Muhasabah

Sabar dan Syukur

Manusia ni memang susah nak bersyukur. Terkadang kita diuji dengan ujian maha hebat, yang kita nampak dari ujian tu, yang buruk-buruk aje.

Ujian kadangkala boleh melarutkan kita dalam emosi yang entah hape-hape.

Tapi sebenarnya ujian bertujuan untuk mendidik sikap baik sangka kita kepada Allah, upgrade kan sikap sabar kita, bantu kita jadi orang yang lebih kreatif dalam problem solving.

image

After all, syurga tu bukan murah tau. Nak beli rumah banglo sebijik kat hot area pun makan juta-juta, ini kan pulak syurga.

Alhamdulillah saya kalau belajar sesuatu, mesti kongsi dengan suami. Jadi, suami akan bantu jadi timbang tara buat saya.

Pengalaman saya

Contohnya beberapa hari lepas, ada lah beberapa benda yang buat saya teruji.

Tapi shortly after that, saya diingatkan, cuba fokus kebaikan dalam cabaran. Fokus bermakna cari di mana kebaikan dalam ujian yang saya sedang hadapi.

Dan tak sangka, esoknya Allah beri hadiah dari arah tak tersangka-sangka untuk ganti perkara semalam nya.

Pada setiap kesabaran kita, pasti ada ganjaran manisnya. Pokok pangkalnya, kita sendiri belajar asah kesabaran.

Sabar memang susah. Tapi berbaloi-baloi, bahkan ia sifat terpuji para nabi.

Ingat: FOKUS mencari kebaikan sesuatu perkara.

Contoh praktikal

Contoh dalam bisnes, orang tak jadi beli barang dengan kita lepas bertanya.

CARI Kebaikan: Alhamdulillah dari pertanyaan orang tu, kita dapat asah skill jawab soalan prospek. Mungkin orang tu jenis banyak sangat songeh, sebab tu lah dia tak jadi customer kita.

Bayangkan kalau dia jadi jugak customer kita, mungkin lebih pening kepala kita nak layan follow up dia.

LAGI CARI kebaikan dalam ujian tadi,  Alhamdulillah ia menunjukkan usaha kita mula menampakkan hasil, sekurang – kurangnya ada jugak orang tanya. Ini menunjukkan ada orang berminat, dan pasti, lebih ramai berminat dengan produk kita.

Tak rugi sikap sabar ni, jadi bila anda di uji, pause sekejap dari marah2. Tarik nafas. Dan sabar.

And yes, at this moment, saya diuji lagi. Fuhhh!! Sabo aje lah. Teringat nasihat upline saya, kalau nak income ratus ribu, ujian pun kena lah tinggi jugak.

Memang kagum dgn kesabaran diorang.

Takpe, sabar je, pasti kesabaran ini, akan Allah ganti dengan ganjaran berlipat kali ganda 😀

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *