Piknik Keluarga di Tepi Tasik
Sempena adik saya, Aisyah, balik KL angkut sekali keluarga dia, jadi tak semena-mena adik saya yang bernama Jannah ajak kami berpiknik di tepi tasik.
Oleh kerana Aisyah dah nak kena check in hotel dalam tengahari, jadi Jannah ajak piknik jam 8 pagi.
Haha kelakar sebab majoriti kami ni tidur lepas Subuh. Oops.
Nak dijadikan cerita, Alhamdulillah jadi juga lah piknik tu dengan semua adik beradik kecuali Jannah tu haa dan Maryam yang berada di perantauan.
Tiba-tiba je Jannah tak dapat datang sebab keluarga dia agak letih semalam banyak aktiviti.
Saja saya kongsikan di blog ini sebagai kenangan.
Nanti tahun depan kalau Allah izin, kami keluarga kecil bakal berpindah negara, mesti rindu saat-saat ini.
Belum lagi Fatimah nak kena pindah tempat kerja bulan depan.
Ok lah saya kongsikan beberapa gambar kami kat sini.




Seronok jarang2 blh piknik. Anak2 la yg paling excited. Release stress.