Cabaran 30 hari

Rumah Impian Saya| Hari #6: Cabaran 30- Hari Entry

Erm, ni hutang entry semalam 😛 Ok nak cerita tentang rumah impian.

Secara jujurnya, saya tak berapa suka rumah besar macam banglo. Cukup teres atau semi detached yang ada halaman untuk anak- anak bermain.

Dan memang currently berkenan dengan neighborhood saya di Kerteh sebab, jiran – jiran baik semua. Anak -anak nak main kat luar pun, Alhamdulillah setakat ini selamat. Tapi area selain kat situ, saya tak berani nak kata.

Taska dan tadika ternama pun dah mula muncul. Macam Little Caliph, Brainy Bunch. Huhu.

Bila kita cari rumah, bila dah jadi parents ni, banyak sangat yang di titik beratkan. Rumah kena luas, supaya anak nak main lari – lari dan merangkak, puas. Rumah kena lighting bagus, supaya jimat bil letrik nak naik dah ni. Rumah kena sejuk di siang hari, extra sejuk sikit di malam hari. Haha. Supaya tak pasang kipas laju atau aircond, again, untuk jimat bil letrik 😛

Yang paling penting, kejiranan. Kalau rumah cantik bak istana, tapi jiran tak kenal sekeliling, tak seronok jugak kan.

Rumah kitorang currently very basic house. Plan nak tambah taman kat belakang. Nak tanam pokok betik, pokok cili, pokok daun sup (ai suka daun sup), pokok daun kesum, pokok limau kasturi, eh macam- macam lagi lah. Tapi currently pokok bawang je hidup. Kekekeke

Tanaman Yang Kemas
Kemas Sebab Ada Batas Antara Tanaman

Nak jugak letak air terjun mini comel- comel. Pastu nak buh ikan koi 3-4 ekor dalam kolam tu. Tenang rasanya bila dengar air mengalir sambil tengok ikan berenang. Sekarang ni ada ikan kecik je dalam akuarium, tu pun best.

Nak buh kat dinding belah Makcik Fatimah. Hehe
Nak buh kat dinding belah Makcik Fatimah. Hehe
Macam comel pulak kolam ni
Macam comel pulak kolam ni

Kat depan nak buat ala- ala playground. Tapi belum decide lagi.

Bilik tetamu itu wajib. Boleh lah ajak mak apak adik beradik bertandang barang semalam dua malam ke Kerteh. Bila rumah cantik, seronok sikit nak ajak tetamu kan. Hihi.

Untuk Kelesaan Tetamu Long Distance
Untuk Kelesaan Tetamu Long Distance

Dapur tak nak too big, dan tak nak lah too small. Suka dapur macam kat rumah mak. Hehe. Just perlu besarkan sikit supaya ada ruang makan selesa untuk anak ramai. Tapi kalau anak dah besar dan merantau, sunyi pulak ea.

Not too big
Cantik tak? Kene kecil kan sikit scale nih

Tapi still, kami merasakan, rumah sendiri tak perlu terlalu besar. Tapi kalau nak beli rumah untuk investment, yep, itu akan di consider. Tapi untuk first timer, beli apartment je dulu for investment.

Eh., dah melalut.

Macam mana rumah impian korang? 😉 Jom share- share

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *