Muhasabah

Pujukan Allah Melalui Ma’thurat

Ma’thurat merupakan kumpulan doa dari ayat-ayat Quran yang dikompilasi oleh Hassan Al-Banna.

Biasa buku ma’thurat ni boleh dapat harga RM 1.50 – RM 2.00 kat kedai buku, buku nya kecil je, lebih kurang besar tapak tangan.

 

Buku Ma'thurat. Biasa ambil masa 5 minit je untuk baca Ma'thurat sughra sekali bacaan.
Buku Ma’thurat. Biasa ambil masa 5 minit je untuk baca Ma’thurat sughra sekali bacaan.

Waktu Baca Ma’thurat

Waktu baca ma’thurat adalah pagi selepas subuh dan petang selepas asar atau maghrib.

Cuba lah mula konsisten, anda akan terasa perubahan dalam hidup anda.

pujukan Allah

Bergantung Kepada Zat Yang Kuat

Ma’thurat mengandungi doa untuk semangat kita, untuk motivasi kita, untuk hidup kita sendiri.

Kita manusia dan kita lemah. Jika kita turut bergantung kepada manusia yang juga lemah, kita akan mudah rapuh.

Sehebat mana pun manusia lain di mata kita, mereka tetap makhluk yang lemah.

Oleh itu yang terbaik, kita bersandar dan bergantung hanya kepada Zat Yang Kuat, iaitu Allah.

Dia yang mampu mengubah apa saja di muka bumi ini, dan Dia juga yang memiliki dari sekecil-kecil benda hingga ke sebesar-besar benda di langit dan di bumi, ya, termasuk hati manusia itu sendiri.

Doa Yang Menyentuh Hati

Semua doa di dalam ma’thurat adalah menyentuh hati. Tapi hari ini suka saya nak kongsikan 2 doa untuk kita hayati dan fahami maksudnya. Moga ia meresap ke dalam hati.

Hanya Engkau yang kami sembah. Dan hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan.

Ayat di atas setiap hari kita lafazkan dalam solat; iaitu surah al-Fatihah.

Sangat bermakna dan menyentuh hati saya kerana ia mengajar saya – HANYA kepada ALLAH tempat saya memohon bantuan dan pertolongan.

Bukan Allah sebagai last resort, tapi Allah sebagai yang pertama sekali saya rujuk dan mohon bantuan.

Dialah Allah.. tiada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Dia yang sentiasa hidup, Dia sentiasa menguruskan hamba-Nya, Dia tidak mengantuk dan Dia tidak tidur. Dialah yang mempunyai segala di langit dan di bumi.. ila akhir ayat

Part ini menyentuh saya kerana ia mengingatkan saya yang Tuhan saya sentiasa ada bersama saya, watching over me, menjaga saya, menguruskan saya. Saya hanya perlu yakin setelah berdoa dan berusaha.

Yakin Dengan Allah

Masa kecil dulu, kita tahu kita in safe hands bila mak ayah kita sentiasa di sisi. Jadi begitu lah selayaknya kita sebagai hamba kepada Allah.

Yakin lah apa saja impian kita, Allah akan tunaikan dengan syarat kita yakin dan doa serta usaha sehabis daya.

Jika anda belum mula baca ma’thurat, jom mulakan hari ini. Ia penguat semangat dan pemberi motivasi harian.

Jika anda tak pernah kenal apa itu ma’thurat, atau ada nampak di surau tapi tak tahu macam mana nak baca, saya sarankan ikut perlahan melalui video YouTube ini.

[youtube id=”YdNp05VvSMI” width=”600″ height=”340″ position=”center”]

Seterusnya cari ustaz/ustazah berdekatan untuk memberi tunjuk ajar.

Mari kita cari cinta Allah sama-sama.

Hati yang penuh dengan cinta dan yakin kepada Allah adalah hati yang paling beruntung kerana kepada nya dunia bersujud, dan akhirat adalah miliknya.

Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *