Salun Muslimah Bergerak

Salun Muslimah Bergerak

Ceritanya rambut saya telah out of shape, ke apa tah nak cakap.

Masa pregnant, saya panas sangat.

Ia adalah normal sebab darah kita bertambah banyak semasa pregnant, dan suhu akan meningkat dalam tubuh.

Lebih kurang, your blood volume increasing, makes you feel hot.

Nak rambut sangat pendek

Masa pregnant saya rasa sangat panas sampai saya minta suami tolong gunting kan rambut saya supaya pendek betul.

Ish, kalau boleh, saya nak botak terus je.

Suami tolong gunting rambut, sampai kepala saya rasa berangin, baru saya minta suami stop.

Jangan salah faham pulak, suami saya pandai je potong rambut, cuma saya je nak rambut super pendek.

Bila tengok rupa dalam cermin, hadui, kelakar.

Tapi sebab nak selesa, kira ok je lah.

Selepas bersalin

Selepas bersalin, er, rasa macam, bila rambut ni nak panjang.

Walaupun orang lain tak nampak pun rambut saya macam mana, tapi saya pun nak lah kelihatan cantik di mata sendiri.

Orang kata self satisfaction. Kita buat sesuatu bukan sebab nak please orang lain.

Lagipun suami saya deserve untuk menatap bidadari jelita setiap masa, kan?

Hik3.

Jadinya, kami pun tengok lah area rumah, kot ada salun muslimah. Ok memang ada.

Dah tu, nak keluar bila. Dah ler dalam pantang. Nanti baby nak menyusu?

Lagipun saya adalah sangat malas nak keluar rumah. Dalam pantang kali ni, saya lebih suka memanjakan diri di rumah.

Salun Muslimah Bergerak

Sampai satu hari, suami cakap, tah bila nak betulkan rambut tu.

Maka saya nekad Google salun muslimah bergerak.

Never hurt to Google, kan?

Tetengok, eh, ada salun yang buat salun muslimah datang rumah kita.

Akak tu memang ada salun muslimah, dan dah mula salun datang rumah dalam bulan August baru ni.

Jadi sebab nak cepat, tak tahan tengok rupa dalam cermin, saya pun terus Whatsapp dan set appointment untuk gunting rambut keesokan harinya.

Alhamdulillah, akak tu free time yang saya set.

Dan saya tak perasan lah pulak, akak tu duduk kajang je.

Jadi oleh kerana kajang dan Bangi adalah dalam range 10km, tiada kos tambahan untuk transportation.

Salun Datang Rumah

Rasa macam mak datin pulak, orang datang rumah tolong gunting rambut kita.

Hihi.

Simple je.

Kami potong rambut kat depan. Semua alat, dia punya.

Kerusi je lah saya punya, dan kertas surat khabar untuk kumpul rambut yang jatuh.

Kelip kelip rambut macam kat salun.

Saya dipakaikan alas apa tah, yang untuk elak rambut melekat kat baju kita, memang macam kat salun.

Bezanya, ini kat rumah sendiri sambil diperhati oleh anak-anak yang curious.

Haha.

Lepas selesai gunting rambut, dia tolong shampoo kan sekali rambut.

Wowowowwww.

Sedapnya kepala dipicit-picit. Lepas tu dia ada urut sekali kat bahagian leher.

Lepas shampoo, nak cuci pulak.

Patutnya dia ada order sinki mobile untuk cuci rambut, tapi saya lupa kenapa hari tu takde.

Huhu.

Dan dia cuci kan rambut saya dalam bilik air.

Eh, betul rasa syok lah.

Sebab memanjakan diri tanpa berenggang dari keluarga.

Huhu.

Bebudak ni bergaduh, masih gaduh depan saya. Hannah menangis nak minta susu, masih dengar.

Lepas cuci, saya menyusukan baby Hannah sekejap.

Baby, lepas dapat susu, umpama minum ubat tidur, Haha.

Terus tertidur.

Kemudian sambung keringkan rambut dengan hair dryer. Dan final touch up sikit rambut.

image
Kasi rambut kering dengan hair dryer

Memang best.

Kalau rambut lagi panjang, lagi lama lah potong rambut. Kih3.

Facial Di Rumah

Lepas tu, masuk bilik untuk buat facial pulak.

Facial, harga asal RM 55 je.

Tapi ada promosi September, saya dapat RM 35.

Oh, pakej rambut tadi RM 55.

Untuk facial, saya baring, dan dia tolong uruskan muka saya.

Hik3.

Uih dah lama tak buat facial tau. Tak ingat bila last time.

Alasannya, malas sungguh nak keluar rumah pergi facial.

Nak kena cari masa lagi.

Yang ni facial datang rumah, memang pucuk dicita ulam mendatang sungguh lah.

image
Peralatan Facial - Mary Kay

Akak ni guna produk Mary Kay.

Ok, walaupun saya pencinta Shaklee, tapi takpe lah.

Bukannya produk cikai Mary Kay tu.

Saya tak tengok jam.

Tapi semua ini berlaku dalam tempoh masa hampir 2 jam.

Hubby cakap, lepas ni boleh lah minta akak tu datang tiap bulan.

Hihi. Facial tiap bulan. Kat rumah je pulak tu.

Syoknya 😍😍😍

Ok, kalau anda pun jenis macam saya, sedang cari tukang gunting rambut atau orang buat facial yang boleh datang rumah, boleh lah hubungi akak tu:

Pakej rambut yang siap cuci RM 55
Pakej facial RM 55

Oh, blog dia yang saya jumpa tu di
http://cintahatisb.blogspot.my

Lepas ni, takde alasan lah surirumah sememeh aje kat rumah ye 😛

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *