Potty Train

Potty Train Part 2

Hari ni Day 2 potty train Muhammad. Tp hari ni tak seindah semalam. Huaaaaa. Oh nanti2 saya cerita semalam punya gembira tak terkata. Huhu. Rasa nak kabo satu dunia 😀 Kabo kat FB je 😛 Tapi hari ni rasa nak give up.
Sampai dalam hati cakap, esok malas lah. Muhammad pass semua checklist utk budak yg ready nk potty train, except bila dh fully pakai underwear, dia rasa selesa dan tak reti nak kabo bahawa dia nak kencing Semalam pakai diapers + naked sbb blm ada underwear.
But syukur, masa kencing tu, kat luar, so basuh je pakai paip. Second time kat katil, so tunggu je hubby balik utk tukar cadar 😛
Di dalam rasa nak give up, lagipun rasa ala awal lagi nak train. Tapi ada rasa, apsal ni, baru hari kedua kot. Come on la, dengan anak sendiri give up? Agaknya kalau mak dulu potty train saya, cepat tak give up? Ohhhh,.. maka daku pun meneruskan aktiviti gugel cari cara potty train dan cari motivasi. Dan alhamdulillah terjumpa comment dan motivation best kat blog Kak Baiti. But…, betul lah, nak jadi ibu ni kena SUPER sabar. Subhanallah…
Patut lah orang bujang x layak dikatakan lebih byk diuji berbanding org dh kawin beranak pinak- ni pernah dgr usrah sapa tah. Naqib kata, selagi blm berkahwin, jgn ingat anda telah byk diuji. Kalau dah kahwin pulak, selagi belum dpt anak, jgn ingat hidup anda cukup teruji. Bila dh dpt anak pulak, kena compare kan pulak life dgn org beranak 3, 5, 7, etc. Lagi ramai anak, lagi byk ujian. Uwaaaaa… But, anak ujian, tapi, penyejuk hati. Huhuhu. Patut pun kengkadang org cakap anak ni adalah racun penawar sekaligus…
Ok back to topic!
Cara akak yg bg comment kat blog tu, memerlukan kesabaran tinggi, stamina pun tinggi. Every 10 MINUTES!! masuk toilet!! But result within 2 weeks. Insya-Allah nak persiapkan mental utk esok, nk cuba cara akak tu. (Wpun Muhammad masih blm bercakap :P) Saya paste kat cni
***********************************************************************
Alhamdulillah..anak akak ramai lelaki. Bila dia dah pandai jalan dan cakap nak kencing, pelat pun pelatlah,…akak akan mula potty training. Biasanya setahun lebih-lebih sikit umur mereka. Caranya sama sahaja bagi semua dan biasanya ambil masa dalam 2 minggu dah lulus. Mungkin cara kakak ni…ala-ala kampunglah….dah hidup kat kampung.
Kakak pilih waktu yang kakak benar-benar free. Maknanya dalam mada 2 minggu tu…tak boleh ganggu langsung. Kakak memang dok rumah aje setiap masa. Jadi tak jadi masaaalah. Memang tak ada marah-marah dan tension-tension.
Anak happy dan kita juga teruja nak cepat success. Sepanjang 2 minggu tu, anak-anak telanjang ajelah…kalau sejuk, pakai baju aje. Kakak akan kerap bagi air kegemaran mereka. Biasanya raibinalah. Bancuh cair-cair dan jangan manis sangat. Kakak akan sediakan asam kegemaran mereka yang rasa agak masam manis. Mereka akan kerap minum air. Kakak akan puji kalau mereka kerap minta air. Memang kerja kitalah untuk sua-sua air sekerap mungkin. Kerja kitalah untuk sentiasa mengikuti perkembangan mereka.
Bila minum banyak, mereka pasti akan kerap nak terkencing. 10 minit sekali bawa mereka ke toilet. Memang mereka akan terkencing. Kita akan bertempik kegembiraan dan usung mereka rata rumah tanda kemenangan. Sambil-sambil tu…nyanyi kata anak bijak. Anak hebat dan Ummu sangat sayang. Tak pernak kita layan mereka macam tu…hanya masa potty training aje. Mereka jadi sangat teruja dan seronok. Lepas tu…bagi upah asam ke…ape-ape kesukaan mereka.
Bagi lagi air. Jangan kita terlepas pandang langsung akan mereka walaupun sibuk dengan kerja rumah. 2 minggu ini adalah all out. Jangan bagi mereka terlepas langsung merata rumah kerana ini akan menggagalkan mereka sebab otak mereka tengah merakam bahawa kencing hanya di bilik air.
Hasilnya…dalam masa 2 minggu otak mereka dah berjaya ajar mereka tanpa kita paksa-paksa. Fikiran separuh sedar mereka juga dah rakam benda yang sama.
Alhamdulillah…ini ajelah cara kampung yang akak guna untuk semua anak dan semua berjaya . Bila dah berjaya kencing bilik air, nak ajar berak pula bilik air. Setiap kali abang-abang berak, bagi anak itu berada dalam bilik air sekali dengan abangnya. Kanak-kanak memang suka meniru. Dia pun nak berak macam abang mereka. Selesai masaalah…

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *