Business

Segmenkan Kerja Agar Pengurusan Bisnes Lebih Tersusun

5 tahun yang lepas, kalau boleh, semua benda dalam bisnes saya mahu buat sendiri.

Saya lah tukang promosi, saya lah tukang fikir strategi perniagaan, saya juga yang melayani pertanyaan prospek dan pelanggan, saya juga yang fikir bagaimana mahu korek potensi kumpulan.

Semua saya yang buat.
Dan hasilnya, saya sangat penat dan masa dengan anak-anak terganggu.

Memori saya bersama anak kedua sangat terhad berbanding memori bersama anak pertama.

Kawan-kawan saya yang lain mahir membahagi kerja, tetapi bukan saya. Itu adalah kelemahan saya.

Tetapi kelemahan ini boleh diubah menjadi kekuatan jika saya tahu caranya.

Mulai tahun 2015, saya dapati saya mula tidak mampu melayani pertanyaan prospek dan customer sedia ada.

Untuk atasi cabaran ini, saya mula mengambil staff untuk membantu saya menguruskan pertanyaan dan tempahan dari prospek,  customer dan ahli Shaklee yang berdaftar dengan saya.

Pertengahan tahun 2016, selepas menyertai kelas Seminar My Document anjuran Byond Success, saya baru nampak jalan yang jika bisnes kita mula berkembang dan kita dapati kita mula tidak cukup tangan, kita perlu kenal pasti kerja apa yang kita buat, dan segmen kan ia.

Untuk syarikat FAMES milik suami dan saya, kami perlukan 6 segmen.

Tetapi untuk perniagaan Shaklee saya, segmen tersebut saya hanya bahagikan kepada 3 segmen sahaja dahulu.

  1. Segmen Marketing – bertanggungjawab untuk memastikan rakyat Malaysia atau dunia kenal siapa kita. Bagi saya lebih kepada strategi pemasaran diri sendiri.
  2. Segmen Operation – Apabila kita dah ada strategi apa perlu dibuat, operation akan buat kerja, sebagai contoh – kemaskini blog, kemaskini hebahan tips vitamin di Whatsapp, kemaskini kumpulan di Facebook dan sebagainya.
  3. Segmen Customer Service – menguruskan pertanyaan dan tempahan berkenaan Shaklee.

Cara Kerjakan Setiap Segmen

Untuk segmen Customer Service, Alhamdulillah saya telah mempunyai pembantu yang cekap dan peramah.

Lebih peramah dari saya.

Walaupun pembantu saya sedia cekap, saya perlu fikir latihan yang bersesuaian untuk beliau asah bakat supaya peratusan berjaya close sales meningkat.

2 lagi segmen iaitu segmen Marketing dan segmen Operation adalah di bawah kendalian saya sendiri.
Macam mana saya buat? 

Saya tulis di dalam buku. Sediakan masa untuk berfikir tentang strategi pemasaran.

Contohnya 20 minit untuk fikir dan cambahkan strategi.

Segmen Marketing

Marketing adalah bertujuan untuk beritahu kepada orang tentang siapa kita dan apa yang kita sediakan.

Let people know us – quote dari speaker Byond Success

Untuk pastikan saya banyak idea, saya rujuk kepada kumpulan besar Shaklee iaitu iReach dan perbincangan di dalam kumpulan Whatsapp kami.

Saya juga pastikan rakan Facebook saya terdiri dari golongan yang bukan sahaja buat bisnes, tetapi sentiasa kemaskini Facebook mereka dengan kemaskini yang positif dan sarat dengan tips dan idea mengembangkan bisnes.

Saya juga sentiasa merujuk laporan yang disampaikan oleh pembantu saya dari Customer Service, dan dari situ saya nampak apa yang perlu diperbaiki dan ditambah.

Segmen Operation

Untuk segmen Operation, oleh kerana saya belum mencari pembantu untuk segmen ini, saya sediakan jadual yang saya perlu buat dalam masa sebulan.

Saya sediakan masa 30 minit untuk susun apa yang perlu dibuat, bila dn waktu terbaik untuk buat.

Saya adalah ibu kepada 3 anak kecil yang memerlukan perhatian dan saya juga terlibat dalam pengurusan syarikat bersama suami, FAMES.

Oleh sebab itu, pengurusan masa untuk saya adalah  sangat penting

Jadual yang saya sediakan untuk Operation bisnes Shaklee saya adalah berdasarkan strategi dari Segmen Marketing tadi.

jadual tindakan untuk Ogos

Apa Hasilnya? 
Alhamdulillah saya mula dapat melihat dengan jelas di mana sepatutnya saya perbaiki prestasi bisnes Shaklee.

Perancangan itu penting.

Tetapi ambil tindakan terhadap apa yang dirancang, itu juga sama penting.

Rancang untuk 6 bulan pertama hingga ke setahun pertama.

Paling penting, sebelum rancang, pastikan apa sebenarnya matlamat kita untuk bisnes ini.

Jom cuba bisnes Shaklee

Anda pernah cuba vitamin Shaklee?

Cuba lah sekali, anda pasti jatuh hati.

Bisnes Shaklee berasaskan vitamin semulajadi yang kita makan setiap hari.

Whatsapp di 0194773457 untuk daftar sebagai ahli Shaklee dan mulakan bisnes Shaklee bersama kumpulan saya 🙂

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *