Pretend Play

Pretend Play : Cooking with The Girls

Dari pembacaan saya dan dari pemerhatian ke atas anak-anak sendiri, ‘pretend play’ sangat-sangat membantu mengasah ‘communication skill’ anak-anak.

Saya lihat pada Muhammad, Maryam, Hannah dan Anas (anak saudara yang sesekali kami jaga)

Muhammad dan Maryam masa kecil kerap bergaduh sepertimana Hannah dan Anas sekarang.

Tapi Muhammad dan Maryam lama-kelamaan ‘develop’ satu kemahiran untuk bertolak-ansur dan empati antara satu sama lain dan juga dengan kami dan ahli keluarga lain.

Hannah dan Anas pula masih belajar memahami diri sendiri dan pelajaran tolak-ansur masih berjalan.

Dalam ‘pretend play’, mereka akan gaduhkan anak patung sesama anak patung atau mainan kereta sesama mainan kereta.

Skrip semua mereka buat sendiri.

Adakalanya main bersama, adakalanya main sendiri.

Anak-anak, saya perhati mesti kena ada masa untuk bermain seorang diri atau kami panggil ‘me-time’. Kalau mereka tiada ‘me-time’ ini, mau bergaduh bercakaran.

Macam kita orang dewasa lah kan, lepas penat bekerja mesti nak ada sedikit ‘me-time’ untuk ‘refresh energy’

Bagi anak-anak kecil, bermain adalah bekerja.

Ini adalah ‘pretend play’ order makanan di restoran.

Hidang burger kot

Walaupun mak dah beli dapur mainan Ikea, meja kecil juga yang jadi pilihan.

MAryam order makanan bersama Hannah. Muhammad tukang ambil order. Kemudian makan bersama-sama

Anak-anak ni tak perlu mainan mahal-mahal.

Cukup yang ‘simple’ seperti mainan makanan ini.

Sebab yang ‘simple’ ini ‘allow’ mereka untuk mencambahkan lagi kreativiti mereka.

Cashier bayar di kelilingi dinosaur
Anak patung ‘dog’ pun mau makan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *