Muhasabah

Self Motivation ;)

Uwah uwah, mentang mentang terbiasa order biz buku masuk berderu- deru tanpa much effort, bila biz Vitamins Kiosk baru nak mula, dah rasa down. Haha.

Ini adalah entry motivasi buat diri sendiri.

Deeja sayang,
ingat tak masa mula- mula nak setup biz buku. Buku punya lah mahal. Tapi ada tak deeja give up? Tak kan? Just keep on promoting every 10 minutes or 15 minutes. Dah la takda mentor takda support takda network group. You can do better in Shaklee! Setiap kali nak mula biz baru, MESTI kena lalu payah ranjau berduri rasa macam ada sinar ke ni?

Haha.

The thing yang saya ingatkan diri saya pagi ni — Buat lah sehabis baik. Buat macam nak dapat PPA 1. Tapi jangan lupa untuk serahkan kepada Allah. Sebab kalau tak serahkan kepada Allah, emosi jadi stress, mula lah down nak meroyan cakap apsal sales slow je. Mula lah negatif aura masuk.

Saya teringat masa borak ngan hubby lepas baca buku Secret of Millionaire Minds. Saye tanye hubby, dia target rank apa untuk PPA. Hubby cakap, 2 je kot rasanya. Nak dapat 1 tu payah. Payah sangat.

Dan saya ingat sangat saya cakap kat hubby, ‘Abang dah usaha sehabis baik dan abg rasa abg dapat 2. (padahal saye sangat konfiden hubby boleh dapat 1 :D) Tapi abg tahu tu lah the maximum effort abg blh kasi. Tapi kita jangan lupa, kita ada Allah. Kita selalu bergantung pada usaha kita semata- mata. Bayangkan, dengan usaha kita saja, kita rasa dapat 2, tapi kalau kita minta tolong Allah sikit lagi, agak2, boleh tak Allah bagi kita PPA 1? Allah tahu kita dah kerja keras. Allah tahu. Allah sangat tahu…. Minta lah merendah diri lah pada Allah, tak mustahil boleh dapat 1.’

RELAX! HAVE FAITH! Kita ada part kita, dan Allah akan tolong part Allah. Kalau kita buat sambil lewa memang tak layak lah nak claim macam- macam. Tapi bila dah buat sehabis baik, SABAR! Allah ada. MINTA HANYA PADA ALLAH. Bukan orang, bukan manusia

Dan, kejayaan tu tak datang bergolek ye. Takda baru je buat promo sekali, ehhhhh orang dah beratur confirm beli. Kalau jadi macam tu syukur, sujud syukur. Tapi takat ni beratur tanya tu ada lah. Yang belinya berapa kerat 😛 Haha. Key nya, takda benda senang kalau kita nak hidup senang. Kalau nak berjaya tu senang, takda lah manisnya. Takda ummpph la.

Usaha sehabis baik. Tapi JANGAN LUPA, serahkan tawakkal lah kepada ALLAH untuk resultnya. By the way, jemput- jemput ke blog biz saye ^_^ Klik sini Vitamins Kiosk

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *