Muhasabah

Siram Pokok Bisnes?

Buat bisnes umpama menyiram pokok.

Pokok macam pokok durian, kalau disiram di hari pertama, tak mungkin esok hari dah naik sampai keluar buah, kan?

Biasa kalau siram pokok, kita redha je kalau esoknya rupa benih tu, masih rupa gitu jugak.

image
Credit Google

Sebabnya, ia ambil masa untuk pokok tumbuh.

Tapi kalau langsung tak siram, langsung tak jaga, possibility pokok untuk hidup adalah amat rendah.

Siram dan baja pokok, analogi nya sama lah macam tawakal, doa dan usaha kita.

Dok buat macam-macam, tapi belum nampak hasil.

Kadangkala terjentik di fikiran, sia-sia kot apa aku buat ni.

Usah sesekali toleh ke belakang setelah buat keputusan.

Setiap pengharapan dan doa bersungguh kita kepada Allah pada setiap saat, dan setiap saat usaha kita, ia adalah baja kepada pokok bisnes kita.

Teruskan siram dan baja pokok bisnes kita dengan penuh kasih sayang.

Tenang kan hati dengan melazimi zikir di bibir.

Insya-Allah, segalanya pasti berbaloi.

Let’s keep going!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *