Australia | Sydney

Restoran Halal di Sydney Airport, Australia

Selesai segala urusan kastam, ambil bagasi dan declare makanan di Airport Sydney, Australia; kita akan terus keluar dan nampak pintu keluar airport.

Kalau anda agak keletihan dan lapar, Sydney Airport ada restoran halal di tingkat dua.

Naik ke atas menggunakan lif atau eskalator. Anda akan bertemu banyak Boarding Gate.

Di belakang Boarding Area ini ada pelbagai restoran.

Restoran Halal di Sydney Airport setakat kami jumpa adalah bernama Sahara Grill dan Thai Restaurant.

Papan tanda restoran-restoran ini ada menunjukkan tanda Halal yang mudah baca.

Kami pilih Sahara Grill.

Halal Restoran di Airport Sydney, Australia
Beratur nak pilih makanan

Ianya makanan berkonsepkan timur tengah iaitu ada kebab, falafel, dan pelbagai makanan arab yang saya kurang pasti namanya. Memang sedap.

Makan Halal di Sydney Airport, Australia

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *