Uncategorized

Puasa dan Menyusu

Pelbagai kerisauan dari ibu yang menyusukan anak bila nak puasa sempena Ramadhan ni. Antaranya termasuk lah takut susu tak cukup, dan takut tak bertenaga. Saya pernah mengalami situasi tak bertenaga sampai rasa nak pitam, masa menyusukan anak sulung dalam umur dekat 6 bulan rasanya. Masa tu belum tegar ber Shaklee.

Pukul 6 petang saya memang terus berbuka, masa suami pulang. Dah rasa nak pitam sungguh. Kalau situasi macam saya, adakah ada kelonggaran, atau tetap kena bayar fidyah?

Puasa dan penyusuan ibu

Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa (kelonggaran berbuka puasa) untuk ibu menyusu dan  ibu hamil ada dua sebab:-

1. Risau memudaratkan dirinya 

2. Risau memudaratkan anaknya 

Rujuk website JAKIM:

Perempuan yang sedang hamil dan perempuan yang sedang menyusukan anaknya dibolehkan berbuka puasa,  jika ia takutkan puasanya itu akan mendatangkan mudarat kepada dirinya. Sesudah itu mereka diwajibkan mengqadhakan puasanya.

Tetapi jika mereka berbuka puasa kerana takutkan puasanya itu akan mendatangkan mudharat kepada anaknya semata-mata, maka mereka diwajibkan mengqadha puasanya dan membayar “fidyah”

Makna sini, kalau kita menyusukan anak dan berpuasa di bulan Ramadhan, kalau kita berbuka sebab:

 1. Diri sendiri dah tak larat sungguh – wajib qadha’ puasa sahaja

2. Risaukan anak, takut susu tak cukup, takut anak lapar – yang ni wajib qadha’ puasa dan bayar fidyah

Sekadar catatan tambahan untuk pengetahuan kita semua, ada 6 golongan yang mendapat rukhsah puasa:

 1. Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut. (Kalau balik kampung driving, lepas tu letih sangat rasa nak pengsan, diberi kelonggaran berbuka. Jarak mestilah melebihi 1 marhalah atau 84km)

2. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.

3. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.

(Bukan sebab takut susu anak tak cukup, tapi sebab diri ibu sendiri dah memang macam nak pitam. Kalau takut susu anak tak cukup, sila guna stok EBM dan simpan stok awal-awal dari sekarang bersama Set Breastfeeding Shaklee ^_^)

4. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.

 5. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.

 6. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.

Anda berminat nak dapatkan Set Puasa Bertenaga dari Shaklee?

Hubungi saya sekarang!

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp: 0194773457

Shaklee ID: 858755

Sumber:

2. MUIS

3. JAKIM

 4. Kak Along

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *