cara merawat bell's palsy dengan berkesan
Bell's Palsy

Rawatan Berkesan Bell’s Palsy Supaya Dapat Kembali Tersenyum Ceria

Bell’s Palsy dipercayai di sebabkan oleh radang virus herpes pada saraf muka. Virus ini asalnya menyebabkan demam dan lepuh di bahagian mulut. Bila beransur sihat dari demam dan lepuh hilang, virus ini bersembunyi dalam badan.

Jika sistem imun badan berterusan rendah, virus akan menyerang bahagian saraf muka dan menyebabkan sebelah muka terjejas.

Kebiasaannya yang terkena Bell’s Palsy adalah pesakit yang ada pernah ada migrain dan juga seorang pesakit diabetes atau ibu mengandung di trimester terakhir atau wanita yang baru lepas bersalin

Dalam kebanyakan situasi Bell’s Palsy, saraf yang mengawal otot pada sebelah muka dirosakkan oleh radang dari dalam.

cara merawat bell's palsy dengan berkesan
2 Jenis Bell’s Palsy

Apa berlaku semasa Bell’s Palsy menyerang

Pesakit kebiasaannya mendapati yang tiba-tiba mereka tak dapat mengawal otot muka terutamanya di sebelah yang di serang.

Bell’s Palsy menyebabkan sebelah bahagian muka jatuh dan kadangkala mengganggu penghasilan air mata yang mengelakkan mata kering dan mengganggu deria rasa pada lidah.

Kebiasaannya pesakit akan bangun pagi dan tiba-tiba rasa bahagian muka tersebut tidak dapat digerakkan.

Walau bagaimana pun, Bell’s Palsy tidak mengganggu bahagian tubuh yang lain. Ia hanya menyebabkan stroke di sebelah muka.

10 Simptom Bell’s Palsy

Saraf muka mengawal aktiviti kelip mata, buka dan tutup mata, senyum, air liur dan penghasilan air mata untuk memastikan mata tidak kering.

Saraf muka juga bersambung dengan saraf di bahagian yang berkaitan dengan pendengaran.

Apabila saraf di bahagian muka terjejas seperti Bell’s Palsy, simptom-simptom berikut akan berlaku :

1/ Tiba-tiba bahagian sebelah muka akan menjadi lemah atau lumpuh

2/ Sukar atau kadangkala langsung tak boleh untuk tutup kelopak mata

3/ Kegatalan pada mata sebab apabila kelopak mata tak dapat di tutup, mata tidak dapat berkelip.

Bila mata tak berkelip dan terdedah berterusan pada udara, ia akan jadi kering dan gatal.

4/ Perubahan pada penghasilan air mata.

5/ Bahagian sebelah muka seperti mulut kelihatan jatuh

6/ Air liur menjejes dari sebelah bahagian mulut

7/ Tak dapat senyum dengan sempurna atau memasamkan muka

8/ Deria rasa terganggu

9/ Bahagian telinga yang terjejas akan rasa bunyi bingit dan rasa sakit di depan dan belakang telinga

10/ Sakit kepala

3 Rawatan Penting Untuk Pesakit Bell’s Palsy

Ada tiga rawatan penting untuk bantu pesakit Bell’s Palsy cepat pulih seperti sedia kala.

#1 : Ubat dari doktor

Kebiasaannya doktor akan beri steroid supaya bahagian saraf yang tidak dapat bergerak dapat digerakkan semula.

Jenis steroid yang biasa untuk pesakit Bell’s Palsy adalah Prenisolone. Steroid ini menghalang penghasilan bahan dalam badan yang mencetus radang yang menyebabkan Bell’s Palsy

Namun begitu seperti namanya steroid, ia mempunyai beberapa kesan sampingan termasuk :

  • Masalah susah tidur
  • Sakit kepala seperti rasa berpusing
  • Masalah penghadaman
  • Loya tekak
  • Letih
  • Banyak berpeluh

Rujuk doktor anda.

Ubat untuk mata

Untuk pesakit Bell’s Palsy yang susah untuk kelip mata atau tutup mata, ditakuti mata pesakit akan terkena jangkitan kuman atau berisiko rosak.

Doktor biasanya akan beri ubat air mata dan ubat mata.

#2 : Senaman muka

Walaupun namanya senaman, tetapi pesakit perlu bermula dengan sangat lembut. Elakkan mengenakan daya yang keras pada bahagian muka untuk mengelakkan Bell’s Palsy menjadi semakin parah.

Senaman perlu untuk melembutkan saraf supaya ia tidak ‘malas’, bimbang jika saraf mula ‘malas’, ia tidak boleh diperbaiki lagi.

Anda boleh rujuk cara buat senaman Bell’s Palsy di website senaman Bell’s Palsy.

Antara senaman yang terlibat termasuklah urutan di bahagian dalam mulut, urutan pada pipi, urutan angkat kening, urutan mata dan urutan hidung.

#3 : Supplement untuk bantu pesakit Bell’s Palsy

Supplement adalah salah satu ikhtiar rawatan Bell’s Palsy yang paling tak boleh tinggal.

Pilih supplement anda dan pastikan ianya adalah semulajadi sebab hanya yang semulajadi mudah diserap oleh badan dan menampakkan kesan positif dengan cepat.

Selain daripada itu, supplement semulajadi tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan yang tak diingini. Supplement yang terbaik untuk pesakit Bell’s Palsy adalah Set Vitamin Bell’s Palsy dari Shaklee.

ubat rawat bell palsy
Penting untuk Bell’s Palsy cepat pulih

Set ini mengandungi 4 jenis vitamin penting untuk bantu Pesakit Bell’s Palsy cepat pulih.

B Complex penting untuk bantu memperbetulkan saraf muka yang rosak akibat serangan virus.

Omega Guard sangat penting untuk menyokong pembentukan semula saraf baru yang kuat di samping memastikan mata kekal sihat dan kuat terutamanya bahagian mata yang terdedah akibat kelopak mata susah untuk berkelip.

Vitamin E bertindak sebagai anti-radang untuk melegakan radang pada saraf dan tulang pipi yang menekan saraf muka.

Vivix mengandungi polifenol yang bertindak sebagai anti-viral untuk mengelak virus herpes daripada datang semula menyerang, bertugas untuk perbaiki sel-sel di dalam sistem saraf sekaligus menghalang radang berlaku pada saraf muka.

Pengambilan supplement mesti disertai dengan fisioterapi atau senaman muka untuk saling menyokong.

Testimoni Pesakit Bell’s Palsy Yang Kembali Pulih

Berikut saya kongsikan kisah benar Puan Faiza sembuh Bell’s Palsy selepas fisioterapi dan konsisten Vitamin Bell’s Palsy Shaklee:

cara berkesan rawat bell's palsy

Saya bangun sebelah muka dah jatuh. Saya tak dapat senyum. Mata saya pun tak boleh tutup. Air mata saya mengalir macam menangis. Saya rasa sakit. Rasa tegang muka.

Bila bertemu dengan doktor, doktor sahkan yang saya Bell Palsy. Doktor tak dapat kenal pasti puncanya.

Saya bukan stroke. Cuma ada kelemahan di sebelah otot muka saya. Saya di steroid.

Tak mahu steroid

Tetapi oleh kerana saya sedang menyusukan anak dan baru lepas bersalin, saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas itu.

Ikhtiar saya adalah dengan vitamin semulajadi Shaklee. Saya ambil extra dose Vivix, Omega Guard, B Complex Dan Vitamin E.

Di samping itu saya tetap teruskan fisioterapi.

Selepas 90 hari

Alhamdulillah akhirnya selepas 90 hari bersamaan 3 bulan saya konsisten Vivix dan vitamin-vitamin lain dengan pengambilan extra dose serta 16 kali fisioterapi, akhirnya saya di beri kesempatan untuk senyum kembali.

Vivix berjaya membantu otot sebelah muka saya kembali bergerak.

Bell Palsy bukan semudah yang di sangka. Hanya saya dan sahabat-sahabat Bell Palsy sahaja yang faham. Semoga perkongsian saya ini membantu pesakit Bell Palsy yang lain.

Cara dapatkan supplement yang Puan Faiza amalkan

Alhamdulillah Puan Faiza telah terbukti kembali sihat semula dengan Vitamin Bell’s Palsy Shaklee.

Saya komited untuk bantu anda kembali sihat supaya dapat tersenyum ceria semula. Untuk dapatkan vitamin seperti Puan Faiza, anda boleh terus hubungi saya untuk order  :

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/Whatsapp : 019 477 3457
(Klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60194773457)
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *