Petua Baby Kembung Perut Masuk Angin

Baby menangis bukan sebab lapar je. Ni peringatan untuk ibu bapa yang first time jadi parents. Huhu.

Saya dan suami pun dulu selalu ingat, kalau baby nangis, sebab nak susu 😛

Tapi sebenarnya ada banyak sebab baby nangis. Boleh jadi tak selesa sebab panas, perut masuk angin, mak salah makan lepas tu breastfeed baby pulak, dan macam-macam lagi.

image

Kalau baby masuk angin, memang pening kepala mak.

Boleh jadi dah sapu minyak panas satu badan, punnn baby tetap nangis.

Daripada pengalaman bersama Muhammad, saya belajar, sapu minyak telon atau minyak panas saja tak cukup. Kena urut dengan betul, bukan takat lurutkan jari je. Huhu.

Meh saya kongsikan 5 jenis urutan, atau senang kata, ape benda kita nak buat bila baby dah masuk angin

1 . Urutan I Love You

Ni hubby tercinta lah google. Dah tak tahan sangat dengar Muhammad nangis, kesian pun ada, maka tanya lah Encik Google, ape kene sebenarnya ni.

Alhamdulillah urutan I Love You memang berkesan, biiznillah.

image

Dah kalau tengok gambar pun, urutan ni bantu masalah usus yang bermasalah, kan.

image

2. Tuam

Muhammad dulu ada hernia, ke, kena hernia?

Pusat dia terbonjol keluar. Kalau dia nangis, bertambah terbonjol lah. Dan benda ni berkaitan jug dengan masalah kat ball, kalau lepas mandi, ball dia besar sebelah. Dah pulak. Risau ler mak.

Sorang nenek sedara bagi tips tuam dengan kain yang dibunjut dengan lada hitam. Kain tu boleh iron dulu kasi panas. Kita nak tuam kat area dekat pusat tu, kasi hilang angin situ.

Dalam bulan ke3 atau bulan ke 4, alhamdulillah pusat dia dah tak terbonjol, dan ball pun getting better.

Sekarang, normal semua, Alhamdulillah

3. Urut pada labu betis baby

Petua ni dapat dari geng Creams. Hehe. Baru ku tahu urut kat labu betis

4. Burp selepas menyusu

Biasa buat masa dalam pantang je. Lepas pantang, dah malas 😛 Lagipun masa pantang malas nak handle muntah baby.

Bayangkan, kalau tak burp, baby sangat senang muntah lepas menyusu. Kalau takat setitis dua, ok lagi, tapi kalau dah selambakkk.

image

Burp ni sebab nak buang angin yang kot ada dalam susu ibu tadi.

Kadang tak sampai seminit baby dah burp. Ada masa, tepuk lah setengah jam, baru nak burppp

5. Makanan ibu menyusu

Masa pantang Maryam, saya tak boleh makan daging kambing. Kalau makan sikit saja pun, Maryam akan meragam sakan lepas menyusu.

Tapi makanan lain ok je. Nota: Saya tak pantang makan apa-apa tau kecuali pisang, betik dan nangka. Hehehe

Lain ibu lain makanan yang buat anaknya berangin. Jadi jangan rasa anda seorang ibu yang gagal kalau tiba-tiba anak anda masuk angin sebab anda salah makan

Tu je rasanya tips untuk anak kembung. Kalau anak nangis, jangan biar lama, nanti masuk lagi banyak angin, bertambah sakit perut dia, kesian kat baby.

Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda 😀

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-477 3457
Shaklee ID : 858755

2 Comments

  1. K ida comel 12 April 2014
  2. Hnie N Muhaini 25 May 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares