Short Summary of Beautiful January

Alhamdulillah indah sungguh Januari yang beransur lepas 2 hari lepas. Hari ini dah masuk Februari.

Tapi saya tulis memori indah di sini terlebih dahulu ya, sebab perkara yang baik kena tulis – sebagai tanda syukuri nikmat Allah.

Allah sebut dalam Al-Quran surah Ibrahim ayat 7 – jika kita syukuri nikmat Allah, insya-Allah Allah akan tambah lagi berganda nikmat-Nya.

Tapi kalau kita asyik komplen dan merungut, pasti Allah akan tambah beban dalam hidup.

Cerita Muhammad

Academically Muhammad Alhamdulillah dah selesai pun Peter and Jane siri 3.

Asalnya masa Muhammad pertama kali tengok buku Peter and Jane siri 3, dia dah mula – banyaknya perkataan dia.

Saya dah risau, macam mana nak buat Muhammad suka.

Akhirnya saya minta suami yang mulakan dengan Muhammad, dan saya cover iqra’.

Suami saya kalau bacakan buku kepada anak-anak, memang saya pun boleh bikin gelak. Haha. Suami saya just bacakan tanpa apa-apa expectation.

Muhammad dan Maryam suka sangat siap gelak terkekek-kekek bila Abi bacakan.

Siap Muhammad menangis sebab asyik Abinya saja yang baca , dia kata dia pun nak baca.

Budak kan, mesti nak jadi sebahagian dari benda yang mereka suka.

Dari situ Muhammad dah mula tangkap sedikit demi sedikit perkataan baru dalam siri 3.

Dan sekarang, Alhamdulillah selesai dah siri 3 siap minta buku baru.

Saya nak tekankan di sini, anak saya bukan berusia 3 tahun, dah 7 tahun pun.

Jadi mak-mak yang sedang baca tulisan saya ini, tak perlu┬ástress ya ­čśÇ

Setiap anak kita anak jalan mereka tersendiri dan perkembangan mereka tersendiri.

Kami juga memilih untuk langsung tidak masukkan anak ke dunia persekolahan biasa atas sebab tertentu.

–> Boleh baca summary objektif kami di entry the road not taken.

Emosi Muhammad

Muhammad juga saya dapati baru-baru ini lebih mudah menangis. Bila Muhammad kecil hati atau di sakiti adik-adik, Muhammad akan berair mata dan menyorok.

Tidak, ini bukan petanda anak tak kuat.

Pakar kanak-kanak nyatakan – elakkan┬ácakap ‘strong boy’ atau ‘berhenti menangis’ kepada anak lelaki yang menangis.

Sebab, by doing so kita akan hasilkan figure lelaki yang tidak sensitif dan tidak memahami manusia seperti wanita, tak pandai nak ekspresi diri dan akan merosakkan diri.

Ini juga menghasilkan personaliti budak lelaki yang bila remaja suka memberontak sebab masa kecil semua perasaan diri beliau di sekat daripada di luahkan.

Kan biasa kita juga jumpa orang lelaki yang batu – kadang ada sampai dah berkahwin pun masih batu dengan isteri sendiri, simpan masalah sorang-sorang dan ego sangat melangit.

Ini adalah kesan sampingan semasa kecil kita mak-mak cakap kat anak lelaki yang sedang bersedih atau yang sedang menangis — kita cakap ‘stop it’ atau ‘strong boy don’t cry’.

Ubah kebiasaan ini.

Peluk anak lelaki yang sedang menangis. Bisikkan kata-kata sayang.

Insya-Allah kita sedang hasilkan insan berperibadi seperti Nabi Muhammad s.a.w yang sangat lembut, yang sangat sensitif dan prihatin, tetapi juga sangat bijak, cerdik dan penuh hikmah.

We can change the world!

Cerita Maryam

Alhamdulillah sejak Maryam masuk Kinderkaizen, nampak Maryam semakin pandai tolerate dengan baby Hannah.

Ada sekali baru balik dari Kinderkaizen, baby Hannah macam nak mula bergaduh berebut apa entah.

Tetapi Alhamdulillah bijak Maryam kawal situasi dan end up mereka bermain dengan penuh harmoni di belakang kereta.

Sampai je rumah terus Maryam tertidur.

Oh Maryam mengantuk rupanya.

Saya sangat bahagia sebab biasanya kalau Maryam mengantuk, dahsyat juga mood dia. Dia akan meragam semacam.

Tetapi mungkin emotional needs Maryam dah terisi dengan cukup dengan aktiviti di Kinderkaizan, jadi bila baby Hannah buat apa-apa pun, Maryam dah tak kisah.

Cerita Bisnes Saya

Sikit je nak kongsikan, Alhamdulillah, dah menangis pun, bulan Januari menyaksikan performance Shaklee lebih tinggi dari mana-mana bulan pada tahun 2015 atau 2016.

Allahuakbar!

Sungguh Allah betul-betul Maha Berkuasa.

Leader Shaklee saya dah mula nampak berkeyakinan – siap ada comeback dari leader lama.

Saya target by the time masuk cycle 2017/2018 pada April ini, leader-leader bawah saya dah mempunyai foundation yang cukup kuat, dan boleh bergerak berdikari sendiri.

Doa banyak-banyak.

Kali ini saya nak sangat team saya turut rasa income 4-angka. Bermula dengan RM 1,000 iaitu mungkin lebih rendah dari gaji mereka sebelum ini di tempat kerja.

Kemudian up kepada RM 2,000 dan seterusnya.

Semua ini hardwork, tahan cabaran dan kental dengan apa saja orang kata.

Ok lah, itu je saya nak kongsikan hari ini.

Have a nice day!

P.s: Kalau nak join bisnes Shaklee, boleh email saya ya.

2 Comments

  1. Nur Ain 9 February 2017
    • Khadeejah Hasmad 15 February 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares