Potty Train

Potty Train: Progress & My Tips ^_^

Asalnya saya dah start PT Muhammad last few weeks, entah x ingat bila 😛 Hari ke 2 ke, hari ke 3, dah surrender. Letih kot T___T

Sekali bila balik Shah Alam, sangat terkejut dengan Mak yang berjaya PT 2 KITTENS, WITHIN A WEEK!! Memang betul, Orenji & Enju Lili kencing & wabek dalam toilet! Wah wah wah! Sungguh rasa tercabar. Hubby cakap, anak kucing yang kita tak faham dia cakap apa pun, mak boleh PT. Takkan Muhammad x boleh PT

Maka lepas balik dari Shah Alam, saya determined nak selesaikan PT Muhammad dlm masa seminggu jugak! Tak kira apa jadi. Wahahaha! Discuss2 mintak nasihat mak. Jadi jadual sepanjang PT Muhammad adalah macam ni:

1. Lepas bangun tidur- tak kira lah malam, tengahari, petang, pagi., asalkan lepas bangun tidur, cepat2 bawak dia suruh kencing kat toilet. Tapi biasanya yg bangun subuh tu, ngan yang bangun petang tu, dia kencing banyak.

2. Everytime 15 minutes lepas Muhammad minum susu, atau makan- bwk masuk toilet. Tunggu je sampai kencing keluar.

3. Kalau xda ape2 aktiviti, setiap 30 minutes, bawak je masuk toilet

Special Note (communication):

Muhammad belum pandai cakap. Umur dia, Setahun 10 bulan+ ? Lebih kurang lah. Birthday 22 Nov/ 15 Zulhijjah.

Bila kita sebut kencing, dia tak reti sebut kencing. Kita sebut ‘shhh shh’ sebagai bunyi kencing, pun dia tak echo. Sudahnya, memang takda idea cemana nak ajar dia communicate with us, bila dia nak kencing.

But, kat sini saya belajar. Budak kecik ni cerdik sebenarnya. Sometimes, we have just to LISTEN to them, ALERT for their cues. They did try to communicate using their own language, kita lah kena usaha paham.

Untuk Muhammad, entah macam mana, later saye belajar tentang sign dia. Simple je.
Bila nak kencing, dia akan buat muka cuak + suara cuak + pegang kat bahagian bird. Memula tu, asal aje dia pegang bird, saye terus rush dia ke toilet. Wahahaha!!
Bila nak wabek (poo), dia akan menjerit + menangis cam kena dera+ buat muka geli

adeh tak boleh rotate pulak. tgh tunggu wabek keluar

Tips saya:
1. Biarkan dia naked dalam rumah. Wahaha. Senang nak basuh, takyah susah2 bukak spender. Naked lah sampai ke malam. Kerteh ni panas, jadi Alhamdulillah takda masalah kalau naked. Tapi kalau nak main kat luar, pakaikan baju je, seluar takyah. Ala, sementara je

2. Clearkan rumah dari tikar/ carpet. Lantai kasi clear. Supaya kalau accident senang basuh.

3. Sediakan mainan untuk Muhammad main dalam bilik air dengan seronoknya 😛 Sebab Muhammad ni, kalau nak tunggu kencing keluar, bukan main lah lama. Jirus air pun tak keluar. Tu yg suruh dia main dlm toilet sampai kencing.

4. Setiap kali nampak dia kencing dlm bilik air, tepuk tangan kuat2 sambil cakap ‘pandai!!’ dengan muka yg excited. Hehe. Takyah buat2 pun, mmg sy excited tiap kali dia kencing dlm toilet.

5. Bila accident kat lantai, cakap je kat dia, kencing mesti dalam toilet. Sambil berkejar dokong dia masuk toilet. PAstu lap kencing depan mata dia, lepas habis basuh dia lah

6. Sediakan kerusi DALAM toilet. Wahahaha! Muhammad ni kalau tak berteman dalam toilet, dia pun ikut keluar. Jadi saya pun duduk je lah dalam toilet sampai dia kencing

7. Banyakkan berdoa. Doa specific. Ya Allah, tolong lah setelkan PT Muhammad ni by hari Ahad ni. (saye start PT pada hari Isnin, so target selesaikan within one week, Ahad target berjaya)


Result:
ALHAMDULILLAH, Muhammad FREE DIAPERS by hari ke- 4 PT! =)

Day 4
Hari ke -4 actually dia banyak aqua activity- lama sangat main dalam bilik air. Sampai saye tak tahu bila dia kencing. Ye lah, kadang duk mencangkung, mana kita nampak kan. Tapi memang alhamdulillah sangat tak da accident sampai ke malam =) Macam tak caya!!

Day 5
So, tengok hari ke- 5.
Hari ke -5, sangat amzaed ya Subhanallah.. And this confirmed that Muhammad dah tahu kencing mesti dalam toilet :’)
Alkisahnya, pagi tu breakfast kat luar + pergi pasar. Hubby risau Muhammad accident, pakaikan diapers. Tetiba masa kat pasar, Muhammad buat sign nak kencing. Saye cakap, nanti kita kencing kat rumah., tp dalam diapers pun boleh je. PAstu dia buat lagi sign nak kencing. Errr, banyak pulak ek dia nak kencing. PAsrah je lah masa tu, ingat Muhammad kencing dalam diapers.

Bila balik rumah, bukak lah diapers, untuk sambung PT. So mesti lah kita expect banyak kencing. Tetengok, takda pun. Hubby cium diapers untuk confirm kan, eh ni bau takda, basah pun takda,. diapers ni bersih lagi ni. Haaa?? Cepat- cepat bergegas kejarkan Muhammad ke toilet, dan terus dia terkencing! Subhanallah!! Dia TAHAN kencing masa kat pasar tadi?? Dear God…..Thank you so much :’)

Day 6 -Hari ni
Muhammad amazed us sekali lagi.
Biasa kalau nak ter wabek (poo poo), dia akan menjerit, menangis macam kena dera 😛 Tapi pagi tadi, dia just mintak di bawa ke toilet. Lepas bawa dia pi toilet, hubby sambung join saye breakfast. Pastu few minutes after that, tengok, ehhhhh, Muhammad wabek lah rupanya! And we didnt even have the idea dia nak wabek! Dia sendiri yg minta pergi toilet :’)

Oh my dear baby :’)
Setinggi -tinggi syukur kepada Allah yang membantu kami PT Muhammad :’) Banyakkan lah berdoa kepada Allah. Bila rasa letih tu, saya doa, Ya Allah, saya ni tak kuat. Dan Engkau Maha Kuat. Saye ni tak cukup penyabar. Tapi Engkau Maha Sabar. Tolong lah saya untuk kuat dan sabar dalam melayan dan mengasuh anak…

Sebab saya adalah manusia yang sangt serba kekurangan… Doa di ajar oleh mak, few years back masa kat UTP 😛 Masa tu face other challenges.

Happy PT to all parents! 😀

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *