan kelas. 

Doktor dan pakar laktasi adalah 2 profesion yang berbeza. 

Ada doktor yang mesra penyusuan. 

Tetapi ada juga doktor yang tidak mesra penyusuan. 

Tetapi adalah lebih bagus jika ibu berpeluang bertemu pakar laktasi untuk menimba ilmu penyusuan. 

Jadi, adakah penting ibu pergi kelas penyusuan dan belajar ilmu penyusuan secara online sebelum melahirkan anak? 

Ya, bagi saya sangat perlu dan sangat penting. 

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda. 

Selamat menyusukan anak penuh bahagia!  🙂 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares