Activity 1 yo

Sehari Di Perpustakaan Shah Alam

Dah lama teringin nak ke perpustakaan Shah Alam ni, sejak Maryam baby.

Sebabnya teruja tengok kawan-kawan tunjuk gambar ada pokok kat children area.

Well, being a mother, semua benda pun kita nak cari yang children friendly kan 😉

Lokasi Perpustakaan Shah Alam

Dulu library ni dekat kawasan PKNS tu je, selalu hantar adik pi library.

Tapi rupa-rupanya dah pindah ke area dekat Stadium Shah Alam.

Jalan masuk macam nak masuk pasang golf aje, fefeeling macam masuk kawasan orang kaya. Ahaks.

Perpustakaan Shah Alam

Alhamdulillah masa sampai, receptionist macam paham-paham, terus tunjuk kawasan budak-budak.

Ohhhh, heaven!!!!

Ai yang mak budak pun rasa teruja!

Masuk je pintu perpustakaan Shah Alam ni, belah kanan tu je dah kawasan kanak-kanak.

Kat pintu depan ada macam hologram (kot) kolam ikan. Ikan sedang berenang

image
Excited kemain

Bila kita pijak situ, nanti nampak seolah-olah air berkocak

Muhammad dan Maryam sangat lah suka main kat depan ni

Masuk sikit lagi, jumpa pokok idaman yang dok selalu tengok kat FB kawan-kawan!

image
The tree!

Hihi.

Sangat lah excited tengok pokok tu.

Muhammad sikit-sikit suruh ambil gambar.

image
Posing baca buku

Ada banyak tempat duduk dalam ni, dan yang menariknya setiap section kaler lain, kerusi lain, warna lain.

Memang menarik!

Rasa segar aje. Rasa happy 😀

Buku pulak ada banyak jenis. Ada encyclopedia versi kanak-kanak, ada story books, ada non fiction books, Islamic Books pun baaanyak!

Dalam ni ada sekali toilet, surau untuk kanak-kanak, locker simpan barang. Kalau nak surau besar sikit, bawah je ada surau.

Memang menarik lah Library Shah Alam nih.

Waktu Operasi

Opening hours untuk Ramadhan adalah dari 9.30 pagi hingga 5.00 petang.

Kalau bukan Ramadhan, tutup pukul 7 malam.

Alhamdulillah Allah izin kami untuk beri 1 day for the kids at kids place.

Nak tunggu masuk KidZania, kumpul duit dulu 😉

Oh, library nih free je.

Till then, layan gambar ya 😀

P.s : Aah gambar besar sikit 😛 Malam ke saya Edit kasi kecik ya.

Excited nih nak share ^_^

image
Maryam masih ralit dengan kolam ikan
image
Dedua teruja dengan pokok
image
iMac
image
Sofa purple kat tengah

image

image
Sofa merah kat belakang sekali. Tido kat sini lepas penat
image
Banyaaaaak buku

image

image

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *