Cabaran 30 hari

Restoran Kegemaran | Hari #14: Cabaran 30 – Hari Entry

Sejak beranak dua ni, rasa makin tak sedap makan kat luar. Hehehe. Suka air tangan sendiri, atau air tangan mak.

Semahal mana pun restoran, ia tetap akan ada macam something missing dalam masakan. Ok ok hari ini saya nak cerita tentang restoran kegemaran.

Ekceli restoran kegemaran saya adalah dah takde kegemaran. Haha.

Wadi Hadramawt, Jalan Ampang

I used to fond of Hadramawt Jalan Ampang, suka Lamb Kebab dia.

Gambar dari Google
Gambar dari Google

 

Kalau tak silap Lamb Kebab yang makan dengan roti besar, tak ingat nama apa. Dalam gambar bawah ni takde pulak rotinya.

Memang sedap.Β Sekali dengan garlic sauce. Makan itu saja pun dah kenyang.

Wadi Hadramawt
Sumber Google

Kalau pergi restoran tu, memang saya tak makan nasi pun dah kenyang sangat, siap tak boleh habis lagi. Roti tu kot mengenyangkan

Tapi dah namanya makan luar, tetap tak sama dengan masakan home-cooked meal..

Nando’s

Lagi satu dulu masa kerja Twin Tower, saya suka sangat ke Nando’s. Hari – hari makan Nando’s pun boleh. Tapi not for long lah.

Sumber Google
Sumber Google

Yang saya suka quarter chicken with sidelines. Sideline biasa- biasa aja, nasi dan chips. Plus chicken soup dia.

Semalam makan kat Nando’s Kerteh. Tapi dah rasa macam biasa – biasa

Jadi apa restoran kegemaran saya?

Semestinya dapur mak! Hihi.

Mak masak ayam masak kicap je pun dah sedap sangat sebenarnya. Menjilat jari! Sampai rasa nak hirup kuah tu aja bila ayamnya dah habis. Sambal daging, ayam sambal. Yummy!!

Oh ai tak pernah ambil gambar masakan mak T_T

Dan saya pun cuba imitate kesedapan masakan mak.

Biasalah, kalau kita nak tiru masakan mak kita, dia bagi lah resipi sebijik macam mana sekali pun, kita siap tengok dengan mata cara mak masak, rasanya tetap lain.

Tak pe lah, practice makes perfect, khenn? πŸ˜‰

Currently sebab duk jauh, my favorite restaurant adalah dapur sendiri πŸ˜› Suka sangat masakan sendiri dan alhamdulillah suami dan anak- anak pun suka walau kadang- kadang saya rasa eh macam terlebih masin. Huhuhu.

So menu hari ini?

Alhamdulillah daging beli hari tu masih banyak baki. So boleh lah buat sambal daging dan mi lidi daging πŸ˜€ Jangan tak tahu, Kerteh ni bukan senang cari daging walaupun lembu – lembu banyak je, kadang kat tengah jalan, kadang lalu depan rumah pun.

Ok, sampai sini saja. Insya- Allah hari ni dah prepare untuk 3 entry. Hihi. Apa restoran kegemaran korang pulak? πŸ˜‰

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *