Living in Japan

Sepetang di Showa Kinen Park, Tokyo

Eh, setengahari. Kena tulis entry cecepat sebelum lupa.

Dan supaya kengkawan yang nak ke Tokyo, boleh dapat manfaat dari entry ini 🙂

Tujuan asal kami datang Tokyo hujung bulan 11 adalah nak tengok pokok warna kuning.

Iya, kat Malaysia pun ada.

Tapi, Subhanallah…. Tak boleh nak describe perasaan dan feeling tengok musim luruh di Tokyo.

Ia digelar fall season sebab masa ni daun bertukar warna, dan bila datang je angin, daun-daun akan fall atau jatuh dengan sangat Subhanallah cantik!!!

Itu pasal lah, suhu 14 degree boleh jadi super sejuk sebab ada angin sekali. Gigil beku!

Btw, kuning pokok Gingko tak sama dengan kuning pokok di Bangi.

Kuning Gingko kalau in real life, bukan kuning, tapi golden!

Kuning dia kuning keemasan. Golden Yellow.

Sekali tengok, rasa stunned sangat teramat sampai nak nangis rasa.

Allah!

Ok sebenarnya entry ni nak kongsi cara pergi, dan gambar sekeping dua.

Hihi.

Cara Ke Showan Kinen Park

Senang je cara pergi.

Taman ni, directly connected dengan train station Nishi-Tachikawa.

Memula, mesti pergi ke Shinjuku sebab sini adalah pusat pertukaran line.

Jadi, kalau dari Shinjuku tu, boleh ambil train direct ke Nishi-Tachikawa menggunakan JR Rapid Chuo Line yang menuju ke OME.

Atau ambil JR Rapid Line yang menuju ke Takao, tapi berhenti kat Tachikawa.

Kat Tachikawa tu nanti ambil JR Ome Line untuk ke OME, dan berhenti kat Nishi-Tachikawa.

Park ini adalah super besar.

Kami tak cover semua pun. As usual. Haha.

Cantik Subhanallah tak reti nak kabo. Ciptaan Allah ni, no words best describe.

Bayaran masuk dewasa 410 Yen. Saja saya tak tukar ke RM kat blog ni sebab sekarang kan RM sedang berubah-ubah.

Tips Autumn :

1) Cek dulu, adakah berangin atau windy pada hari tersebut.

Sebab kalau windy Autumn, boleh jadi anda tak teruskan perjalanan sebab sejuk menggigit.

Kalau windy, pakai jaket yang wind proof, baru lah syok.

2) Tempat picnic

Kalau nak sedikit warm, cari tempat bawah pokok yang masih rimbun.

Kalau pokok dah botak tu, memang selamat lah merasa angin sejuk tu.

3) Train kecil

Depan sikit dari pintu masuk, belok belah kiri, ada train kecil.

Saya tak pasti selang berapa minit.

Bagus lah naik train itu untuk ke spectacular Gingko area.

Itu ai je sendiri bagi nama. Haha. Nama sebenar adalah kurang pasti.

4) Aktiviti lain

Selain mengagumi ciptaan Allah yang tersangat superb, anda juga boleh naik sampan kat tengah tasik.

Sorry lah sejuk gini nak pergi tasik. Bertambah beku ai.

Dan juga ada basikal yang boleh disewa untuk jenjalan park.

Sebab park ini adalah sungguh besar.

Kami juga tak sewa basikal. Cukuplah menahan sejuk angin sedia ada.

Nanti naik basikal, bertambah-tambah angin sejuk.

Isk.

Ok, seterusnya, mari enjoy gambar 🙂

Walaupun gambar tak dapat terjemah even 50% daripada apa yang dilihat oleh mata kurniaan Allah, tapi saya sangat harap sekurang – kurangnya gambar ini boleh menjadi inspirasi dan motivasi anda untuk pecahkan kepompong diri untuk work out your dreams 🙂

image

image

image

image

image
Dah mula botak. Kejap je tukar warna, 2 3 hari pasti botak
image
Si Merah Maple

Thanks for reading this entry! 🙂

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *