Ringkasan Itinerari Europe Kami – Self Planned

RINGKASAN ITINERARI EUROPE VACATION KAMI – SELF PLANNED(Keukenhof, Netherland – Paris, France – Lauterbrunnen, Switzerland – Chamonix-Mont-Blanc, France)

28/4 – Bertolak dari KLIA.

Transit dan bermalam di Dubai International Airport Hotel (highly recommended)

Esoknya lebih kurang jam 8 pagi baru sambung ke Amsterdam.

29/4 – Sampai Schipol Airport, Amsterdam dalam tengahari. Ambil taxi ke Lisse (kami book Airbnb di Lisse sebab kata description dekat dengan Keukenhof Garden)

Berjalan sekitar kejiranan di Lisse, explore the neighborhood. Maghrib jam 9 malam jadi boleh berjalan sakan.

30/4 – Keukenhof Garden.

Jalan kaki dari rumah (di Lisse) ke Keukenhof Garden, 30 minit.

Balik rumah naik taxi 50€

1/5 – Gerak ke Paris, France

Menaiki train Thalyss.

Dari train station, ambil taxi ke Airbnb. Airbnb ini mempunyai 3 bilik, 2 bilik air dapur boleh masak lengkap dengan washer dan dryer.

Dari Airbnb, hanya lebih kurang 5 minit jalan kaki ke Eiffel Tower. Dari balcony sahaja pun dah nampak Eiffel Tower.

Oleh kerana check in jam 3 pm, jadi kami drop beg di receptionist dan lunch dahulu di The New Jawad Restaurant, lebih kurang 10 minit jalan kaki dari Airbnb (guna waze)

Explore Eiffel Tower dan kawasan berdekatan dari siang sehingga ke malam.

2/5 – Gerak ke Lauterbrunnen,Switzerland

Dari Airbnb di Paris, kami ambil taxi untuk ke train station.

Kami menaiki train TGV Lyria untuk ke Interlaken OST, Switzerland.

Dari Interlaken OST ambil train ke Lauterbrunnen.

Explore Grocery store untuk beli makanan harian sebagai kudapan/masak. Yang paling convenient dan banyak pilihan adalah COOP.

Mudah jumpa.

Explore kawasan di sekitar Airbnb sebab Maghrib lambat dalam jam 8 malam+

Antara Interlaken dan Lauterbrunnen, highly recommended untuk bermalam sekurang-kurangnya 4 hari 3 malam di Lauterbrunnen. Memang ???

3/5 – Cruise di Brienz Lake.

Ada 2 tasik di Interlaken. Tetapi mengikut review internet, ramai sarankan Brienz Lake sebab ia mempunyai pelbagai panorama indah berbanding Thun Lake.

Cara ke Brienz Lake – jalan kaki dalam lebih kurang 2-3 minit dari stesen train Interlaken OST

4/5 – Ke Jungfraujoch, Top of Europe

Pastikan masa naik pakai jaket winter walaupun waktu pergi adalah musim spring.

5/5 – Piz Gloria, Schilthorn

Bermula ke Grindelwald, tapi sebab ada restoration work, jadi kami detour ke Schilthorn. Lagipun Schilthorn tu belakang Airbnb kami sahaja.

Ambil masa satu hari untuk explore setiap stop. Bagus bermula dengan puncak Schilthorn, turun ke Birg, turun ke Wengen, turun ke Murren dan seterusnya.

6/5 – Ke Chamonix Mont-Blanc, France

Sampai di hotel Les Balcons Du Savoy (lengkap dapur untuk masak dan ada 3 bilik tidur yang setiap satunya ada toilet)

Kalau nak lebih dekat dengan Gunung Mont-Blanc, cari penginapan berdekatan Aiguille Du Midi.

Exploring day. Jalan-jalan sekitar kawasan Chamonix-Mont-Blanc.

7/5 – Ke Merc De Glace dan naik Aiguille Du Midi untuk lihat Mont-Blanc jarak lebih dekat.

Merc de Glace untuk menyaksikan glacier dan ice cave. Boleh bawa kanak-kanak kecil.

Aiguille Du Midi tak boleh bawa anak usia 4 tahun ke bawah. Kawasan atas puncak agak sempit tetapi pemandangan sangat mengagumkan

8/5 – Balik

Dari Chamonix-Mont-Blanc kami ambil Van Door-to-door transfer ke Geneva Airport.

Dari Geneva Airport, flight transit dan bermalam di Dubai International Airport.

9/5 – Pagi baru sambung balik ke KLIA.

#deejatravelstories

2 Comments

  1. Yuama 24 February 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares