Set Pantang

Set Bersalin Shaklee – Berpantang Tanpa Jamu

Biasanya berpantang memang sinonim dengan jamu. Orang kata tak sah kalau berpantang tanpa jamu. Yelah… nak pulihkan badan semua supaya mengancam seperti sebelum mengandung 😉

Saya sendiri pun masa anak pertama berpantang dengan jamu. Tapi… Sekali jer makan, lepas tu serik! Tak boleh nak lalu dek tekak ai!

Untuk anak kedua, Alhamdulillah, saya berpantang kali ini sepenuhnya dengan Set Bersalin Shaklee.

Set Berpantang Shaklee
Set Bersalin Shaklee

Sebelum itu, apa objektif kita semasa berpantang?

  1. Baiki tubuh yang baru lepas bersalin
  2. Sembuhkan luka dalaman & luaran
  3. Nak susu banyak, banyak dan banyak!
  4. Merapatkan apa yang longgar

Pendek kata… Kita nak dapatkan badan yang mengancam macam sebelum hamil (kalau boleh, nak macam hari 1st kahwin kan?).

Alhamdulillah, Set Bersalin Shaklee menawarkan semua yang di atas 🙂

1. ESP

Sejurus lepas bersalin, saya terus minum ESP yang dibancuh dengan susu sebab saya nak dapatkan kembali tenaga dan untuk memastikan perut tak kosong.

Selain memastikan kita kekal bertenaga, ESP juga bantu merangsang susu yang banyak dan pekat. Oh, tapi kalau hari pertama hingga hari ketiga lepas bersalin, susu memang tak akan memancut-mancut.

Masa ni fasa pengeluaran Colostrum. Colostrum ni sangat precious, walaupun tak banyak, tapi baby minum cepat kenyang. Ianya pekat dan sangat kaya dengan nutrisi untuk baby yang baru lahir. Color pun warna kuning pekat.

Gambar di bawah adalah perbandingan Colostrum dengan susu ibu biasa. Sumber dari Wikipedia.

Colostrum Susu Ibu

2. Zinc Complex

Saya juga ambil Zinc sebab masa tu rasa melecet, nak melecet tu cepat hilang. Alhamdulillah untuk kelahiran anak kedua saya tak koyak. Oh sebenarnya Zinc ni bukan hanya untuk ibu yang buat episiotomy saja, yang koyak semulajadi dan yang czer pun boleh amalkan.

Ada seorang kenalan yang amalkan Zinc selepas dia czer, beritahu dalam masa 2 minggu jer luka czer pulih. Kalau nak banding dengan pati ikan haruan, kawan tu cakap masih terasa-terasa pedihnya.

3. Ostematrix

Ostematrix saya amalkan sebab lenguh badan dan sakit pinggang. Masa anak kedua saya memang tak jumpa makcik urut, sebab makcik urut yang best tak available. Sakit pinggang nih rasa terus macam nak patah pinggang kita.

Tapi Alhamdulillah malam tu ambil 4 biji Ostematrix, esok pagi dah beransur lega!

4. Alfalfa

Alfalfa ni kalau biasa kebanyakan ibu suka sebab dia milk booster. Tapi untuk saya,  saya ambil sebab nak elak sembelit. Yang saya belajar, Alfalfa ni melawas. Jadi takdelah kita rasa nak membuang, tapi susah sangat nak membuang (baca sebagai sembelit).

Bila kawan dengan Ostematrix, oh nikmatnya. Ostematrix ni mengandungi magnesium yang membantu melembutkan najis. Hasilnya?

Saya tak sembelit langsung semasa pantang anak kedua! Syukur sangat, masa anak pertama, ingat lagi seksanya sembelit, lama duduk dalam bilik air.

5. B Complex

B Complex dikenali sebagai vitamin saraf. Kalau migrain ke, stress ke, kita digalakkan makan B Complex.

Untuk ibu dalam pantang, B Complex sangat kritikal untuk bantu membetulkan balik saraf-saraf dan urat- urat yang kembang lepas bersalin. Jangan miss, kang sakit urat di hari tua. Ia juga membantu ibu-ibu untuk kekal ceria so takde lah rasa stress masa pantang 😉

6. Vitalea

Oleh kerana masa pantang ada benda yang saya tak boleh makan, jadi Vitalea membantu untuk melengkapkan nutrisi dalam badan. Vitalea adalah sejenis multivitamin yang kaya dengan Zat Besi.

Ia juga sangat membantu kita untuk rasa cergas lagi bertenaga.

7. Chewable Vitamin C

Vitamin C ni penting untuk ibu menyusu especially untuk elak kelenjar susu dari terluka semasa proses penyusuan.

Selain itu Vitamin C juga bagus untuk mencantikkan semula kulit yang kusam,  gabungkan dengan ESP dan B Complex, insya-Allah wajah akan jadi berseri tak macam orang dalam pantang 😉

Just to share la kan… masa saya pantang lah saya attend perkahwinan adik saya, attend event Masters Celebration upline saya, ulang-alik Kerteh – Shah Alam sehari selepas kelahiran baby saya. Paling best, nifas saya habis hanya dalam masa 2 minggu!

Pendek kata, memang berbaloi-baloi lah mencuba Set Bersalin aka Berpantang Shaklee ni.

Anda tercari-cari Set Bersalin yang sesuai? Apa kata anda cuba Set Bersalin Shaklee 🙂 Tak perlu tunggu dah bersalin baru kelam kabut nak cari.

Hubungi saya segera di nombor yang tertera ataupun isikan Contact Form di bawah.

[contact-form-7 404 "Not Found"]

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *