Cabaran 30 hari | Uncategorized

Sesuatu Yang Dirindui | Hari #15: Cabaran 30-hari Entry

Duk fikir-fikir apa yang saya miss, tetiba teringat kat rakan sekerja masa kat Twin Tower..

Salah satu kenangan manis adalah masa duk department PG (Procurement Governance) sebab ada Hanis Hanina dan Kak FAB. Hehe. Panggil Kak FAB sebab nama penuh Fuziah Abu Bakar.

Teringat masa team building kat Swiss Garden Kuantan, lepas dinner duk lepak dengan, alamak lupa nama akak apa ya yang tudung labuh tu..

Masa tu belum kahwin. Akak-akak ni kongsi nasihat tentang jodoh. Which saya practice dan alhmdulillah bernikah juga dengan pemuda idaman. Hihi.

Hanis Hanina, kalau awak baca entry ni, saya rindu kat awak jugak. Ingat lagi masa pertama kali kena outstation, Hanis pinjamkan credit card dia sebab saya belum apply credit card. Hihi.

Masa tu baru tahu credit card ni penting sebab company bukannya bagi duit sebelum travel. Lepas travel baru kita claim duit semua. So masa travel tu, guna credit card lah.

Hanis ni jugak tolong teman saya cari baju jubah untuk that one special event, yang first time saya pakai jubah. Saya prefer baju kurung drp jubah. Bawa jenjalan dalam UIA.

Hanis memang baik tau. Dia suka bagi barang kat orang.

Masa keluar Petronas tu, takde perasaan sangat. Sampai tak fikir pun nak ambil gambar ke, gambar kenangan ke. Haha.

Saya bukan jenis gitu kot.

Ingatkan sebab Petronas ni ada satu Malaysia, kot boleh lah jumpa lagi. Tengok-tengok, tak pernah jumpa lagi takat ni.

Saya sibuk dengan family, diorang dengan kerja. Dan tak pernah buat appointment kot.

But anda semua yang pernah hadir dalam hidup saya, memang saya ingat, dan saya rindui. Team Ex-Boss Tuan Nik Zaidi. Oh masa kenduri hari tu jumpa lah Fakri, rUpenye sekarang Fakri tukar department keje dgn Apak.

Ingat lagi PG adalah department paling sibuk saya pernah masuk. Kerja tak pernah habis. Sampai nak rehat pun pk banyak kali. Lupa nya nama bos PG ku. Muka ingat. Ampunnn.

Ingat lagi dia yang simpan banyak tie kat ofis. Wife study oversea. Sangat baik dan penyabar orang nya.

Ingat lagi bos- bos baik kat PG. Tapi kalau mengamuk, seram jugak. Masa tu mostly bos adalah ladies. So you know kalau ladies jadi bos, strict lebih sikit.

Dan tak lupa non-exec right before saya keluar, pun dah lupa nama. Aduh. Tapi ingat muka. Sangat helpful dan baik hati

Kerja ofis memang menarik kalau colleague dan bos pun baik.

Tapi itu lah, saya prefer work at home.

Tak boleh sangat nak terima keadaan kena keluar awal pagi redah jem atau LRT yang macam sardin. Rushing. Balik pun sama.

Belum masuk setiap hari pk nak pakai baju apa 😛 Biasa la orang perempuan

Saya rindu zaman kerja dulu.

Tapi, no, saya tak berminat nak return to that time. Saya just rindu. Moga satu hari nanti boleh la kita makan ramai-ramai sapa-sapa buat open table ke 😛

Anda pula, apa yang anda rindui? 😉

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *