Hartanah

Seminar Hartanah AE – Beli Rumah Tanpa Modal ^_^

Semalam baru selesai Seminar Hartanah AE.

Punya dah lama baca blog AE, follow FB, siap dah daftarkan suami untuk kelas di Kelantan tapi tiba-tiba kelas Kelantan cancel, dah mula kecewa sangat.

Tapi Alhamdulillah semalam Allah izin juga untuk join :’)

seminar hartanah
Sesi Bersama Banker – memang best!!

Kenapa Hartanah?

Baru-baru ini saya berjaya apply kan 6 tabung untuk kewangan keluarga kami, dan saya perasan, ada tabung ni, dia tak bergerak.

Duit yang disimpan tu duduk je situ tak buat apa. Kan ke bagus kalau duit tu beranak.

Kalau beranak, cepat sikit nak capai 1,001 impian wishlist 😉 dan boleh bagi lebih sikit kat masyarakat.

Tapi saya penakut nak melabur ke mana-mana kalau tak tahu hujung pangkal.

Dan pulak hartanah kan macam menarik sebab:

  • Harga makin naik, beli hari ni, jual 5 tahun akan datang, mesti untung. Kalau jual 6 bulan akan datang pun, Tuan Mohd Ali cakap untung, DENGAN SYARAT ada ilmu
  • Passive income bila kita sewakan rumah tu, tapi nak kena belajar ILMU selok belok sewa rumah

Kelas Hartanah AE

Kelas ni bagus sangat untuk newbies bagi saya, dan yuran affordable tau, RM 77 je. AE tak buat kelas Advance, dia suruh pergi kelas orang lain kalau nak advance.

Antara ilmu yang membuka mata saya, yang membunuh skeptik saya:

  • Mostly hartanah yang AE beli adalah di bawah harga pasaran, kena pastikan 30% bawah pasaran, kalau 29% pun tak dikira
  • Beli rumah tanpa cash!!! Benda ini lah yang paling menarik sebab saya memang nak minimum kan modal dan risiko 😀
  • Beli dengan agent lebih bagus ^_^ 

    Biasanya kalau boleh orang nak elak agent sebab cakap agent dapat komisen lah kan. Tapi jangan tak tahu, the power of network 😉

  • Lokasi tidak penting, yang penting objektif kita dan bagaimana kita pergunakan situasi untuk memaksimakan keuntungan. 

    Sebagai contoh, pelajar AE di luar kawasan lembah klang pernah merungut, AE senang lah, duduk hot area.AE bagi beberapa idea, dan alhamdulillah sekarang income hartanah pelajar tu melebihi gaji dia sebagai pensyarah.

  • Cara untuk dapat diskaun dari owner walaupun asalnya dia cakap tak boleh kurang harga rumah
  • Cara untuk beli rumah untuk orang yang tidak bekerja yang tiada slip gaji macam saya – saya kerja Shaklee je, memang ada bonus statement, tapi bank tak kira ianya sebagai slip gaji
  • Tips & tricks untuk kasi loan cepat approve

Dan banyak lagi.

Siapa AE?

AE ni dulu kerja di Public Bank, tapi kerja macam kena buli, dia mengganti orang yang bersalin lah, orang yang masuk wad lah, memang kena buli.

Dan AE ni pernah kerja approve loan rumah. Jadi dia tahu lah selok belok nak kasi cepat approve, etc.

Pinjam gambar dari FB ya AE
Pinjam gambar dari FB ya AE. Ya, dia suka warna pink  >_<

In fact dia mula kenal dunia hartanah melalui customer cina yang apply loan dan ajar dia – ‘Kalau nak rumah harga murah, kena rajin pergi developer office.’

Masa tu customer tu suruh dia pergi ada satu developer office yang baru nak jual unit, dan dia dapat beli pun sebab ada orang cancel.

[alert-note]Sebelum pembinaan rumah, developer akan mengadakan soft launch atau pre-launch (saya belum betul-betul arif dengan terma ni, maafkan saya ya otai property 😛 ) , harga memang sangat murah dan AE dapat 50% diskaun dari harga asal![/alert-note]

Pelaburan ilmu AE

Masa sebelum dia beli hartanah, AE cerita dia pergi kelas Tuan Azizi Ali. Saya tak ingat tahun berapa, tapi masa dia pergi tu, ada 50 peserta-  47 mat saleh, hanya 3 orang termasuk dia adalah orang melayu!

Saya memahami kerana mungkin ramai orang ingat hartanah ni kena banyak duit, faktanya, tak banyak duit pun boleh mula.

AE masa tu gaji seribu gitu je, yuran kelas RM 899, swipe credit card dan bayar 12 kali lepas tu. Ilmu penting ya ^_^

Macam mana kenal AE

Saya dan suami memang asalnya tak kenal AE. Tapi itu lah, rahmat Allah itu di sebalik kesusahan.

Asbab nak kembangkan bisnes Shaklee, tak mahu bergantung kepada facebook, saya minta suami saya pergi belajar SEO bersama Denaihati.

Dari kelas ini lah suami kenal yang blogger ni food blogger, yang blogger ni travel blogger, yang AE ni blogger hartanah.

Kemudian suami cerita pasal FB AE yang kelakar.

Lepas tu saya pun follow FB AE sebab setiap pagi mesti ada #TipsHartanah , dan diingatkan siap-siap, dia memang suka RCA diri ensem >_<

Speaker Jemputan, Mohd Ali Majis

Speaker jemputan, Tuan Mohd Ali ni saya tak kenal lah sangat, tapi baru-baru ni AE kenalkan dia sebagai jutawan hartanah yang memiliki 200 hartanah pada usia 27 tahun.

Seminar Hartanah
Short session je

Sekarang umur dia 31 tahun.

Kan ke kagum dengar, pada usia semua itu dah jadi jutawan.

Rupa-rupanya dia ni memang asal orang susah yang sangat susah, dan semua kesusahan mengajar dia untuk cekal hati.

Tuan Ali ni mula beli hartanah semasa makan gaji dan gaji dia bukan macam fresh grad Petronas ya 😉

IKON

Dia sangat tekankan ilmu, dan jangan sesekali ikut orang.

Tuan Ali juga ajar, benda paling penting untuk hartanah adalah IKON.

  • I – Ilmu 
  • K – Kewangan. Bukan banyak duit, tapi ilmu how money works. Ada orang kaya banyak duit pun, tapi tetap rasa tak cukup 😉
  • O – Objektif. Nak join hartanah sebab apa? Sebab nak duit banyak? Duit banyak untuk apa?
  • N – Network – Network atau silaturrahim macam geng Shaklee kami lah 😉

Antara buku yang dia mention – Blue Ocean Strategy – bertindak lain dari crowd.

Kalau baca buku dia, boleh beli dari AE, dia tak terlalu teknikal pun pasal hartanah, tapi lebih kepada membangun jiwa dan peribadi yang positif dan tahan lasak.

seminar hartanah

Kalau jenis cepat down, sila lah belajar memotivasi diri atau beli buku motivasi atau dengar radio IKIM.FM, memang bestt 😀

Kesimpulannya

Ai dah ada kawasan yang target, dah tahu cemana kawasan tu, so next step – tanya banker current market value, sedia lejer, bank statement, etc etc.

Banyak pula nak cerita, insya-Allah untuk first property, dah berjaya nanti, saya kongsikan ya 🙂

Nak dapatkan Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee?

Contact je saya:

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp : 019 409 3457

Shaklee ID: 858755

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *