Resort Atas Laut di Avillion Port Dickson

Alhamdulillah Allah murahkan rezeki dan izinkan kelapangan masa untuk kami sekeluarga merasa bermalam atas laut di Resort Avillion Port Dickson.

Memang menarik sebab biliknya selesa dan selain ada bathtub, bilik air nya juga menampilkan ciri shower room yang open air. Maksud di sini bumbung terbuka dan di sebelah satu lagi nampak air laut berombak di bawah.

Wah memang menarik.

Lagi best sebab ada balkoni menghadap laut.

Cuma untuk Water Chalet, walaupun menghadap laut, tetapi bilik kami juga menghadap bilik orang lain. Kalau nak menghadap laut lepas, ambil Premium Water Chalet.

Water Chalet ini pula ada 2 jenis iaitu bilik King Bedroom dan Twin Bedroom.

Dua-dua bilik pun ada extra pangkin bed, which is bagi saya macam Queen Size bed yang diletak di tepi tingkap. Muhammad lah yang tidur di pangkin bed ini.

Masa belanja satu keluarga minggu lepas, sebab nak bilik dekat-dekat dan last minute booking 3-bedroom apartment sold out, maka ada adik-beradik saya yang dapat Twin Bedroom. Kata book 6 bilik terus.

Alhamdulillah tengok selesa juga katil walaupun Twin.

Ok lah saya kongsikan gambar dalam Water Chalet King Bedroom di Avillion Port Dickson (tapi lupa ambil gambar bilik air).

Beg di tag sejurus check in

 

Berdepan dengan lobi ada kolam ikan

 

Bilik Water Chalet – King Bedroom

 

Pangkin Daybed. Tirai boleh dibuka.

 

Balkoni menghadap laut dan bilik depan.

 

Dating bersama suami di malam hari di kala anak-anak tertidur keletihan.

 

Muhammad dan Hannah suka main di tingkap pangkin daybed ini.

Bilik-bilik Water Chalet.

 

Hujung itu adalah Premium Water Chalet yang menghadap laut lepas.

Thanks for reading!

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares