cara buat sambal belacan senang
Resipi

Resipi Sambal Belacan Instant

Dah lama tak makan sambal belacan. Last masa kat Kerteh kot. Mak pun dah lama tak buat.

Sambal belacan family saya sangat simple, kitorang blend je 😉

Belacan yang sedap takat ni adalah belacan melaka. Daripada bau dah tahu 😛

Resipi Sambal Belacan Sedap

Ok, resipi sambal belacan blend versi keluarga saya:

Memula, perah 5 biji limau ke dalam satu bekas. Asingkan biji.

Lepas tu blend semua ni:

  • Cili merah 1-2 biji
  • Cili padi 5-7 biji (bergantung pada tahap kepedasan anda)
  • 1/2 ulas bawang merah
  • 1/2 biji limau, tapi blend kulit je. Biji buang
  • Belacan sesuka hati

Lepas blend, semua bahan blend tu campur dengan perahan limau tadi, dan letak lah satu sudu besar gula untuk seimbangkan rasa pedas cili tadi.

cara buat sambal belacan senang
Tadaaa! Adik saya kata rupa sup. Mesti dia dah lupa sambal mak buat

Fuh memang terbaik!

Makan nasi kosong dengan belacan dan telur goreng pun dah cukup sedap. Atau dengan ikan goreng. Makan panas-panas, memang nikmat 😀

Selamat mencuba!

Nak order Shaklee atau jadi ahli Shaklee?

Hubungi saya :

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp: 019 409 3457

Shaklee ID: 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *