Pengalaman Ramadhan

Sekitar Sahur Di Masjid Negeri Shah Alam

Plannya 10 malam terakhir nak cecuba bermalam dan iktikaf di masjid, tapi masih dalam percubaan.

Kami ke masjid dalam sekitar 4 lebih.

Terkejut juga lah sebab parking full dan orang ramai. Ramai rupanya yang bermalam di masjid.

Ada yang bermalam dengan keluarga dan anak-anak kecil.

Sahur

Sahur kalau tak nak beratur panjang, bagus lah ambil pukul 4 lebih. Kalau pukul 5 lebih, dah beratur panjang.

Menu sahur pula lebih menarik dari menu berbuka.

Mungkin sebab nak bagi semangat puasa kepada jemaah.

Saya suka sangat suasana ni sebab bila tengok orang ramai, hilang mengantuk kita. Rasa segar je walaupun awal pagi.

Kalau sorang-sorang, mungkin tidur balik lah kot, atau sahur pukul 5.30 pagi >_<

Patutlah kita dianjurkan hidup berjemaah, bergaul dengan masyarakat.

Sebabnya bila kita bertemu yang sama minat dengan kita, kita akan recharged secara automatik walaupun tak kenal pun.

Jom layan beberapa gambarย  ๐Ÿ˜€

Sahur lepas Qiyamullail
Sahur lepas Qiyamullail
Ramai, ni dah habis makanan. Belah laki ada yang beratur
Ramai, ni dah habis makanan.

 

Solat Subuh. Hubby solat  tingkat atas sementara Muhammad boleh stay dgn saya
Solat Subuh. Hubby solat tingkat atas sementara Muhammad boleh stay dgn saya
Muhammad & Maryam sakan sahur, siap ada kuah tomyam & sambal paru! Nyummy :D
Muhammad & Maryam sakan sahur, siap ada kuah tomyam & sambal paru! ย  Nyummy ๐Ÿ˜€

 

Salam 10 Ramadhan terakhir!

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *