Petua Anak Demam Panas – Pengalaman Bersama Maryam

Masa beraya di Jitra (kampung suami), anak kedua kami, Maryam mula menampakkan simptom demam.

Asalnya dia selsema dan demam di waktu malam sehari sebelum balik kampung.

Di Jitra, dia masih selsema dan demam di malam hari. Tapi alhamdulillah siang tu, panas demam hilang.

Cirit selepas demam..

Balik dari Perlis kampung suami (tok dan wan), saya pula terkena sakit perut akibat salah makan.

Dan keesokan harinya Maryam yang menyusu badan mulai cirit. Alahai anakku sayang.

Petua anak demam

Walaupun demam, Maryam tetap aktif dan ceria. Tapi ni bukan Maryam

Pada mulanya saya macam buat biasa-biasa je, sebab ingatkan cepat hilang.

Tapi cirit makin kerap. Bila kerap cirit, kulit pada punggung Maryam mula merah dan melecet.

Maka setiap kali nak tukar diapers, dia akan menangis sebab sakit. Basuh pun sakit, pakai wiper pun sakit.

Kemuncak nya adalah bila Maryam demam di waktu malam, suhu tinggi, dan esok paginya tak turun suhu.

Waktu begini lah saya mula risau tak keruan.

Apa yang saya lakukan?

Oleh kerana Maryam masih menyusu badan, saya yakin Maryam boleh sihat degan izin Allah dengan menyusu.

Lagipun bila demam, Maryam sendiri sangat kerap menyusu berbanding hari biasa.

Ini menunjukkan tubuhnya sedang mencegah dehidrasi.

Kalau kita orang dewasa demam, kita akan banyak minum air kosong untuk sejukkan badan. Tapi bayi yang menyusu secara automatik akan banyakkan menyusu susu ibu.

Saya mula ambil vitamin yang menguatkan sistem pertahanan tubuh supaya dapat disalurkan kepada Maryam melalui susu ibu.

Set Kebah Demam

Antara vitamin yang ada stok masa tu, dan saya makan termasuklah:

Petua anak demam

Vitamin C

Saya makan 3 biji Vitamin C setiap kali selepas makan.

Saya ambil Shaklee Sustained Released Vitamin C 500 mg. Maksimum limit untuk Vitamin C adalah 5,000 mg sehari.

Tapi biasanya saya ambil larat sampai 6 biji sahaja

Omega Guard

Saya ambil 3 biji Omega Guard selepas makan.

Omega Guard membantu mengeringkan selsema.

Kesannya..

Selain saya makan supplement untuk tujuan kuatkan sistem imun tubuh Maryam, kami juga tuam Maryam dengan tuala basah dan bawa Maryam berjalan-jalan ke luar.

Ye lah, pengudaraan dalam rumah agak berkuap dan hangat.

Alhamdulillah dengan izin Allah, Maryam mula kebah keesokan harinya. Bahagia tak terkata bila perasan Maryam mula berpeluh.

Ibu-ibu pasti faham perasaan ini kan ­čÖé

Moga perkongsian ini membantu ibu-ibu yaang menyusukan anak dan sedang mengalami masalah anak demam panas.

Cara order Set Kebah Demam

Buat ibu-ibu yang berminat untuk dapatkan Set Kebah Demam yang saya amalkan, set ini hanya berharga RM 238.50 sahaja

Sebotol Vitamin C mengandungi 180 tablet dan sebotol Omega Guard mengandungi 90 biji softgel.

Untuk order, anda boleh hubungi saya di:

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp: 019 477 3457

Shaklee ID: 858755

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares