5 Punca Susu Merudum Yang Ibu Perlu Tahu

Kebanyakan ibu yang berminat dengan Set Breastfeeding Shaklee adalah sebab tengok susu makin merudum, makin lama nampak makin kering.

Atau kadang- kadang nampak corak penyusuan anak makin berubah, makin lama makin perlukan banyak susu tapi payudara tak dapat hasilkan mengikut permintaan anak.

Sebelum kita membuat solusi mudah dengan memberikan anak minum susu formula, ada baiknya kita kenali 5 punca susu merudum

Buat bakal- bakal ibu, saya sarankan anda untuk lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan sebelum kelahiran permata hati. Nanti tak de lah kita cepat melatah bila tengok susu merudum 😉

sebab susu drop

5 Sebab Susu Merudum Yang Ibu Perlu Tahu

5 sebab ini biasanya di pandang sebelah mata atau di anggap remeh. Tetapi ianya sangat penting supaya susu ibu kekal meriah dan melimpah ruah.

Mari saya kongsikan 5 sebab utama yang biasanya menjadi punca kenapa susu merudum teruk:

1. Pam yang tidak kerap

Tahukah anda, untuk hasilkan susu yang melimpah ruah, payudara perlu di rangsang (stimulate) sekerap 2 atau 3 jam sekali. Jangan bosan dan putus asa perah susu atau pam susu walaupun hasil mula -mula adalah sedikit. Lebih kerap payudara di kosongkan, lebih banyak susu akan di hasilkan.

 2. Period

Bila ibu mula period, banyak darah akan keluar. Bila banyak darah keluar, banyak cecair akan hilang dari tubuh sebab 91% dari komponen darah merupakan air. Bila tubuh kekurangan cecair, maka susu akan merudum.

3. Kurang makan dan minum

Bila ibu skip meals, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi. Bila tubuh ibu kekurangan nutrisi, tubuh ibu akan sukar menghasilkan susu. Pengambilan air juga penting. Air merupakan salah satu komponen utama susu ibu. Kalau kering je badan kita, cemana pulak nak hasilkan banyak susu kan?

TIPS: untuk dapatkan susu yang pekat, banyakkan makanan berprotein seperti ikan, daging dan ayam. Jika anda mencari supplement untuk bantu pekatkan susu, anda boleh dapat Energizing Soy Protein (ESP) Ia merupakan sumber protein yang tulen, bebas lemak dan bebas kolesterol

 4. Anak dah mula ‘solid’

Bila anak dah mula ‘solid’, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab dah mula kenyang dengan makanan selain susu. Ibu boleh kerapkan sesi pam, lebih kerap dari sebelum anak mula solid untuk memastikan bekalan susu tidak putus

 5. Ibu Stress

Emosi ibu berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut.

Ok, cukup saya kongsikan 5 punca susu merudum. Insya- Allah saya akan kongsikan cara untuk atasi masalah ini ya.

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/Whatsapp : 019 477 3457
(Atau klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60194773457)
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares