Senaman Untuk Anak-anak

Sebelum ini saya ada muat turun aplikasi senaman, yang ianya tunjuk selama 30 saat kita kena buat apa, habis lompat bintang buat apa dan seterusnya.

Bila anak-anak saya nampak, mereka teruja ikut dan buat sampai 2-3 set. Mak dah capek.

Jadi khas untuk anak-anak kami bila mereka minta nak jogging, saya tulis atas kertas ‘so-called’ senaman khas anak-anak dan mereka akan ikut.

Seronok bagi mereka sebab kebanyakan ‘senaman’ ini adalah berkait dengan haiwan yang mereka suka 😅

Untuk Muhammad, dia baca kan dan bagitahu Maryam dan Hannah lepas ini kita nak buat apa dan seterusnya.

Untuk Maryam dan Hannah, tengok lah bila rajin nanti saya cetak gambar haiwan yang berkaitan supaya mereka faham nak baca senarai senaman ini tanpa bantuan Muhammad.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares