bateri kereta mati tengah jalan
Family

Servis Tukar Bateri Di Tengah Jalan

Beberapa hari yang lepas, selesai drop anak di tadika, suami saya perlu bergegas ke Shah Alam untuk kelas bersama PUNB.
 
Jadi saya dan baby Hannah perlu bersendirian drive balik rumah.
 
Tiba-tiba Allah uji kereta tak boleh nak start. Oh, bateri kereta mati.
 
Dah lama tahu tapi malas betul nak tukar.
 
Kena lah pulak time kalut begini.

Servis Tukar Bateri Di Tengah Jalan

Gigih kami Google ‘Tukar Bateri Kereta’.
 
Selepas beberapa panggilan, akhirnya berjumpa dengan syarikat yang available untuk datang dan tukarkan bateri kereta.
 
Adalah dalam sejam tunggu. Tapi syukur alhamdulillah masa kejadian berlaku kami dah parking depan kedai makan pun, jadi tunggu di situ.
 
Syukur juga masa kejadian, suami masih belum bertolak ke Shah Alam, tolong uruskan cari servis tukar bateri.
 
Bayangkan kalau tengah jalan di hutan, macam mana nak buat ???
 
Sangat menarik servis yang diberikan.

Semua Runner Buatkan

Waktu itu suami dah ke Shah Alam dengan Grab Car. Tinggal lah saya yang tak pandai apa pun tentang kereta.
 
Runner tersebut buat semua benda – check bacaan bateri, pasang bateri dan check semula ok tak bateri yang dah di pasang.
 
bateri kereta mati tengah jalan
Nak buka hood kereta
Kalau yang perlukan saya masuk kereta start engine, dia tak masuk kereta tapi minta saya buatkan.
 
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau kad kredit.
 
Kami guna kad kredit (kumpul point kad)
 
Runner tersebut pastikan yang saya dah betul-betul dapat resit dalam email, baru beliau beredar.

Syarikat Servis Tukar Bateri-on-the-go

Kalau tak salah kami syarikat-syarikat ini saling network antara satu sama lain.
Masa kami contact carput, beliau pass kami kepada contact yang lagi satu.
Pass punya pass, akhirnya syarikat bateriboy datang memberikan bantuan.
Save website 4 company ini ya. Insya-Allah kalau contact call atau send message, dengan pantas tuntas mereka akan reply.
1/ Bateriku (1-800-22-2324 atau Whatsapp 012 245 8027)
SHARE & LIKE jika bermanfaat 😀
Thanks for reading! ^_^
♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *