Rumah Airbnb 30 Minit Jalan Kaki Ke Taman Keukenhof, Netherland

Untuk Amsterdam, kami pilih untuk bermalam di Airbnb di Lisse, Netherland yang berdekatan dengan Taman Keukenhof. Hotel memang ada, cuma kami lebih selesa duduk rumah, lagipun ramai kan.

Airbnb lebih banyak jimat. Plus point adalah boleh memasak.

P.s : Airbnb adalah macam homestay, cuma company Airbnb menjadi orang tengah untuk meminimakan risiko di kedua-dua pihak tuan rumah dan penyewa

Airbnb yang kami pilih asalnya maklumkan 10 minit jalan kaki ke taman. Tapi agaknya langkah kaki orang Eropah ni besar daripada orang Asia, kami jalan kaki ambil masa 30 minit juga nak sampai Taman Keukenhof.

Ada 5 plus points Airbnb ini untuk family yang bawa anak-anak kecil :

1/ Depan playground

Betul-betul depan rumah ini ada playground. Memang seronok lah anak-anak bermain berlari. Berdekatan dengan playground ada sungai yang sangat jernih, siap ada beberapa ekor itik yang selalu berenang di situ.

Wah memang best.

Hannah suka petik daisy yang tumbuh liar di playground area

Itik nak masuk sungai belakang playground

2/ Mainan

Rumah ini ada 3 bilik, semua bilik di tingkat atas. Tingkat paling atas iaitu di bahagian attic, ada disediakan sebakul mainan.

Masa mula-mula sampai, saya naik tingkat paling atas sebab tingkat itu paling panas – heater agak bermasalah waktu itu. Anak-anak ikut sama. Tak sangka pula bila buka satu bekas besar, ada pelbagai jenis permainan.

Memang leka anak-anak bermain sementara nak uruskan heater.

3/ Sangat dekat dengan kedai runcit

Jalan kaki lebih kurang 5 minit untuk sampai kedai runcit yang berhampiran. Yang bestnya kedai runcit ini ada jual pelbagai barang termasuk paling penting nasi, telur dan ikan. Alhamdulillah. Syukur.

Tak lah tekak melayu mengidam makan nasi sangat. Nasi pula ada pelbagai jenis. Basmathi pun ada tau.

4/ Hampir tiada orang

Kawasan tersebut adalah sangat sunyi, hampir macam tiada orang. Ada lah nampak sesekali ada sebiji kereta, atau sesekali ada jiran berdekatan.

Tetapi selalunya semasa berjalan-jalan, takda orang. Jadi budak-budak memang suka menjerit sesuka hati.

5/ Nature yang cantik

Taman tutup jam 7 pm. Kedai pula tutup jam 6 pm. Tapi maghrib tak menjelma sehingga jam 9 pm. Jadi waktu yang bersisa adalah seronok di gunakan untuk berjalan di sekitar pekan tersebut.

Ada banyak terusan sungai yang tenang dan landskap-landskap rumah yang cantik dihiasi pelbagai bunga. Mak apak memang berjalan sakan.

Kalau anda nak bermalam di Airbnb ini, kalau jenis cepat letih malas berjalan, elok lah sewa kereta sebab lokasi dari rumah ke tempat yang lain seperti restoran halal adalah agak jauh dalam 30 minit jalan kaki.

Jangan lupa ikuti saya di Facebook dengan hashtag #deejatravelstories

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares