Shinjuku Gyoen Park, Shinjuku, Tokyo, Japan

Shinjuku Gyoen Park, Shinjuku, Tokyo
Taman ini dulunya adalah kediaman seorang kaya. Kemudian di pindah milik ke keluarga diraja dijadikan taman rekreasi dan untuk meraikan kedatangan tetamu.
Shinjuku Gyoen Park ini musnah teruk semasa Perang Dunia Kedua tetapi kemudian dibina semula pada 1949 sebagai taman untuk orang awam.
Mesti allocate satu hari penuh untuk spend di sini especially bila bawa anak-anak kecil.
Ada banyak taman pelbagai tema. Ada French Garden, English Garden, Japanese Garden, etc Kami mulakan dengan Japanese Garden.
Dari Shinjuku station yang besar tu, ambil New South Exit.
Jangan memandai ambil exit lain, jenuh nanti cari jalan pulang. Train station di Tokyo ini besarnya macam 4-5 mega mall yang digabungkan.
Dari situ, kami waze dan jalan kaki dalam 10-15 minit.
Fee masuk dalam 200 Yen.
Bawa lah bekal siap-siap untuk piknik sebab pemandangan dalam taman yang besar ini memang cantik.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares