Sambut Ramadhan Di Masjid-Masjid
Alhamdulillah dah masuk Ramadhan ke 10 pun 😀
Bagaimana Ramadhan kita so far?
Takpe tak perlu jawab, kita boleh nilai sendiri 🙂
Sepanjang Ramadhan kali ni alhamdulillah Allah izin kami untuk meluangkan lebih masa di masjid. Memang best lah.
Hasil survey kat Facebook sebelum Ramadhan, survey nak cari Masjid yang mesra kanak-kanak, Alhamdulillah kami dah ke 3 masjid yang dicadangkan kecuali Masjid Jelutong dan Masjid UIA
Aah kan, malam ni kita cuba Masjid UIA pulak 😉
Ramadhan Pertama
Ramadhan pertama mesti lah kena buka dengan family kan.
Alhamdulillah untuk nikmat keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah. Mak masak mesti sedap.
Walaupun bagi mak simple, tapi saya dan suami rasa menjilat jari lah.
Masjid Negeri Shah Alam
Ramadhan ke dua kami ke Masjid Negeri Shah Alam.
Kebetulan masa tu Sultan Selangor ada majlis kat situ, jadi Masjid pasang khemah kat luar.
Majlis tu untuk meraikan anak yatim dan asnaf. Memang sedap menu kalau ada majlis. Hihi.

Kalau bawa anak-anak, bersiap sedia lah untuk sabar dengan pelbagai kerenah.
Masjid Shah Alam ni bagi saya paling convenient untuk anak kecil berbanding masjid lain sebab kat bawah masjid ada ruang solat yang sangat besar, khas untuk mak bapak yang bawa anak.

Pemandangan mak ayah berganti solat, ibu ibu saling menjaga anak, adalah sangat biasa.
Masa kami buka, masa tu first time, jadi tak tahu lah, boleh je sebenarnya duduk kat tepi tepi masjid sambil bentang tikar buka dengan keluarga
Lagi yang syok sebab masjid ni ada shower room, dan juga changing room yang quite besar dan bersih dan kering.
Kering maksudnya tak basah berlopak air lah walaupun luar shower room
Ruang wudhuk pun sangat lah luas. Memang syok lah
Kat sini dari Ramadhan pertama lagi, pihak masjid sediakan juadah berbuka, moreh dan sahur seawal jam 4.30 pagi.
Kalau tak salah, ada je yang bermalam kat masjid seawal satu Ramadhan.
Kat bahagian perempuan dan lelaki ada satu kawasan tertutup untuk baring-baring.
Oh, ruang solat untuk yang tak bawa anak-anak adalah kat atas masjid.
Ruang tu kalau baby tak boleh masuk lah.
Biasanya kami stay sampai habis witir.
Seronok tengok Muhammad dan Maryam jumpa kawan, main-main

Masjid Negara
Masjid Negara ni berdekatan dengan bangunan Dayabumi
Masa first time pergi, masa tu dalam pukul 9 lebih, sebab balik dari buka kat Bangi.
Oh masa tu ada imam Mesir, sedapnya dia baca. Rasa macam menyanyi.
Masjid negara pun sangat lah mesra kanak-kanak.

Kat ruang solat tu, adalah pemandangan yang normal dan biasa untuk tengok baby dan kanak-kanak duduk, atau berdiri atau bahkan meragam sebelah ibu atau ayah.
Ayah pun ada yang bawa anak tau. Suami saya cerita ada je dekat dia seorang ayah bersama 3 anak, sorang anak dalam rocker.
Masjid negara tiada pemisahan ruang solat sama ada ibu bapa bersama anak atau tidak. Semua solat bersama.
Kat ruang perempuan ada ruang tertutup untuk ibu menyusu, atau ibu yang nak berehat sekejap.
Kat atas pun ada ruang untuk perempuan. Biasalah perempuan kan, kita seboleh mungkin nak bertutup.
Macam biasa, kalau singgah Masjid Negara pun, stay sampai habis witir.
Pihak masjid buat bacaan tadarus selepas witir. Tapi by that time, dah mula berkemas untuk balik.
Masjid Wilayah
Masjid Wilayah sangat besar berbanding masjid negara.
Cantik.
Tapi tak stay lama sebab suasana dia tak se ‘baby friendly’ macam Masjid Shah Alam atau Masjid Negara
Masa sampai, kami bawa Maryam dan Muhammad naik ruang solat, sangat luas yang luas sangat.
Muhammad dan Maryam excited lah nak main.
Oh tapi rupanya kalau budak bawah 6 tahun tak boleh masuk ruang solat. Jadinya bila solat, solat kat ruang bawah yang juga luas.

Adik saya cerita, ada nurseri.
Yang ni saya belum explore lagi.
Pengalaman Berbuka Di Masjid
Berbuka di masjid memang menarik
Mula-mula kita hanya minum dan makan ringan.
Kemudian solat maghrib. Lepas solat, baru makan heavy.
Semalam berkenalan dengan keluarga Pakistan. Dia hulurkan makanan Pakistan. Menarik.
Tak semua masjid makan mewah. Ada yang makan biasa, tapi ada juga makan sedap macam nasi ayam
Menarik sangat, dan Insya-Allah kami bercadang untuk MABIT di 10 malam terakhir, atau lebih awal.
Dapat pahala iktikaf kan 🙂
Lagipun saya memang teringin nak subuh Ramadhan di masjid.
Feeling solat di masjid adalah berbeza dengan di rumah.
Insya-Allah saya akan berkongsi lagi tentang pengalaman Ramadhan di masjid di entry akan datang.
Salam Ramadhan untuk semua ^_^
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp: 019 477 3457
Shaklee ID: 858755