GGCC | Jadi Ahli Shaklee

Picnic Bersama Family GGCC

Plan ni pun pasal tetiba terfikir, aah lah, adik beradik Shaklee tak pernah picnic bertemu sesama kami, biasa masing-masing buat sesama ahli group sendiri-sendiri je.

Nak organize pertemuan yang grand, semua macam susah nak commit. Bila fikir, lepas Masters Celebration, alang-alang tu, jumpa lah kejap.

Dan alhamdulillah trip kami dari Kerteh memang sangat berbaloi-baloi!

Picnic ni tujuannya saja untuk berborak santai sambil makan. Of course yang menjadi rebutan adalah koleksi kek-pavlova-tiramisu Pa’a yang wahhhh sedapnyaaaa!!

image
Gosipp

Tackle Suami

Antara hot topic yang di gosip kan termasuk tips berkenaan tackle suami.

Topic ni di cover oleh Hafiz, suami Pa’a dan Din, suami Kak Lydzar.

Saya sangat kagum dengan Kak Laila yang datang dari Johor hanya bersama 2 anaknya, tanpa suami! Suami dia tak ikut sebab tak nak join event Shaklee. Erk. Lepak-lepak je kot.

Dan kagum dengan Kak Ida sebab dia sendirian handle 3 anak kecik bersama seorang baby yang baru lepas pantang, tanpa suami. Suami dia outstation kat Vietnam. Oh tabahnya, 2 hari tanpa suami, tanpa maid, tanpa pembantu!

Kak Ainul pun tanpa suami bersama 2 anak, suami dia pi kursus haji.

Kesimpulannya, lelaki ni memang ego. Dah memang tercipta tinggi egonya. Tapi dia sayang sangat isterinya.

Kalau isteri nak suami support 100%, kita kena tunjuk ada hasil dari Shaklee, atau bagi percentage sikit dari bisnes Shaklee.

Kalau Masters Azrin, dia bagi 100% gaji Shaklee ke hubby dia. Err. Hihu

Human Touch

Topic terhangat adalah topik handle anak cucu.

Dalam group kami, kami tak panggil downline, tapi bahasakan dengan bahasa keluarga seperti mak, nenek, atuk, cucu, cicit, piut, dan apa-apa berkaitan lah.

Bisnes Shaklee memang berbeza dari bisnes lain sebab kalau nak lebih, kena lebih banyak tolong orang untuk dapat income macam yang kita dapat.

Cabaran kebanyakan kami, kami nak tolong orang, tapi orang yang susah nak tolong diri sendiri.

Berbanyak sangat terima kasih kat Kak Salwa untuk topik ni. Oh masa hari Masters Celebration saya dah luah semua kat dia. Hahaha.

Masa masing-masing kongsi cerita masing-masing, baru saya sedar, saya tak keseorangan dalam cabaran hadapi anak cucu yang macam-macam ragam.

Kalau biasa kita dengar dalam MLM, upline tipu downline, kan?

Tapi dalam group kami, biasanya upline yang kena tipu dengan downline. Ye lah sebelum join bukan main cakap nak bisnes.

Lepas join, baru kena jentik dengan sedikit ujian, dah mula bagi macam-macam alasan.

Janji tinggal janji..

Kami diingatkan yang bisnes ni adalah bisnes sendiri. Bukan bisnes downline. Kalau downline tak nak maju, atau terlalu dependent, let go.

Misi kita bantu orang, ada ramai lagi orang perlukan bantuan kita untuk ubah taraf kehidupan mereka.

Kuasa Doa

Dan terdapat jugak perkongsian menarik dari Kak Lydzar Rusman tentang anugerah terindah.

Ni kes tanya tips macam mana dapat Mak Bintang. Haha.

Yang saya nampak, Kak Lydzar tekankan peranan berdoa.

Doa sungguh-sungguh, berbaloi-baloi bila kita percaya kepada Allah ni.

Kawal Minda

Dan last but not least, teknik kawal minda by Tuan Ithnin, suami Kak Salwa.

Kalau dalam diri cakap, ‘Susah ni, aku rasa tak boleh lah.’ Counter balik dengan kata – kata yang lebih negatif.

Nanti suara yang first tadi akan terdiam, dan sentap. Dan akan lawan balik.

Masa terasa sangat cepat berlalu. Syok sangat sampai tak sedar dah tengahari, Huhu.

Hopefully ada lagi lah gathering GGCC.

Jom layan beberapa pics 😀

image
Lovelies. Muah semuaaaa

Oh masa ni kitorang main ‘sumpah-sumpah’ Sangat terkesan hingga hari ini.

Terima kasih GGCC. Murah rezeki kalian semua.

image
Maryam yang aktif

image

image
Pak Zainul sedang membakar GGCC. Erkk
image
Depan dari kiri, Kak Laila yang hebat, saya yang best, Kak Ida yang super tabah

Shaklee bukan takat buat bisnes, atau skema langsung takde life.

Kita ada group untuk berbual berkongsi rasa.

Pokoknya, kita nak, atau tak nak.

Berminat nak ubah taraf hidup anda? 😉

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *